Wednesday, 7 October 2026

Sepupuku Jalil

 Perginya Jalil buat selama-lamanya pada 6 Oktober 2026 memberi kesan yang mendalam ke atas diriku. Kami lahir dan membesar bersama-sama di kampung yang daif ketika itu. Semasa zaman kanak-kanak kami sering bermain bersama-sama permainan tradisi seperti guli, gasing, getah bulat, galah panjang, dan lain-lain yang popular ketika itu.

Kami sama-sama mandi di sungai selepas puas bermain. Kami juga sering memancing ikan di sungai Balun atau Slim, sekali sekala di 'palong' yang banyak di pinggir kampung. Dalam bab memancing selalunya dialah yang lebih bertuah dan mendapat ikan lebih daripada aku.

Apabila musim buah-buahan, kami adalah jaguh memanjat pokok untuk memetik buah. Pokok manggis, rambai, rambutan, pulasan, derandan, langsat adalah kegemaran kami. Malah pokok macang yang buahnya lambat gugur pun kami panjat dan menggoyangkan dahannya supaya yang masak gugur. Pernah dia terjatuh dari pokok macang di hujung 'tanjung' tapi kami rahsiakan perkara tersebut dari kedua ibubapa kami.

 Emak-emak kami juga selalu membawa kami ke kebun getah di waktu petang untuk mencari 'kayu api'. Zaman itu memasak hanyalah dengan kayu api sahaja. Dapur minyak dan dapur gas belum ada lagi. Daripada menebang pokok getah yang sudah mati, mengeratnya sehinggalah memikul atau menjunjung sampai ke rumah bersama-sama emak-emak kami. Itulah kerja kami.

Ketika usia meningkat remaja, permainan tradisi mula ditinggalkan dan kami mula berjinak dengan bola sepak dan sepak raga kerana inilah permainan yang termurah bagi budak-budak kampung. Dengan sebiji bola, ramai boleh main. Ketika usia sekitar belasan tahun dan awal 20an kami telah mula mewakili kampung dalam permainan sepak raga (sepak takraw) ke pertandingan liga Slim River ataupun perlawanan persahabatan dengan kampung-kampung lain. Antara kampung yang pernah kami kunjungi termasuklah Kg Jenderam Hilir, Kajang dan Kg Lubuk Katak, Tapah. Kami sering diletakkan dalam satu regu, aku sebagai feeder dan dia sebagai killer.

Setelah tamat persekolahan, masing-masing menempuh jalan hidup yang berbeza. Dia mendapat kerja di Kroh, Perak sebagai juruteknik JKR manakala aku terus dengan pengajian dan menjadi guru di Raub, Pahang. Namun bagitu setiap kali hari raya kami berjumpa semula di kampung. Pertemuan semula ini selalunya kami pergi berburu waktu malam bersama Ayah Utih. Ayah Utih sememangnya suka melayan kami berdua sejak dari kecil lagi. 

Suatu ketika dia telah ditukarkan ke Tg Malim dan pada masa yang sama aku pun sudah mengajar di Slim River. Kami sama-sama tinggal di rumah emak masing-masing. Era ini permainan sepak takraw dan bola sepak dah lama kami tinggalkan. Tenis merupakan permainan baru yang kami ceburi. Hampir setiap petang kami bermain di Kelab Tenis Slim River. Aku mula main tenis semenjak di Raub lagi manakala dia juga bermain tenis di Kroh.

Kami pernah menyertai Kejohanan Tenis Terbuka Tg Malim dan muncul sebagai juara dalam acara regu. Namun pertukaran dia ke Tg Malim hanya setahun sahaja dan kemudian dia balik semula ke Gerik. Aku kehilangan pasangan tenis terbaik apabila ia bertukar ke Gerik.

Keakraban kami sejak dari zaman kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah sama-sama mempunyai keluarga sukar dilupakan. Malah semasa dia berkahwin, akulah jadi 'pengapitnya'. 

Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan sesungguhnya kepada Allahlah kita kembali.

Semoga Allah mengampun segala dosanya, merahmatinya, memaafkannya, memuliakannya meluaskan kuburnya, dan menjadikan kuburnya taman-taman syurga. Ya Allah bersihkanlah dia dengan air salji dan embun. Bersihkanlah dia daripada segala dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. 

Ya Allah, gantikanlah untuknya rumah yang lebih baik daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur serta azab neraka.

Aamin. Ya Rabb.


