Sunday 24 May 2020

HARI RAYA PUASA 2020

24 MEI 2020 JITRA

Hari ini ialah Hari Raya Puasa namun semua orang tidak dapat merayakannya seperti kelaziman kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat corona virus masih lagi dikenakan ke seluruh negara. 

Solat raya di Masjid hanya untuk pegawai masjid sahaja manakala ziarah ke rumah-rumah hanya dibenarkan jika rumah mampu menampung maksimum 10 orang termasuk tuan rumah pada sesatu masa. Oleh kerana itu, ramailah solat sunat aidilfitri di rumah sahaja.

Pagi ini kami sekeluarga sarapan pagi pada pukul 7.45 pagi dengan juadah yang sederhana sahaja. Setelah selesai sarapan kami masing-masing mengenakan pakaian raya untuk solat sunat aidil fitri berjemaah di rumah. 

Pukul 8.30 pagi mula bertakbir dengan lima orang sahaja. Setelah 15 minit bertakbir, aku memberi sedikit peringatan kepada anak-anak mengenai kaedah solat sunat aidil fitri. Setelah itu, aku terus sahaja mengimamkan solat.

Setelah selesai solat dan doa, aku terus ke kerusi untuk memulakan bacaan khutbah raya. Aku menggunakan teks khutbah yang disediakan oleh Jabatan Mufti Perlis yang ringkas dan sesuai dibaca untuk ahli keluarga.



Sebaik saja selesai bacaan khutbah, kami terus saja berselawat ke atas nabi sambil bersalam-salaman memohon ampun dan maaf. Kemudian terus sahaja ke meja untuk meneruskan sarapan pagi.



Setelah itu, kami segera mengambil foto kenang-kenangan untuk diabadikan. Inilah kali pertama aku menjadi Imam dan Khatib bagi solat sunat aidilfitri. Di sebalik kesukaran PKP ada juga hikmahnya. Alhamdullillah, aku berjaya melaksanakan tanggungjawabku sebagai ketua keluarga dalam pelaksanaan ibadah solat sunat aidilfitri.

Moga-moga Allah menerima solat kami, puasa kami dan amalan-amalan baik kami. Aaminn Ya Rabbal Alamin
Depan rumah


No comments:

Post a Comment