Thursday, 1 August 2024

China


Baoji-Xi'an-Luoyang-Zhengzhou

26 Mei 2026 - 2 Jun 2026

KLIA-BAOJI : 26 MEI 2026 SELASA

Aku bertolak dari KLIA2 pada pukul 7:00 malam dengan pesawat AirAsia dan tiba di Lapangan Terbang Xi'an Terminal 5 pada pukul 12:15 tengah malam. Setelah melalui proses imigresen dan kastam yang mengambil masa agak lama, aku akhirnya keluar. 

Di pintu ketibaan, Meng Fan dan suaminya sudah sedia menunggu aku. Jam menunjukkan pukul 1:20 pagi, dan kami berjalan ke tempat letak kereta yang agak jauh dari pintu ketibaan kerana lapangan terbang ini sangat besar dan belum sampai setahun dibuka untuk beroperasi.


Kami terus memandu menuju ke bandar Baoji, kira-kira 200 km dari lapangan terbang. Aku kepenatan dan terlelap sepanjang perjalanan. Kami tiba di hotel sekitar pukul 3:30 pagi. Setelah selesai mendaftar masuk, Meng Fan dan suaminya pulang ke rumah mereka yang tidak jauh dari hotel.



BAOJI : 27 MEI 2026 RABU

Pukul 11:00 pagi, Meng Fan dan Erica datang ke hotel untuk mengambil aku bagi makan tengahari. Selepas itu, kami terus menuju ke Muzium Barang Gangsa. Baoji sering digelar "kampung halaman barang gangsa" kerana ribuan peralatan upacara, senjata, dan alat muzik dari Dinasti Zhou (1046–256 SM) ditemukan di sini. Muzium ini menyimpan artifak luar biasa, termasuk He Zun, sebuah bekas gangsa yang mempunyai tulisan Cina tertua yang bermaksud "mendirikan ibu kota." 

Barang-barang ini bukan sekadar hiasan — ia penting dalam pemujaan nenek moyang, upacara negara, dan legitimasi raja. Berjalan di galeri ini, aku dapat merasakan beratnya sejarah yang berusia lebih 3,000 tahun. Kami menghabiskan masa yang lama di sini, menikmati ketukangan dan kisah di sebalik setiap kepingan barang gangsa. Selepas itu, kami pergi mengambil Aira (anak Meng Fan) dari sekolah, kemudian ke restoran untuk makan malam.


BAOJI-XI'AN 28-30 MEI 2026 Khamis

Pukul 10:00 pagi, Erica bersama suaminya dan Dan (murid Erica) tiba di hotel untuk mengambil aku. Kami pergi ke Stesen Kereta Api Baoji untuk destinasi seterusnya: Xi'an. Dan mengiringi aku menaiki kereta api laju yang mengambil masa kira-kira 30 minit untuk jarak lebih kurang 200 km.

Setibanya di Xi'an, kami terus ke hotel untuk mendaftar masuk. Kami berehat sebentar sebelum menuju ke Jalan Muslim dan Masjid Besar Xi'an. Jalan Muslim adalah pusat komuniti Hui Muslim di Xi'an, yang kehadirannya di China bermula sejak Dinasti Tang (618–907 M), ketika pedagang Arab dan Parsi tiba melalui Jalan Sutera. Xi'an — ketika itu dipanggil Chang'an — adalah terminal timur Jalan Sutera dan salah satu bandar paling kosmopolitan di dunia. 

Masjid Besar Xi'an adalah gabungan seni bina yang menakjubkan: dari luar ia kelihatan seperti tokong Cina tradisional dengan pagoda dan laman, tetapi di dalamnya menghadap ke Makkah dan mengandungi khatam Arab. Dibina pada Dinasti Tang dan diperluas di bawah Dinasti Ming, ia adalah salah satu masjid tertua dan paling dihormati di China.

Bersama Imam Masjid Besar Xi'an, sambil membeli buku yang ditulisnya mengenai Masjid tersebut




Autograph dari Imam Jia Xiping

Setelah meninjau dari satu gerai ke satu gerai, aku singgah di sebuah kedai yang dikendalikan oleh imam masjid tersebut. Kerana kecintaannya yang mendalam terhadap sejarah masjid, beliau telah menulis sebuah buku mengenainya dalam tiga bahasa: Cina, Inggeris, dan Arab. Aku membeli sebuah buku ini sebagai kenang-kenangan. 

