Thursday 1 August 2024

Kunming, China : 25 - 31 Julai 2024

Kunming-Dali-Lijiang-Shaxi

25 Jul 2024 Khamis KL - Kunming 

Dari KLIA 1.05 ptg, sampai di Kunming 5.00 ptg.
 Aku, Dr. Aziz, Dr. Nathan, Dr. Baljinder dan Dr. Tarsame disambut Ke Qi (student Dr. Nathan) dan Lee (Driver) sudah sedia menanti di Airport. Proses imigresen berjalan lancar. Kami dikehendaki borang imigresen terlebih dahulu sebelum beratur di Kaunter
Kunming airport


Bertolak terus ke Hotel New Era di Dongfeng West Road untuk daftar masuk. Selepas itu kami berjalan kaki ke sebuah restoran Islam – 7.00 Maghrib masuk pukul 7.57 mlm manakala Isya pukul 9.17 mlm. Subuh 5.09 pagi Kami dihidangkan dengan pelbagai masakan China termasuklah makanan seperti ‘steamboat’. Makan malam ini disediakan oleh 2 orang pelajar PhD SEGi U, Eric (student Dr. Rosli) dan Li Hao (student Dr. Fatimah) di mana kedua-dua mereka ini adalah orang Kunming. Selesai makan kami berjalan kaki balik ke hotel. Setiba di hotel, Li Shuqing (student aku) Bersama isteri dan anaknya sudah sedia menanti. Mereka ini datang dari Nanchang (iaitu 2 jam penerbangan ke Kunming) semata-mata untuk berjumpa dengan aku. Mereka sebenarnya sudah menempah sebuah restoran untuk kami makan malam namun terpaksa dibatalkan kerana aku balik lewat. Program asal aku ialah dari airport kami terus ke sebuah café untuk minum petang sebelum terus dinner namun kami terperangkap dengan kesesakan lalu lintas. Aku telah merancang untuk minum kopi bersama kawan-kawan dan dinner Bersama Li Shuqing tetapi terpaksa dibatalkan. 

New Era Hotel, Kunming



26 Julai 2024 Jumaat 

 Kunming-Dali 

 7.00 pagi sarapan Selepas sarapan, berkemas untuk check-out pukul 8.30 pagi Setelah selesai proses checkout kami terus ke Yunnan Nationalities Village. Ini merupakan suatu showcase penempatan 25 pelbagai kaum yang terdapat di Yunnan Province. Setelah hampir 2 jam di sini kami dibawa ke sebuah restoran untuk makan tengahari. Selepas kami terus ke Tasik Dianchi untuk minum kopi. Pemandangan yang menarik di tepi tasik yang luas ini. Kira-kira pukul 12.00 kami bertolak menuju ke Dali. Perjalanan dengan kereta ini mengambil masa lebih kurang 5 jam. Kami tiba di Dali kira-kira pukul 6.30 ptg. Selepas daftar masuk hotel, Rezen, kami Bersiap-siap untuk Dali Old Town untuk dinner. Selepas dinner kami berjalan-jalan di Kawasan ini. 11.00 malam sampai hotel, dan rehat.

Yunnan Nationalities Village




Lambang Restoran Halal

 


 27 Julai 2024 Sabtu 

 Dali-Lijiang 

 Selepas sarapan kami ke Dali Dreamland yang terletak di atas bukit. Pemandangan di sini sangat menarik – menghala tasik Erhai yang sangat luas. Dali merupakan tempat kelahiran budaya kaum Bai yang bermula sekitar kurun ke 4. Dali juga merupakan ibukota Bai Nanzhao Kingdom (738–902) dan Kingdom of Dali (937–1094). Setelah itu kami meneruskan perjalanan ke Lijiang. Sampai Lijiang pukul 6.45 ptg Selepas check-in Hotel Holiday Inn, kami berjalan kaki ke Lijiang Ancient City - dinner 


Bersama etnik Bai








 28 Julai 2024 Ahad 

Lijiang 

 Selepas sarapan kami ke Jade Dragon Snow Mountain. Melihat tasik biru dan pemandangan yang menarik. Terlalu ramai pelancong China di sini sehinggakan untuk menaiki bas ke Tasik Biru kami terpaksa beratur sehingga 1 jam. Selepas bersiar-siar di Tasik Biru, kami kembali pusat pelancongan Snow Mountain ini dan melihat persembahan budaya kaum Hai yang sangat menarik. Ketika persembahan hujan turun agak lebat namun semua pengunjung diberi ‘baju hujan’ kerana persembahan dilakukan di tempat terbuka. Dalam perjalanan kembali ke Lijiang, kami singgah Baisha Ancient Village yang dihuni komuniti Naxi untuk melihat dan bersiar-siar di kampung yang bersejarah ini. Setelah selesai di sini kami kembali ke Lijiang dan terus ke hotel. 8.30 mlm, kami ke Lijiang Old City untuk makan malam dan berjalan-jalan di bandar lama ini. Suasana sungguh meriah di sini yang dipenuhi dengan ribuan pelancong. 









 29 Julai 2024 Isnin 

Lijiang – Shaxi 

 Selepas sarapan kami terus checkout untuk bergerak ke Shaxi Ancient City. Sebelum itu kami ke Shuhe Ancient Town. Di sini kami melihat suasana kampung tradisi yang begitu menarik sekali. Selepas lebih sejam di sini, kami meneruskan perjalanan ke Shaxi. Sampai Shaxi pukul 1.30 ptg. Daftar masuk hotel dan terus ke restoran untuk makan tengahari. Hari ini agak mendung disertai dengan hujan sekali sekala. Pergerakan jalan kaki kami agak terhad hari ini. 7.30 ptg – meyambung eksplorasi bandar kuno ini dan terus ke restoran untuk makan malam. Selepas itu balik ke hotel dan rehat 







 30 Julai 2024 Selasa 

Shaxi-Kunming – KL

Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, kami meneruskan perjalanan ke Kunming. 
Perjalanan mengambil masa lebih 6 jam. Makan tengahari di Liushuchong, bandar antara Shaxi dan Kunming.


Ke Qi, pelajar PhD dari Kunming menjadi Ketua kami merangkap pemandu pelancong. Hari terakhir di lapangan terbang menghantar kami pulang ke Malaysia


No comments:

Post a Comment