Sudah sekian lama anak-anak perempuanku kepingin sangat nak ke Korea. Akhirnya aku membuat keputusan untuk membawa mereka pada tarikh ini kerana itulah tarikh yang paling sesuai. Namun anak lelakiku, Aiman, tidak dapat ikuti bersama kerana tuntutan kuliahnya di UUM yang kini sedang mengikuti program Hubungan Antarabangsa.
Pukul 12.30 tengahari, aku dan isteriku bertolak dari IPGK Tuanku Bainun menuju KLIA2. Kami diminta oleh agen pelancongan untuk berkumpul di KLIA2 pada pukul 9.30 malam. Anak sulungku, Syafiqah Alia bertolak dari Kuantan pada pukul 12.00 tengahari manakala seorang lagi bertolak dari Melaka pukul 4.30 petang. (Syafiqah sudah Semester 6 UIA, Atiqah Semester 4 Kolej Profesional MARA). Aku telah memaklumkan kepada mereka supaya berkumpul di Putra Central pada pukul 6.30 petang kerana aku akan parking kereta di Putra Central dan menaiki keretapi ke KLIA2.
![]() |
Syafiqah & Atiqah di hadapan Kyeongbok Palace |
Kereta agak luar biasa banyak pada hari ini mungkin kerana cuti sekolah sudah pun bermula. Aku menjangkakan akan sampai ke Putra Central pukul 6.00 petang namun jangkaan itu meleset sekali. Tiga kali kami terperangkap dalam kesesakan trafik. Pertama sekali sebelum sampai simpang Rawang, kami terperangkap lebih kurang 45 minit kerana berlakunya kemalangan jalan raya. Kemudian aku mengambil keputusan untuk mengikut lebuhraya Guthrie, namun sekali lagi terperangkap lebih kurang 20 minit sebelum sampai plaza tol.
Selepas saja tol itu, perjalanan agak lancar dan aku jangkakan akan sampai ke Putra Central pukul 7.00 malam. Namun sekali lagi malang, kami terperangkap kesesakan sebaik saja selepas plaza tol Bt. Jelutung. Sedangkan anak-anakku sudah lama sampai di Putra Central. Aku berpesan pada mereka solat dan makan dulu sebab aku tidak dapat meramalkan lagi kerana kereta bergerak amat perlahan. Akhirnya kami sampai ke Putra Central pada pukul 8.45 malam. Selepas membuat kemasan beg terakhir bersama-sama anak-anakku kami terus untuk membeli tiket tren. Mujur kami dapat tiket pukul 9.21 malam. Aku terus menelefon agen, bahawa kami dijangka tiba di KLIA2 pada pukul 9.45 malam.
Setibanya kami di KLIA2, agen telah siap sedia menunggu dan terus mendaftar masuk kami. Ahli-ahli lain telah pun didaftarkan masuk oleh agen. Alhamdulillah sempat juga kami sampai. Selepas selesai pendaftaran kami terus mencari tempat makan kerana kelaparan, 'tension' dan keletihan. Pukul 12.00 malam kami dipanggil masuk untuk terbang ke Seoul dengan menaiki pesawat Airasia X.
18 Mac 2017 Sabtu
Tepat pukul 1.00 pagi kami berlepas ke Seoul. Penerbangan ini hampir penuh. Kami tiba di Lapangan terbang Incheon, Seoul pukul 8.00 pagi (waktu Korea) selepas enam jam penerbangan. Proses pemeriksaan imigresen agak perlahan dan hampir sejam barulah kami dapat mengambil bagasi. Namun dalam keadaan keletihan isteriku telah tertinggal beg telekung semasa berhenti rehat sebelum pemeriksaan imigresen. Aku cuba mohon pertolongan staf bagasi lapangan terbang namun mereka tidak dapat membantu. Akhirnya kami terus keluar kerana kemungkinan Pemandu pelancong sudah pasti lama menunggu di luar.
Pemandu pelancong kami bernama 'Jin' sudah sedia menunggu dan grup kami terdiri seramai 16 orang sahaja yang semuanya Melayu. Setelah berkenalan sebentar kami terus mengheret beg ke bas.