Selepas berbual panjang dengan imam tersebut, kami meneruskan perjalanan ke masjid itu sendiri. Masjid ini mempunyai beberapa laman sebelum sampai ke dewan solat, reka bentuk yang mencerminkan konsep Islam tentang perjalanan dari duniawi kepada yang suci. Oleh kerana waktu solat belum tiba, aku tidak dibenarkan masuk untuk solat sunat.

Kami kemudian meneruskan mencari tempat makan tengahari, walaupun waktu sudah pun pukul 3:00 petang. Kami memilih restoran Uighur yang besar dan elegan yang menghidangkan pelbagai masakan Xi'an termasuklah masakan Uighur. Selepas selesai makan, kami kembali ke hotel dan berehat.



XI'AN (TERRACOTA) - 29 MEI 2026 Jumaat

Pagi itu, kami kembali ke Jalan Muslim untuk sarapan. Selepas itu, kami menuju ke Muzium Pasukan Terracotta, kira-kira 40 km dari bandar. Ini adalah salah satu penemuan arkeologi paling luar biasa pada abad ke-20. Pada tahun 1974, petani tempatan yang menggali perigi secara tidak sengaja menemui serpihan patung tanah liat — dan akhirnya menemui kompleks makam Qin Shi Huang, maharaja pertama China (memerintah 221–210 SM). 

Bersama Penemu Terracota



Maharaja yang menyatukan China, menyeragamkan tulisan, mata wang, dan ukuran ini juga memerintahkan pembinaan tentera bawah tanah yang besar untuk melindunginya di akhirat. Lebih daripada 8,000 askar bersaiz sebenar, masing-masing dengan wajah yang unik, bersama kereta kuda dan kuda, berdiri dalam formasi pertempuran di tiga lubang utama. Muzium ini memelihara tentera ini persis seperti ia ditemui. 

Terracota



Berjalan di antara askar senyap ini, aku merasakan keagungan cita-cita dan kekuatan Dinasti Qin, serta kemahiran luar biasa tukang-tukang yang bekerja selama beberapa dekad untuk mencipta seni perkuburan ini. Seorang pemandu pelancong bernama Hillary mengiringi kami dari awal hingga akhir, menceritakan sejarah muzium ini dengan terperinci. Selepas selesai di sana, kami kembali ke Xi'an untuk makan dan kemudian pulang ke hotel untuk berehat.


XI'AN - LUOYANG - 30 MEI 2026

Pukul 7:00 pagi, Dan dan aku segera menuju ke Stesen Kereta Api Xi'an kerana aku bertolak ke destinasi seterusnya: Luoyang. Di sini aku berpisah dengan Dan, yang kembali ke Baoji. Kereta api laju hanya mengambil masa 1 jam 49 minit.

Kebetulan, rakan tempat duduk aku, Mark Wang, boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, dan kami banyak berbual mengenai kehidupan masing-masing. Mark pernah bekerja di Singapura di sebuah syarikat antarabangsa milik Amerika dalam bidang teknologi maklumat. Selepas 10 tahun di Singapura, beliau mengambil keputusan untuk pulang ke China dan kini bekerja dalam bidang yang sama di Dalian.

Setibanya aku di Stesen Kereta Api Luoyang, Wei Qian dan rakannya sudah sedia menanti. Kami terus ke tempat letak kereta, kemudian mencari restoran halal. Selepas makan, Wei Qian membawa aku ke hotel untuk mendaftar masuk dan berehat sebentar.

Kemudian, kami terus menuju ke Gua Longmen. Gua Longmen dianggap sebagai seni ukiran batu Buddha terbaik di China, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO. Ukiran bermula pada tahun 493 M semasa Dinasti Wei Utara selepas ibu kota dipindahkan ke Luoyang, dan berterusan selama lebih 400 tahun hingga Dinasti Tang. Tapak ini membentang kira-kira 1 km di sepanjang tebing batu kapur Sungai Yi, mengandungi lebih daripada 2,300 gua dan ceruk, lebih daripada 100,000 patung Buddha, dan kira-kira 2,800 inskripsi.

