12 FEB 1993
Pada hari ini (12 Feb 1993; Jumaat) maka berakhirlah zaman bujangku. Di masjid Felda Jerangau, Dungun, Terengganu, aku telah selamat dinikahkan dengan Roslinda binti Mukhtar (Lin) dengan mas kahwin sebanyak RM3000.
 |
Masjid Felda Jerangau |
Aku mengenali Lin semasa berkursus di IAB, Genting Highlands selama 3 bulan di mana kami sama-sama mengikuti kursus Komputer Dalam Pendidikan. Aku hanya mula mengenali rapat dengannya di dua minggu terakhir berkursus sahaja. Sebelum itu, aku sibuk dengan kursus dan bermain tenis setiap petang di gelanggang IAB. Rakan-rakan sepermainanku termasuklah Teridi, Fadil dan Arif.
 |
Di rumah Lin |
 |
Setelah selesai menyarung cincin pernikahan |
 |
Kami merancang untuk tidak disandingkan namun atas permintaan keluarga Lin di saat akhir, kami disandingkan juga walaupun tiada pelamin |
 |
Inilah gaya hidupku semasa bujang. Hanya berseluar sukan, t-shirt dan berselipar. |
No comments:
Post a Comment