Menjadi Pengapit di Gerik

Saturday, 5 September 2026

LATIHAN GURU-GURU KANAN MALDIVES

 22 - 28 OGOS 2026
Male dan Fonahoo Island


Searamai 52 orang guru kanan dalam grup pertama di Male hadir program ini. Program telah dirasmikan oleh State Minister of Education, Dr. Ahmed Mohammed.

Aku tiba di Lapangan Terbang Male pada hari Sabtu, disambut oleh seorang Pegawai dari Kementerian Pendidikan, Mr. Abdullah. Kemudian aku terus di bawa ke hotel untuk daftar masuk dan rehat.

Latihan telah diadakan di sekolah Shaheed Ali School, Male. Sekolah moden yang serba lengkap ini mempunyai 4 bangunan setinggi 6 tingkat.

Pada malamnya Dr. Ahmed telah menjemput aku untuk makan malam bersama Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan dan Deputy Vice-Chancellor, Islamic University of Maldives.

Menerima cenderahati dari Dr. Ahmed


23.8. 26 (Ahad)

Bengkel telah diadakan di sebuah sekolah di Male. Sekolah yang serba lengkap ini terletak tidak jauh dari hotel kediamanku. Aku difahamkan hampir semua sekolah di Maldives menggunakan sistem K-12 iaitu murid berada di sekolah yang sama dari pra-sekolah hinggalah gred 11. 



Aktiviti Kumpulan

Melakukan demo 'peer coaching' bersama seorang peserta




Memberi penjelasan lanjut mengenai aktiviti



Lawatan hormat ke Kementerian Pendidikan bertemu dengan Menteri, Mr. Ismail Shaafu dan State Minister of Education, Dr. Ahmed Mohammed



25 Ogos 2026 terbang ke Lammu Atoll untuk kumpulan ke 2 guru-guru kanan Maldives

Seramai 36 orang hadir dalam program ini yang diadakan di Lammu Atoll Education Centre.


Manaiki kapalterbang fokker mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Penerbangan singgah dahulu di Pulau Muli untuk menurun dan mengambil penumpang sebelum berlepas ke Fonadhoo Island






Peserta melakukan 'peer coaching' sambil diperhatikan oleh peserta-peserta lain bagi mengenalpasti kekuatan dan kekurangan 'bentuk' soalan yang dikemukakan


Makan malam bersama Dr. Ahmed (State Minister of Education), Dr. Visal (Deputy Vice-Chancellor, Islamic University of Maldives)

Ketibaan aku bersama En. Abdullah, pegawai Kementerian Pendidikan Maldives di lapangan terbang Kadhoo disambut dengan bunga oleh 2 orang anak sekolah


Waktu pejabat di Maldives ialah dari pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang termasuk waktu makan tengahari. Hari bekerja pula ialah dari Ahad hingga Khamis.

Yang menarik perhatian saya, budaya makan sirih bersama kapur, pinang dan cengkih masih segar di sini. Selepas makan, 'pemanis mulut' itu pasti muncul


Sunday, 14 September 2025

Taiwan 9 - 12 Ogos 2025

 9 Ogos 2025 (Sabtu)


Hari yang dinanti-nantikan tiba! Aku bersama dua anakku, Syafiqah dan Atiqah, berlepas dari KLIA1 pukul 8.00 pagi menaiki Batik Air menuju Taipei. Penuh semangat!

Pukul 1.00 petang, kami mendarat di Taipei. Cuaca cerah menyambut kami. Kami terus menaiki keretapi menuju Taipei Central Station – pengalaman pertama anak-anak naik kereta api di sini. 

Kami berjalan kaki dari Taipei Central Station ke Hotel Hatago + Alley di Hankou St. Wanhua. Hotelnya comel dan suasana jalanan sangat autentik.

Petangnya, kami menjelajah dengan berjalan kaki ke Restoran Halal Chang Beef untuk makan malam. Kami teruja mencuba beef noodle yang terkenal di sini – kuahnya pekat dan dagingnya lembut!


10 Ogos 2025 (Ahad)

Awal pagi ini, kami check-out dari hotel dan menaiki Uber (dengan bayaran 140 NT) ke Caesar Park Hotel yang lebih strategik berhampiran Taipei Central Station.




Pukul 8.00 pagi, kami memulakan hari dengan menaiki keretapi laju dan bas ke Wulai. Perjalanan menakjubkan! Air terjun Wulai yang mempersona dan perkampungan tradisional orang asli Atayal membuatkan kami kagum. Kami tidak sempat menaiki kereta kabel Wulai untuk melihat pemandangan dari atas.  Kami menempuh banyak warong yang menjual pelbagai makanan terutamanya makanan tradisional seperti bamboo rice dan mochi panas ketika berjalan kaki ke atas bukit.