Berehat sebentar di persekitaran Gua Longmen


Kemuncak mutlak adalah Kuil Fengxian, sebuah ceruk berbentuk ladam besar yang diukir di bawah pemerintahan Maharani Wu Zetian (624–705 M), satu-satunya maharani perempuan dalam sejarah China. Patung utama adalah Buddha Vairocana, setinggi 17 meter. Menurut catatan sejarah, ukiran wajah Buddha ini dibiayai daripada peruntukan kosmetik peribadi Maharani, dan ciri-ciri wajah yang tenang dan feminin itu sengaja diukir menyerupai Wu Zetian sendiri — langkah politik yang bijak untuk melegitimasi pemerintahannya dengan mempersembahkan dirinya sebagai jelmaan hidup Buddha. 

Patung ini dikelilingi oleh murid-murid besar, bodhisattva, dan pengawal pahlawan, mewujudkan kehadiran rohani yang kuat. Berdiri di kaki patung Buddha yang monumental ini, dengan sungai mengalir di belakang aku, aku memahami mengapa ini dianggap sebagai mahakarya seni Dinasti Tang dan pengabdian Buddha. Selepas selesai di sana, kami mencari restoran halal untuk makan malam. Selepas makan, Wei Qian menghantar aku ke hotel manakala dia pulang dengan rakannya.



LUOYANG - ZHENGZHOU 31 MEI 2026 AHAD

Pukul 11:00 pagi, Wei Qian tiba di hotel bersama ibu bapanya, yang telah memandu dari Zhengzhou (140 km jauhnya), untuk membawa aku ke Kuil Shaolin di Bandar Dengfeng (80 km jauhnya). Kuil Shaolin, yang diasaskan pada tahun 495 M semasa Dinasti Wei Utara, memiliki legasi unik: ia adalah tempat kelahiran Buddhisme Chan (Zen) dan buaian Kung Fu. Kuil ini dibina di kaki Gunung Song, salah satu daripada Lima Gunung Suci China, untuk rahib India Buddhabhadra menterjemah kitab Buddha. 

Kompleks Shaolin Temple


Kemudian, rahib India Bodhidharma (dikenali sebagai Damo dalam bahasa Cina) datang ke Shaolin sekitar tahun 527 M. Legenda mengatakan beliau bermeditasi di sebuah gua berdekatan selama sembilan tahun, memotong kelopak matanya untuk kekal terjaga, dan daripada amalan intensif ini beliau mengembangkan sistem latihan fizikal untuk menguatkan para rahib — latihan yang berkembang menjadi Shaolin Kung Fu.

Shaolin Performance


Kemasyhuran Shaolin tersebar ke seluruh dunia, dan sesungguhnya, filem seni mempertahankan diri Hong Kong dari tahun 1970-an dan seterusnya menjadikannya sinonim dengan seni bela diri Cina. Kompleks kuil ini merangkumi Hutan Pagoda, koleksi lebih daripada 240 pagoda bata dan batu yang dibina dari tahun 791 M hingga zaman moden, setiap satu menandakan tapak pengebumian rahib terkemuka. Pagoda ini berbeza dari segi ketinggian dan gaya bergantung pada status rahib dan trend seni bina pada zaman mereka.

Setelah melalui jalan berliku, kami tiba di Dengfeng. Kami mencari restoran halal terlebih dahulu untuk makan tengahari. Selepas makan tengahari, kami terus ke Kuil Shaolin. Seorang pemandu pelancong menerangkan segala-galanya tentang kuil ini — daripada legasi Bodhidharma kepada kaedah latihan para rahib. 

Kira-kira pukul 4:00 petang, kami bertolak ke bandar Zhengzhou, ibu negeri Provinsi Henan. Kami tiba pada waktu hampir malam dan terus ke restoran halal yang eksklusif. Selepas menikmati hidangan di sana, Wei Qian serta keluarganya menghantar aku ke hotel yang berhampiran dengan stesen kereta api. Kami berpisah di sini kerana keesokannya (Isnin) aku akan ke Xi'an menaiki kereta api secara bersendirian. Aku mengucapkan terima kasih kepada Wei Qian dan ibu bapanya atas layanan yang sangat istimewa dan mengucapkan selamat tinggal.