Tempat lawatan pertama kami ialah National Folk Museum dan selepas itu kami dibawa ke Gyeongbok Palace yang berada bersebelahan. Gyeongbok Palace dibina pada tahun 1395 semasa Dinasti Joseon. Selepas itu kami di bawa ke Restoran Bombay Gril di Itaewon untuk makan tengahari. Setelah selesai makan tengahari kami berjalan kaki ke International Mosque untuk bersolat. Selepas solat (3.00 ptg) kami di bawa pula ke Seoul Tower dan Love Lock Wall. Di sini kami berkesempatan melihat persembahan kumpulan mempertahankan diri Korea. Hebat sekali persembahan ini kerana mereka menggunakan senjata lama Korea yang sebenar.
Pukul 4.00 petang kami mengunjungi Korean Traditional Hanok Village. Setelah selesai di sini kami pergi pula ke Trickeye Museum dan Ice Museum di Hongdae Street. Kami diberi tempoh sejam di sini dan tepat pukul 6.40 petang kami bertolak ke Korean Restaurant untuk makan malam. Kami dihidangkan dengan makanan Korea seperti Kim Chee, ikan panggang, telur dadar yang bercampur dengan udang, sotong, sawi dan sup cendawan.
Setelah selesai dinner kami terus ke hotel Coop City untuk daftar masuk. Kami tiba di hotel pukul 8.00 malam. Ouh! Penat sekali perjalanan ini.
19 Mac 2017 Ahad
Setelah selesai minum pagi kami bertolak ke Nami Island yang terletak di Chuncheon pada
pukul 9.00 pagi. Perjalanan mengambil masa 1 jam 20 minit. Setibanya kami disini telah kelihatan puluhan bas persiaran parkir. Pulau Nami begitu popular dalam kalangan pelancong kerana keindahannya dan dipopularkan pula filem Korea yang popular iaitu "Winter Sonata'. Pulau ini sebenarnya terjadi ditengah-tengah sungai Han iaitu sungai yang terpanjang di Korea Selatan apabila tanah timbul sikit demi sedikit. Disini kami berada selama lebih kurang 2 jam.
Selesai makan tengahari kami bertolak ke Seoul semula untuk ke Kim Chee Land.
Di sini kami diajar bagaimana membuat Kim Chee, makanan yang popular di Korea. Ingredient utama makanan Kim Chee ialah kobis yang dilumur dengan sos Kim Chee. Sos Kim Chee diperbuat daripada pelbagai bahan termasuklah cili besar, halia, ginseng, dll. Setelah selesai masing-masing membuat kim chee, ia diserahkan kepada guru kami. Kami dimaklumkan kim chee ini akan diberikan kepada penghuni rumah orang tua di Korea.
![]() |
Kim Chee yang sudah siap. |
Kemudian kami terus ke Taman Tema Everland, sebuah taman tema yang terbesar
di Korea. Taman ini adalah seperti taman tema Genting Highlands. Kami menghabiskan masa selama 3 jam di sini. Orang terlalu ramai. Mungkin kerana hari ini hari Ahad, hari cuti hujung minggu. Oleh kerana orang terlalu ramai, maka setiap satu-satu permainan/event/tempat kami terpaksa menunggu antara 45 minit hingga 1 jam sebelum mendapat giliran. Anak-anakku memilih untuk menaiki roller coaster dan kerusi pusing. Manakala aku terpaksa mengikut kehendak isteriku untuk safari melihat harimau, dubuk, beruang dan singa.
![]() |
Dipermulaan Roller-coaster bersama Bos Asiarasa Travel |
Pukul 7.30 malam, kami bertolak dari Everland ke Hotel. Sebelum itu
kami singgah di Kompleks beli belah Doota.com untuk membeli souvenir. Kami cuma
diberi masa selama 1 jam.
Selepas itu kami terus balik ke hotel. Sampai hotel pukul 10.00
malam.
20 Mac 2017 Isnin
Pagi ini kami bergerak pukul 9.00 pagi untuk ke Red Pine Center - Pusat supplement makanan berasaskan tumbuhan red
pine yang hanya terdapat di sebelah Asia timur sahaja. Mempunyai banyak
kebaikan dalam penjagaan kesihatan termasuklah menyembuh pelbagai penyakit
seperti darah tinggi, kencing manis, strok dan lain-lain.
Setelah itu kami dibawa pula ke Cosmetic Center - C&C center yang menyediakan pelbagai produk
kecantikan buatan Korea terutamanya untuk wanita. Jurujual telah membuat demonstrasi khas untuk kami dan kami juga dibenarkan mencuba beberapa produk tersebut.
Selepas itu kami terus ke Itaewon untuk makan tengahari di Restoran Usmania. Selepas itu solat
di Masjid yang jaraknya lebih kurang 80 meter dari Restoran Usmania.