Wulai Waterfall


Pukul 12.00 tengah hari, kami balik ke Taipei dengan bas (perjalanan selama 2 jam). Lalu, kami menaiki Uber ke Warong Mat Tik Ximending untuk menjamu selera. Rasa makanan Melayu di sini membuatkan kami terasa seperti di rumah – pedas dan menyelerakan!

Pukul 4.00 petang, kami check-in di Caesar Park Hotel untuk berehat.


11 Ogos 2025 (Isnin)

Hari ini, kami bangun awal untuk pergi ke Alishan! Menaiki keretapi laju ke Chiayi, kemudian bersambung dengan bas ke Alishan National Forest Recreation Park.

Alishan Forest Recreational Park

Pemandangan hutan, pokok-pokok purba, dan udara segar membuatkan kami terpesona. Kami menaiki Alishan Forest Railway yang ikonik – melalui laluan berliku dengan pemandangan gunung yang mempersona. Kami juga berjalan di laluan Sacred Tree Trail dan melihat pokok merah cypress berusia ribuan tahun. Sayangnya, kami tidak sempat melihat matahari terbit di Zhushan, tetapi pemandangan kabut pagi yang menyelubungi hutan tetap mengujakan!

Alishan Forest


Kami menghabiskan hampir 4 jam meneroka keindahan alam ini.

Pukul 8.00 malam, kami tiba kembali di Taipei setelah penat tetapi puas.


Alishan Forest


12 Ogos 2025 (Selasa)

Malangnya, aku berasa tidak sihat hari ini. Jadi, aku berehat di hotel manakala Syafiqah dan Atiqah terus bersiar-siar sekitar Taipei. Mereka berkunjung ke Menara Taipei (Taipei Tower) dan menghabiskan masa di observasi deck untuk menikmati pemandangan bandar. 

Pukul 12.30 tengah hari, kami bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang pukul 6.30 petang.

Pukul 11.30 malam, kami selamat tiba di KL. Penat tetapi sangat berbaloi. Pengalaman indah bersama anak-anak!






Monday, 10 February 2025

NEW ZEALAND 29 JAN 2025 - 8 FEB 2025

Percutian Keluarga ke New Zealand: Sebuah Kembara yang Tidak Terlupakan

New Zealand – sebuah destinasi yang menawarkan keindahan alam semula jadi yang memukau, bandar yang moden, serta pengalaman yang sukar didapati di tempat lain. Perjalanan kami (Aku, Along, Atiqah, Aiman dan Isteri, dan Aishah (cucu sulungku, baru berusia 4 bulan) ke sini bukan sekadar sebuah percutian, tetapi juga satu pengembaraan yang penuh dengan detik-detik istimewa. Dari bandar sibuk Auckland hingga ke keheningan Milford Sound, setiap hari membawa pengalaman yang berharga.

Auckland - Queenstown - Te Anau - Denudin - Lake Tekapo - Christchurch - Auckland


29 Januari 2025 – Rabu

🕣 8.30 malam – Saat yang dinanti telah tiba! Kami berlepas dari KLIA dengan pesawat Malaysia Airlines menuju Auckland, New Zealand. Perasaan teruja bercampur sedikit keletihan, namun semua itu hilang apabila kami berbual dan berbincang tentang aktiviti menarik yang bakal kami lakukan di sana.


30 Januari 2025 – Khamis

✈ Auckland
🕧 12.30 tengah hari – Kami akhirnya tiba di Auckland Airport selepas penerbangan yang panjang. Cuaca di sini sangat nyaman, jauh berbeza dari Malaysia.

🚗 Setelah selesai urusan imigresen dan mengambil bagasi, kami menyewa kereta dan menuju ke Airbnb home untuk berehat seketika sebelum meneroka bandar Auckland.

🌳 Petang: Kami memulakan eksplorasi di University of Auckland, universiti yang tersohor di New Zealand. Selepas itu, kami bersiar-siar di Albert Park, taman yang penuh dengan bunga-bungaan indah dan seni bina bersejarah.

Di Albert Park


🍽 Makan Malam: Kami memilih restoran halal di tengah bandar untuk menikmati hidangan tempatan. Suasana Auckland pada waktu malam begitu meriah, dengan cahaya lampu neon dan orang ramai yang berjalan di sepanjang jalan utama.

Airbnb home di Auckland, milik orang Thailand



31 Januari 2025 – Jumaat

✈ Auckland ke Queenstown
☕ Pagi: Kami bangun awal, bersarapan dan bersiap untuk ke lapangan terbang bagi penerbangan ke Queenstown – syurga pelancongan New Zealand.