ZHENGZHOU-XI'AN; 1 JUN 2026, ISNIN

Pukul 8:00 pagi, aku mendaftar keluar dari hotel dan berjalan kaki ke stesen kereta api. Kereta api bertolak sekitar pukul 9:30 pagi dan tiba di Xi'an pada pukul 11:30 pagi, menempuh jarak kira-kira 500 km.

Wei Qian telah mengaturkan perjalanan aku di Xi'an dengan dua orang sahabatnya, Melo dan He. Setibanya aku di Stesen Kereta Api Xi'an, kedua-dua rakan Wei Qian sudah pun menunggu aku. Mereka membawa aku ke restoran halal untuk makan tengahari. Selepas selesai makan, mereka terus membawa aku ke Lapangan Terbang Xi'an.

Penerbangan aku berlepas ke Shanghai untuk transit selama 3 jam sebelum terus ke KLIA1. Aku tiba di KLIA1 pada pukul 6:00 pagi.







BEIJING;  2 - 8 Okt 2025


1/10/25 (Rabu)

Bertolak dari rumah pukul 9.00 malam. Along dan Atiqah hantar sampai KLIA1 pukul 10.00 mlm. Flight delay dari 11.30 mlm ke 4.00 pagi. MH318 ke Beijing.

2/10/25 (Khamis)

Berlepas dari KLIA1 jam 4.00 pagi. Flight tak penuh. Banyak tempat kosong. Susunan Seating 2-4-2 dan ada yang mengambil kesempatan untuk baring di kerusi ‘4’ kerana tiada penumpang.

10.00 pagi tiba lapangan terbang Daxing Beijing. Kelihatan lapangan terbang tenang saja, tidak ramai pengembara. Sebelum ke kaunter imigresen mengisi borang ketibaan dan terus ke imigresen tanpa tiada beratur Panjang. Layanan Istimewa oleh imigresen dan tidak ada banyak soalan. Juga di laluan kastam. Perjalanan sangat mudah kali ini.


Di pintu keluar, Jiang Jinhua, student PhD telah sedia menunggu dan kami terus ke kedai jual SIM card. Proses pendaftaran SIM card mengambil masa yang lama dengan mengimbas passport dan mengambil foto untuk dimasukkan dalam system mereka.

Selepas selesai itu kami ke balai e-hailing dan terus ke Beijing menuju hotel penginapan, Huayu Hotel, yang berhampiran dengan Forbidden City yang popular. Walaupun jaraknya lebih kurang 50 km tetapi perjalanan terlalu lama kerana kesesakan kenderaan.

Setelah check-in hotel, kami terus ke Restoran Hamarkand yang popular. Kali ini kami ditemani sahabat Jiang, iaitu Liu pegawai tinggi Kerajaan di Shenzen. Jiang dan Liu pelbagai makanan yang unik. Alhamdullillah, dapat juga aku merasa makanan masakan Cina Xinjiang.

Selepas itu kami balik semula ke hotel dan tiba pada pukul 5.00 petang. Aku telah kepenatan dan memaklumkan pada Jiang program malam itu terpaksa dibatalkan. Ketika ini, waktu maghrib Beijing ialah 5.56 petang. Aku ingin berehat Sahaja di bilik.

Dalam pukul 7.30 mlm, Jiang dan Liu datang lagi ke hotel membawa sedikit makanan kerana mereka bimbang sekiranya aku lapar malam nanti.



2.20.25 (Jumaat)

Pukul 7.00 pagi berjalan-jalan sendirian di Kawasan hotel hingga jalan Dongsi. Di sini terdapat sebuah masjid lama tapi pintu pagar tutup. Jarak dari hotel ke Masjid yang terdekat dengan hotel ini ialah 1.3 km. Tak boleh masuk Cuma tengok dari luar saja. 

Masjid Dongsi



Keadaan jalan tenang dan orang masih lagi tidak ramai. Cuaca agak dingin, lebih-labih lagi aku hanya memakai t-shirt, seluar Panjang  dan berselipar Sahaja. Kemudian balik semula ke hotel. Tiba di hotel lebih kurang pukul 8.30 pagi.

