Friday 5 May 2023

SWITZERLAND (24 APRIL 2023 - 3 MAY 2023)

 24 Apr 2023 (ISNIN)

Hari ke3 Raya Puasa kami anak beranak bersama Izan (adik) bercuti ke Switzerland. Pukul 4.00 pagi kami telah bertolak dari rumah Kota Damansara ke KLIA. Parking kereta di Stesen ERL Salak Tinggi dan menaiki transit ke KLIA.

Ini Raya Puasa kali ke2, arwah Lin tiada bersama kami. Kami hanya berhari raya di Kota Damansara saja. Selepas solat raya, kami balik ke Kg Balun untuk menziarahi pusara Lin dan saudara mara di kampung.

Raya ke2, kami hanya berkemas-kemas untuk ke Switzerland pada subuh esok. Keputusan berhari raya ke Switzerland semata-mata untuk memenuhi cita-cita anak-anakku bercuti ke luar negara.


Doha - Cultural Village

Izan sudah sedia menunggu kami di KLIA. Pukul 8.00 pagi daftar masuk dan berlepas pada pukul 10.50 pagi menuju ke Doha. Tiba di Doha pukul 1.00 ptg (waktu Doha). Setelah makan tengahari di airport kami membeli pakej 'Doha City Tour' yang bermula pukul 7.00 malam dan berakhir 10.00 mlm. Anehnya pemandu pelancong kami adalah seorang bekas guru yang berasal dari Amerika yang telah menetap di Qatar lebih 14 tahun. 

Doha - Falcon


25 Apr 2023 (Selasa)

Pukul 5.00 pagi kami telah berkemas-kemas untuk melalui pemeriksaan security sebelum masuk ke dewan menunggu. Penerbangan ke Zurich berlepas pada pukul 8.00 pagi.

Setibanya kami di Zurich, kami terus menaiki  keretapi dari lapangan terbang  ke Lucern. Cuaca di sini sememangnya sejuk. Aku yang hanya memakai t-shirt saja terasa sejuk sangat dengan suhu sekitar 8 darjah Celcius. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 20 minit. Kami menginap di sini selama dua malam di apartment Lu Hirch, 7 Hirschengraben yang jaraknya lebih kurang 600 meter dari stesen keretapi.

Petang ini kami hanya rehat sahaja setelah penat perjalanan.

Lucerne, a compact city in Switzerland known for its preserved medieval architecture, sits amid snowcapped mountains on Lake Lucerne (Google).


26 April 2023 (Rabu)


Pada pukul 7.00 pagi kami telah sampai ke stesen keretapi Lucern untuk ke Mt. Titlis. Dari Lucern mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk sampai ke pekan Engelberg, iaitu kaki gunung Mt. Titlis.

Engelberg is an alpine town in central Switzerland. In the center is Kloster Engelberg, a 12th-century monastery. Trails weave up Mt. Titlis, and ski runs zigzag down, while revolving Titlis Rotair gondola lift leads to the summit, Titlis Cliff Walk suspension bridge and a glacial park. Trübsee, a glacial lake, lies nearby. Northeast, Rigidalstock mountain's steep face is lined with via ferratas (climbing ladders) (Google).

Dari Engelberg kami menaiki cable car ke Mt. Titlis. Pemandangan sepanjang perjalanan sememangnya indah bumi ciptaan Allah.

Engelberg

Engelberg - bersama anak sulung

Engelberg - bersama anak bongsu


Mt. Titlis


Begitu ramai pemain ski naik ke Mt Titlis untuk bermain ski. Aku sempat berbual dengan seorang 'coach' dari Sweden yang membawa sebilangan pelajar sekolah rendah untuk bermain ski di sini.


Mt. Titlis - mengabadi namaku di Mt. Titlis

Mt. Titlis - bersama pemain ski

Lebih kurang pukul 12.00 th kami kembali ke Lucern. Sebaik sahaja tiba di stesen keretapi Lucern kami terus ke Jeti untuk menaiki bot ke Vitznow.

Dari Vitznow kami menaiki keretapi bukit ke Mt Rigi pula.


Menaiki boat dari Lucern ke Vitznow


Vitznow


Mt. Rigi

Dari Mt. Rigi kami turun menuju Aaros dan menaiki keretapi ke Lucern. Setiba di Lucern, kami berjalan-jalan di Lucern Old Town yang tidak jauh dari tempat penginapan kami.


Lucern Old Town

Lucern Old Town



27 Apr 2023 (Khamis)


Lucern - Interlaken Ost - Lauterbrunnen  - Wengen

Hari ini kami check-out Lucern, dan bergerak ke Wengen. Kami akan tinggal di sini selama 3 malam.