🕒 Petang: Setibanya di Queenstown, kami menyewa kereta dan menuju ke Airbnb home yang menawarkan pemandangan luar biasa menghadap gunung dan tasik Wakatipu. Aku dan Aiman ke kedai Halal Pedro untuk membeli daging kambing siap masak untuk hidangan makan malam.

1 Februari 2025 – Sabtu

🏞 Queenstown – Bandar Penuh Keajaiban
🚶‍♂️ Pagi: Aku memulakan hari ini dengan brisk walking di tepi Lake Wakatipu sementara anak menantu sibuk menyediakan saparapan pagi. Air tasik yang jernih membiaskan refleksi gunung-ganang, mencipta pemandangan yang sungguh memukau.

🚠 Setelah selesai sarapan kami ke Skyline Queenstown menaiki gondola untuk ke puncak bukit. Dari atas, pemandangan seluruh Queenstown begitu mengagumkan! Kami mencuba Luge, sejenis permainan luncur yang memberi pengalaman yang mendebarkan.



🚗 Petang: Kami memandu ke Glenorchy, sebuah kawasan yang sering digunakan sebagai lokasi penggambaran filem terkenal seperti The Lord of the Rings. Angin sepoi-sepoi bahasa dan pemandangan alam yang mendamaikan menjadikan perjalanan ini sungguh istimewa.

Glenorchy



2 Februari 2025 – Ahad

🚗 Queenstown ke Te Anau (171 km)
☕ Pagi: Selepas sarapan pagi di rumah sambil menghayati suasana pagi yang segar sebelum bertolak ke Te Anau. Dalam perjalanan kami singgah pekan Cromwell untuk melihat ladang peach dan apricot. Melihat pekerja memetik dan mengasingkan buah mengikut gred.

Ladang Peach di Cromwell


🌊 Petang: Setibanya di Te Anau, kami berehat seketika di penginapan sebelum meneroka Lake Te Anau, tasik kedua terbesar di New Zealand. Air tasik yang biru kehijauan mencerminkan keindahan langit yang cerah.



3 Februari 2025 – Isnin

🚗 Te Anau ke Dunedin
🚢 Pagi: Kami memandu ke Milford Sound (118 km), lokasi yang sering disebut sebagai "keajaiban kelapan dunia."

🚤 Tengah hari: Kami menaiki bot untuk meneroka dan menikmati pemandangan Milford Sound dengan air terjun yang mencurah dari tebing tinggi, serta melihat anjing laut yang berjemur di batu, dan pemandangan fiorjd yang menakjubkan.

Milford Sound


🚗 Petang: Perjalanan ke Dunedin (440 km) mengambil masa yang agak lama, tetapi sepanjang jalan, pemandangan gunung bersalji dan padang rumput yang luas membuatkan kami tidak terasa penat.

🕕 6.00 petang: Tiba di Dunedin dan terus ke penginapan.


4 Februari 2025 – Selasa

🏙 Dunedin
🐧 Pagi: Kami melawat Oamaru Blue Penguin Colony, tempat habitat semula jadi penguin kecil yang sangat comel.

🎓 Petang: Kami singgah di Otago Peninsula, Otago University, dan beberapa taman indah di sekitar bandar sebelum kembali ke penginapan.

Stesen Keretapi, Dunedin



5 Februari 2025 – Rabu

🚗 Dunedin ke Lake Tekapo (287 km)
🏖 Pagi: Sebelum bertolak, kami meluangkan masa menikmati suasana tenang di bandar Dunedin.

🌊 Persinggahan: Kami singgah di Moeraki Beach, terkenal dengan batu-batu besar yang berbentuk bulat unik di tepi pantai.

Perjalanan diteruskan dengan singgah di Twizel untuk melihat ladang ternakan ikan salmon yang bersumberkan air tasik glacier. Sempat juga membeli salmon untuk masakan malam ini di Lake Tekapo.

Dari High Country Salmon kami bergerak pula ke Alpine Lavender  yang berada tidak jauh dari sini untuk melihat ladang lavender.

Ladang Lavender


🕔 Petang: Setibanya di Lake Tekapo, kami menikmati matahari terbenam yang memantul di permukaan tasik yang biru jernih – pemandangan yang begitu menenangkan.