Pukul 9.00 pagi, Jiang tiba di hotel untuk mengambil ku. Kami terus ke Temple of Heaven. Terlalu ramai orang berkunjung ke sini sehingga menjadi sesak. Aku dan Jiang dapat jua masuk. Melihat Kawasan ini yang bersih  dan pemandangan yang indak dengan pokok-pokok berusia ratusan tahun dijaga dengan rapi. 

Temple of Heaven


Liu menunggu kami di sini dan Kami terus ke Echo Wall. Kesesakan orang juga sama di sini namun begitu keadaan tetap terkawal dengan baik.

Echo Wall



Selepas itu kami terus ke Jalan Niujie untuk makan tengahari. Di sini terdapat banyak Muslim Restaurant dan kebanyakan dipunyai oleh orang dari Xinjiang yang beragama Islam. Kelihatan dari luar restoran ini seperti stall di jalanan namun sebenarnya tempat makan berada di tiga tingkat bawah tanah. 

Seterusnya kami terus ke Summer Palace setelah selesai makan tengahari. Di sini juga terlalu ramai orang berkunjung menjadikannya sangat sesak. Istana ini didirikan di atas buku di tepi tasik yang luas. Orang ramai beratur Panjang untuk menaiki bot di tasik yang indah ini. Jiang dan Liu membeli tiket bot kecil yang dipandu sendiri. Kami bersiar-siar di tasik sehingga menghampiri Summer Palace.

Summer Palace



Setelah selesai di sini kami balik ke hotel untuk berehat dan seterusnya makan malam. 


4.10.2025 Sabtu

Berjalan kaki ke Jiangshan Park. Taman Jingshan adalah salah satu taman yang paling ikonik dan penting dari segi sejarah di Beijing. Ia terletak betul-betul di utara Kota Larangan (Forbidden City). Taman ini adalah sebuah bukit buatan manusia yang dibina pada zaman Dinasti Ming (pada awal abad ke-15). Tanah dan batu yang digunakan untuk membina bukit ini berasal dari parit yang digali di sekeliling Kota Larangan dan dari pembinaan kawasan istana itu sendiri. Oleh itu, ia juga dikenali sebagai "Bukit Buatan

Jiangshan Park


Di sebelah timur bukit, terdapat sebuah pokok di mana Maharaja Chongzhen, maharaja terakhir Dinasti Ming, dikatakan telah menggantung diri pada tahun 1644 apabila pemberontakan menggulingkan dinastinya. Pokok asal sudah tiada, dan pokok yang ada sekarang adalah pengganti.

Aku mendaki hingga ke Puncak Wanchun untuk menikmati pemandangan indah Kota Larangan. Terlalu ramai pelancong di sini sehingga hendak merakam foto di tempat yang strategik amat sukar sekali.


5.10.2025 Ahad

Berjalan kaki ke Tianamen Square yang terletak di tengah-tengah Kota Beijing dan merupakan salah satu dataran awam terbesar di dunia. Ia mempunyai signifikan sejarah dan politik yang mendalam dalam sejarah moden China. Ia dibina pada tahun 1651 semasa Dinasti Ming dan diperluas beberapa kali selepas itu. Nama "Tiananmen" bermaksud "Gerbang Kedamaian Syurga", merujuk kepada gerbang utama yang menghadap ke arah dataran. Ia menjadi simbol kuasa politik dan tempat berlangsungnya pelbagai acara penting negara, termasuk perarakan tentera dan sambutan Hari Kebangsaan China.

Masjid Qian Men, Tianamen Square Vicinity

Oleh kerana orang terlalu ramai di Tianamen Square, aku berjalan kaki di sekitarnya dan terus menuju ke QianMen Street. Di sini terdapat banyak kedai-kedai tradisional dan moden. Sempat juga meneroka kampung tradisional di sini yang terdapat komuniti Muslim.


6.10.25 Isnin


Pada pukul 7.00 pagi  Wei Qian dan Ethan telah sampai ke hotelku untuk pergi ke Great Wall of China. Kami sampai di sini lebih kurang pukul 8.30 pagi dengan cuaca yang agak dingin. Orang masih lagi tidak ramai namun terpaksa beratur panjang untuk menaiki bas dari terminal khas ke titik permulaan pendakian Great Wall of China. Kami berjalan ke arah Selatan Great Wall.


