LOMBOK
25 -28 JANUARI 2024
Penerbangan terus dari KLIA ke Lombok mengambil masa lebih kurang 3 jam. Dari lapangan terbang ke Kuta dengan menggunakan perkhidmatan kereta persendirian dengan sewaan 150k rupiah. Tinggal di Kuta selama 2 malam sebelum bertolak ke Gili Trawangan
PADANG - BUKIT TINGGI
7 - 10 JUN 2024
Penerbangan dari KLIA2 ke Padang mengambil masa selama sejam namun kami terpaksa menunggu lebih dua jam di KLIA2 kerana masalah teknikal penerbangan Airasia. Kami tiba di Padang sudah pun gelap. Bapa Bunga (rakan CS) sudah sedia menunggu kami untuk membawa kami ke hotel. Selepas daftar masuk dan kemas diri, Bunga menjemput kami untuk makan malam. Selepas makan malam, kami di bawa bersiar-siar di Padang.
Lembah Harau |
Jam Godang, mercu tanda Bukit Tinggi |
Dari Padang ke Bukit Tinggi, singgah sebentar di sini untuk minum dan goreng pisang |
BATAM
27 - 29 SEPT 2024
Pukul 7.00 pagi mula memandu ke Johor Bahru. Lebih kurang pukul 12.00 tiba di Berjaya Water Front dan membeli tiket feri ke Batam. Feri terawal yang kami perolehi ialah pada pukul 4.00 petang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kami tiba hari sudah pun gelap dan terus mengambil grab untuk ke Nagoya dan menginap di sini.
Jambatan mercu tanda Batam |
Masjid China |
BALI
17 - 20 OKT 2024
Makan malam bersama CS member dari Bali, Eka Ayu |
Menguji rasa pelbagai jenis kopi termasuk kopi 'tahi musang' did Uma Pakel |
Agro-tourism at Uma Pakel |
No comments:
Post a Comment