Sebelah petang kami dibawa pula ke dua buah shopping area iaitu Nadae Mong
& ...
Selepas dinner dengan masakan korea, kami dibawa Cinema Center
untuk menonton live art performing oleh Talent Group. Persembahan 4 orang
pelukis ini amat menarik sekali yang mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah.
Persembahan yang bersahaja dan melibatkan penonton membuatkan masa berlalu
dengan pantas. Lukisan yang dihasilkan juga menakjubkan. Antara lukisan yang
dilukiskan termasuklah portrait Michael Jackson, Bruce Lee, dan 3 orang
pahlawan Korea.
Selepas selesai persembahan kami pulang ke hotel dan sampai pada
pukul 10.30 malam. Kami berkemas kerana keesokannya kami akan daftar keluar
untuk pulang ke Malaysia.
21 Mac 2017 Selasa
Pukul 8.30 pagi kami bertolak ke Kilang Amethyst untuk melihat
sendiri bagaimana perhiasan wanita seperti rantai, gelang, cincin dll dibuat
daripada batu amethyst yang banyak terdapat di Korea. Kami diberi taklimat oleh
Bos kilang sendiri. Terdapat lebih kurang 10 orang designer yang asyik
mereka bentuk amethyst ini menjadi cincin, gelang dan rantai. Dua orang designer
dari Itali dan Perancis sangat popular di sini. Amethyst yang berwarna
kebiru-biruan ini diperolehi di kedalaman lebih 100 meter di perut bumi.
Kami kemudian dibawa ke ruang jualan hasil amethyst ini.
Sememangnya terdapat pelbagai rekabentuk ametyst yang cantik yang diikatkan
kepada rantai, gelang dan cincin. Harga produk ametyhst ini juga agak mahal.
Aku membeli seutas rantai yang berharga USD190 yang aku hadiahkan untuk Along
sempena hari lahirnya yang ke 23. Ia juga hadiah kerana kecemerlangannya dalam
pengajiannya di UIA yang kini sudahpun masuk ke Semester 6. Moga-moga hadiah
ini akan memberi motivasi kepadanya untuk terus cemerlang dalam apa jua bidang
yang diceburinya.
Selepas menghabiskan masa selama 1 jam di sini, kami dibawa pula
ke Pusat Goreyo Ginseng Korea. Disini kami diberi taklimat berkaitan dengan
tanaman ginseng dan khasiatnya yang banyak. Ini ialah kepercayaan orang Korea
kerana mereka telah lama mengamalkan makanan yang berasaskan ginseng. Ginseng
yang paling bagus dituai ialah ketika ia berusia 6 tahun kerana pada usia itu
ia telah menghimpun banyak nutrients yang jika diproses dan dimakan, ia
diyakini memberi kesihatan kepada pengamalnya. Kami juga diberi
peluang untuk merasa sedikit minuman ginseng. Ada pelbagai produk ginseng di sini,
antaranya ada yang berbentuk serbuk, ekstrak, kapsul dan 'coklat' (yang boleh
dimakan begitu sahaja).
Setelah selesai disini kami terus menuju ke lapangan terbang namun
berhenti seketika di Korean Shopping Center yang terletak lebih kurang 8 km
dari airport. Kedai ini hanya menjual produk korea sahaja yang terdiri daripada
makanan, pakaian, cenderamata dan barangan elektrik. Kedai ini juga
menyediakan perkhidmatan packaging/wrapping untuk memudahkan penumpang
daftar-masuk barangan mereka ke dalam kargo.
Selepas kami terus ke airport untuk daftar masuk. Pemandu kami,
Jin, sangat komited membantu kami untuk proses daftar masuk ini. Walaupun kami
tiba 3 jam sebelum penerbangan (3.55 ptg) namun orang telah beratur panjang.
Hampir semua yang beratur panjang itu adalah pelancong Malaysia.
Setelah selesai proses daftar masuk, kami beratur lagi untuk
tapisan keselamatan dan imigresen. Aku terus ke kaunter tak refund untuk
mendapat refund cukai pembelian rantai dan makanan sebanyak 22,000 won.
Selepas itu kami terus menaiki tren ke bangunan pelepasan
antarabangsa. Lalu ke bilik solat yang berada di Tingkat 4. Selepas solat
menghirup secawan hot chocolate dan terus ke pintu L112 untuk berlepas. Pukul
3.30 ptg mula beratus masuk ke pesawat dan berlepas pukul 3.55 ptg tepat
seperti yang dijadualkan.
-->
No comments:
Post a Comment