Bersama Wei Qian di Great Wall of China


Tembok Besar China merupakan struktur pertahanan purba yang dibina untuk melindungi wilayah China daripada serangan puak nomad dari utara seperti Mongol dan Xiongnu. Pembinaan awal bermula seawal abad ke-7 SM oleh kerajaan-kerajaan kecil di utara China. Penyatuan besar-besaran dilakukan oleh Kaisar Qin Shi Huang pada abad ke-3 SM, yang juga dikenali sebagai penyatu China. Dinasti Han dan Ming memperluas dan memperkukuh tembok ini. Bahagian yang paling terkenal dan masih kukuh hari ini dibina semasa Dinasti Ming (1368–1644) menggunakan batu bata dan batu besar. 

Panjang keseluruhan tembok adalah lebih daripada 21,000 km yang menjadikannya struktur terpanjang yang pernah dibina manusia. Ia telah terpilih sebagai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia Moden pada tahun 2007


7.10.25 Selasa


Bersama Wei Qian dan Ethan ke Restoran Barun Rozi yang meenghidangkan masakan Xinjiang untuk makan tengahari. Setelah selesai makan kami terus ke Shopping Complex Taikoo Li Sanlitun yang terletak bersebelahan dengan kawasan kedutaan. Shopping complex ini berkonsepkan gaya hidup  mewah seperti Apple, Uniqlo, dan jenama antarabangsa lain.

Barun Rozi Restaurant, Xinjiang Cuisine


Kemudian berbincang mengenai proposal PhD Wei Qian di restoran eksklusif.

Kembali semula ke Forbidden City untuk menikmati makan malam di restoran popular dengan makanan Xinjiang. Setelah selesai, kami pulang ke hotel masing-masing.



8.10.2025 Rabu

Pukul 6.00 pagi Wei Qian dan Ethan telah tiba ke hotelku untuk mengucapkan selamat pulang kepadaku. Aku terus menuju ke Lapangan Terbang Daxing yang mengambil masa lebih kurang sejam.

Pukul 10.00 pagi berlepas ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines MH 319. Tiba KL pada pukul 4.30 petang.







Kunming-Dali-Lijiang-Shaxi

25 - 30 Julai 2024


25 Jul 2024 Khamis KL - Kunming 

Dari KLIA 1.05 ptg, sampai di Kunming 5.00 ptg.
 Aku, Dr. Aziz, Dr. Nathan, Dr. Baljinder dan Dr. Tarsame disambut Ke Qi (student Dr. Nathan) dan Lee (Driver) sudah sedia menanti di Airport. Proses imigresen berjalan lancar. Kami dikehendaki borang imigresen terlebih dahulu sebelum beratur di Kaunter
Kunming airport


Bertolak terus ke Hotel New Era di Dongfeng West Road untuk daftar masuk. Selepas itu kami berjalan kaki ke sebuah restoran Islam – 7.00 Maghrib masuk pukul 7.57 mlm manakala Isya pukul 9.17 mlm. Subuh 5.09 pagi Kami dihidangkan dengan pelbagai masakan China termasuklah makanan seperti ‘steamboat’. Makan malam ini disediakan oleh 2 orang pelajar PhD SEGi U, Eric (student Dr. Rosli) dan Li Hao (student Dr. Fatimah) di mana kedua-dua mereka ini adalah orang Kunming. Selesai makan kami berjalan kaki balik ke hotel. Setiba di hotel, Li Shuqing (student aku) Bersama isteri dan anaknya sudah sedia menanti. Mereka ini datang dari Nanchang (iaitu 2 jam penerbangan ke Kunming) semata-mata untuk berjumpa dengan aku. Mereka sebenarnya sudah menempah sebuah restoran untuk kami makan malam namun terpaksa dibatalkan kerana aku balik lewat. Program asal aku ialah dari airport kami terus ke sebuah café untuk minum petang sebelum terus dinner namun kami terperangkap dengan kesesakan lalu lintas. Aku telah merancang untuk minum kopi bersama kawan-kawan dan dinner Bersama Li Shuqing tetapi terpaksa dibatalkan. 