Bersama anak sulung di Lake Tekapo yang menyamankan


6 Februari 2025 – Khamis

🚗 Lake Tekapo ke Christchurch
🏔 Pagi: Kami bertolak ke Mt. Cook dan Lake Pukaki (103 km). Pemandangan gunung bersalji di sini sungguh mengagumkan. Aku, Aiman dan Along mengambil peluang untuk meneroka Hooker Valley yang berada di Kaki Gunung Cook. Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit untuk sampai menempuh 3 jambatan gantung dan trek batu kerikil yang berdebu.


Hooker Valley



🚗 Tengah hari: Kami meneruskan perjalanan ke Christchurch (330 km).

🕖 7.00 petang: Setibanya di Christchurch, kami daftar masuk ke penginapan dan berehat.


7 Februari 2025 – Jumaat

🏙 Christchurch & Auckland
🌆 Pagi: Kami bersiar-siar di Christchurch Botanic Gardens dan Avon River sebelum ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Auckland.

🕛 Tengah hari: Kami tiba di Auckland dan meneroka beberapa tempat menarik di bandar ini.


8 Februari 2025 – Sabtu

✈ Pulang ke Kuala Lumpur
📦 Pagi: Kami mengemas barang dan bersiap untuk pulang. Rasa berat hati untuk meninggalkan keindahan New Zealand, tetapi kami bersyukur dengan pengalaman luar biasa sepanjang perjalanan ini.

🕜 1.50 petang: Berlepas dari Auckland ke Kuala Lumpur.
🕗 8.00 malam: Selamat tiba di KLIA dengan kenangan manis yang akan dikenang sepanjang hayat.

🌏 New Zealand telah mengajar kami bahawa dunia ini penuh dengan keajaiban. Percutian ini bukan sekadar perjalanan, tetapi satu kembara yang memperkukuh ikatan keluarga dan mencipta kenangan yang akan diceritakan kepada generasi akan datang! 🌟



Tuesday, 24 December 2024

AIDIL FITRI 2024

10 APRIL 2024 RABU


Solat raya di masjid Kota Damansara

Selepas itu terus ke KKB 

ke tanah perkuburan sempa, Emak, Ayah, Lin, Atuk, Opah

ke Balun - Zizah & Nor (Razak)

Balik ke KD




11 April 2024 KHAMIS

Ke Desaru, bermalam di Tunamaya Beach & Spa Resort



12 April 2024 JUMAAT

Ke JB, bermalam di Hallmark Regency


13 April 2024 SABTU

Ke Forest City

balik ke KD


14 APRIL 2024 AHAD

Ke KKB - Anak Azmi bertunang 



Saturday, 21 December 2024

INDONESIA

 LOMBOK

25 -28 JANUARI 2024


Penerbangan terus dari KLIA ke Lombok mengambil masa lebih kurang 3 jam. Dari lapangan terbang ke Kuta dengan menggunakan perkhidmatan kereta persendirian dengan sewaan 150k rupiah. Tinggal di Kuta selama 2 malam sebelum bertolak ke Gili Trawangan





Perjalanan dari Kuta ke Gili Trawangan masih menggunakan perkhidmatan kereta sewa yang sama (370k rupiah). Singgah sebentar di Pantai Teluk Sekedik sambil minum air kelapa muda











PADANG - BUKIT TINGGI

7 - 10 JUN 2024


Penerbangan dari KLIA2 ke Padang mengambil masa selama sejam namun kami terpaksa menunggu lebih dua jam di KLIA2 kerana masalah teknikal penerbangan Airasia. Kami tiba di Padang sudah pun gelap. Bapa Bunga (rakan CS) sudah sedia menunggu kami untuk membawa kami ke hotel. Selepas daftar masuk dan kemas diri, Bunga menjemput kami untuk makan malam. Selepas makan malam, kami di bawa bersiar-siar di Padang.




Lembah Harau





Jam Godang, mercu tanda Bukit Tinggi

Dari Padang ke Bukit Tinggi, singgah sebentar di sini untuk minum dan goreng pisang



BATAM

27 - 29 SEPT 2024


Pukul 7.00 pagi mula memandu ke Johor Bahru. Lebih kurang pukul 12.00 tiba di Berjaya Water Front dan membeli tiket feri ke Batam. Feri terawal yang kami perolehi ialah pada pukul 4.00 petang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kami tiba hari sudah pun gelap dan terus mengambil grab untuk ke Nagoya dan menginap di sini.



Jambatan mercu tanda Batam

Masjid China




BALI

17 - 20 OKT 2024


Makan malam bersama CS member dari Bali, Eka Ayu



Menguji rasa pelbagai jenis kopi termasuk kopi 'tahi musang' did Uma Pakel

Agro-tourism at Uma Pakel