New Era Hotel, Kunming



26 Julai 2024 Jumaat 

 Kunming-Dali 

 7.00 pagi sarapan Selepas sarapan, berkemas untuk check-out pukul 8.30 pagi Setelah selesai proses checkout kami terus ke Yunnan Nationalities Village. Ini merupakan suatu showcase penempatan 25 pelbagai kaum yang terdapat di Yunnan Province. Setelah hampir 2 jam di sini kami dibawa ke sebuah restoran untuk makan tengahari. Selepas kami terus ke Tasik Dianchi untuk minum kopi. Pemandangan yang menarik di tepi tasik yang luas ini. Kira-kira pukul 12.00 kami bertolak menuju ke Dali. Perjalanan dengan kereta ini mengambil masa lebih kurang 5 jam. Kami tiba di Dali kira-kira pukul 6.30 ptg. Selepas daftar masuk hotel, Rezen, kami Bersiap-siap untuk Dali Old Town untuk dinner. Selepas dinner kami berjalan-jalan di Kawasan ini. 11.00 malam sampai hotel, dan rehat.

Yunnan Nationalities Village




Lambang Restoran Halal

 


 27 Julai 2024 Sabtu 

 Dali-Lijiang 

 Selepas sarapan kami ke Dali Dreamland yang terletak di atas bukit. Pemandangan di sini sangat menarik – menghala tasik Erhai yang sangat luas. Dali merupakan tempat kelahiran budaya kaum Bai yang bermula sekitar kurun ke 4. Dali juga merupakan ibukota Bai Nanzhao Kingdom (738–902) dan Kingdom of Dali (937–1094). Setelah itu kami meneruskan perjalanan ke Lijiang. Sampai Lijiang pukul 6.45 ptg Selepas check-in Hotel Holiday Inn, kami berjalan kaki ke Lijiang Ancient City - dinner 


Bersama etnik Bai








 28 Julai 2024 Ahad 

Lijiang 

 Selepas sarapan kami ke Jade Dragon Snow Mountain. Melihat tasik biru dan pemandangan yang menarik. Terlalu ramai pelancong China di sini sehinggakan untuk menaiki bas ke Tasik Biru kami terpaksa beratur sehingga 1 jam. Selepas bersiar-siar di Tasik Biru, kami kembali pusat pelancongan Snow Mountain ini dan melihat persembahan budaya kaum Hai yang sangat menarik. Ketika persembahan hujan turun agak lebat namun semua pengunjung diberi ‘baju hujan’ kerana persembahan dilakukan di tempat terbuka. Dalam perjalanan kembali ke Lijiang, kami singgah Baisha Ancient Village yang dihuni komuniti Naxi untuk melihat dan bersiar-siar di kampung yang bersejarah ini. Setelah selesai di sini kami kembali ke Lijiang dan terus ke hotel. 8.30 mlm, kami ke Lijiang Old City untuk makan malam dan berjalan-jalan di bandar lama ini. Suasana sungguh meriah di sini yang dipenuhi dengan ribuan pelancong. 









 29 Julai 2024 Isnin 

Lijiang – Shaxi 

 Selepas sarapan kami terus checkout untuk bergerak ke Shaxi Ancient City. Sebelum itu kami ke Shuhe Ancient Town. Di sini kami melihat suasana kampung tradisi yang begitu menarik sekali. Selepas lebih sejam di sini, kami meneruskan perjalanan ke Shaxi. Sampai Shaxi pukul 1.30 ptg. Daftar masuk hotel dan terus ke restoran untuk makan tengahari. Hari ini agak mendung disertai dengan hujan sekali sekala. Pergerakan jalan kaki kami agak terhad hari ini. 7.30 ptg – meyambung eksplorasi bandar kuno ini dan terus ke restoran untuk makan malam. Selepas itu balik ke hotel dan rehat 







 30 Julai 2024 Selasa 

Shaxi-Kunming – KL

Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, kami meneruskan perjalanan ke Kunming. 
Perjalanan mengambil masa lebih 6 jam. Makan tengahari di Liushuchong, bandar antara Shaxi dan Kunming.


Ke Qi, pelajar PhD dari Kunming menjadi Ketua kami merangkap pemandu pelancong. Hari terakhir di lapangan terbang menghantar kami pulang ke Malaysia