Kami menaiki keretapi dari Lucern  ke Interlaken Ost. Dari Interlaken Ost ke Launterbrunnen yang sepatutnya kami menaiki keretapi tetapi terpaksa naik bas disebabkan perkhidmatan keretapi dihentikan sementara waktu kerana kerja-kerja penyelenggaraan. Dari Lauterbrunnen ke Wengen  kami menaiki keretapi 'bukit'. Perjalanan dari Lauterbrunnen ke Wengen amat mengasyikkan.


Wengen

Wengen

Wengen is a Swiss Alpine village in the Bernese Oberland region. It is known for its timber chalets and belle époque hotels. The Jungfraubahn railway climbs to Jungfrau summit, with views of the Aletsch Glacier from the Sphinx observation deck. A cable car reaches Männlichen’s slopes and trails, with views of Eiger and Mönch peaks. South of Wengen are the Trümmelbach glacier waterfalls, accessed via underground paths (Google)


28 Apr 2023 (Jumaat)


Pagi :  Wengen - Lauterbrunnen - Interlaken Ost - Grindelwald - Eigergletscher - Jungfraujoch

Jungfraujoch - Top of Europe


Pagi-pagi lagi kami sudah berkemas untuk bergerak ke Jungfraujoch - Top of Europe. Dari Wengen kami turun ke Interlaken Ost melalui Lauterbrunnen. Sepatutnya perjalanan ke Jungfraujoch boleh terus dari Wengen namun perkhidmatan keretapi dari sini juga membuat penyelenggaraan sebelum bulan Mei tiba.

Berhari raya di Top of Europe

Dari Interlaken Ost kami menuju ke Jungfraujoch melalui Grindelward dan Eigergletscher dengan menaiki keretapi dan rotaair (seperti cable car). Cuaca amat sejuk di sini tambahan pula dengan angin yang bertiup membuat aku menggigil. 

Dalam kesejukan aku mengambil kesempatan memakai 'baju melayu' untuk menyambut hari raya puasa di Puncak Eropah. 

Jungfraujoch - Ice Palace

Jungfraujoch

The Jungfraujoch is a saddle connecting two major 4000ers of the Bernese Alps: the Jungfrau and the Mönch. It lies at an elevation of 3,463 metres above sea level and is directly overlooked by the rocky prominence of the Sphinx (Wikipedia)

For more than 100 years, the Jungfrau railway has been making its journey to Europe’s highest-altitude railway station at 3454 metres above sea level – right at the heart of the UNESCO heritage site “Swiss Alps Jungfrau-Aletsch”. All through the year, the cog railway runs steeply up through a tunnel to the Jungfraujoch from Kleine Scheidegg  

(https://www.myswitzerland.com/en-ch/destinations/jungfraujoch/)

Eigergletscher - bersama tiga orang anakku


Petang : Grindelwald-Interlaken-Iselteward


Tengahari kami turun dari Jungfraujoch ke Grindelward dan Interlaken. Dari Interlaken kami ke Iselteward sebuah perkampungan nelayan di tepi Tasik Brienz. Tempat ini begitu popular kerana bukan sahaja pemandangannya cantik tetapi ia juga tempat shooting drama popular Korea. Begitu ramai pelancong dari Korea mengunjung di sini.


Iselteward - Lake Brienz


Iselteward - Jeti di belakang tempat lakonan drama popular Korea.
Sesiapa yang ingin mengambil foto di sini terpaksa membayar SWF5


29 Apr 2023 (Sabtu)

Wengen-Interlaken-Montreux-Interlaken-Wengen

Hari ini kami menaiki keretapi persiaran Golden Pass dari Interlaken ke Montreux dan kembali semula ke Interlaken. Perjalanan mengambil masa 3 jam untuk pergi dan balik 3 jam. Sungguhpun perjalanan mengambil masa 3 jam namun ia tidak menjemukan kerana pemandangan yang indah sepanjang perjalanan.


Menaiki Golden Pass

Montreux

Montreux is a traditional resort town on Lake Geneva. Nestled between steep hills and the lakeside, it's known for its mild microclimate and the Montreux Jazz Festival, held in July. The town's promenade is lined with flowers, sculptures, Mediterranean trees and grand Belle Époque buildings. Offshore is a medieval island castle, Château de Chillon, with ramparts, formal halls and a chapel with 14th-century murals (Google)



30 Apr 2023 (Ahad)


Hari ini kami bergerak lagi ke Zermatt dan akan menginap di sini.

Perkhidmatan keretapi dari Lauterbrunnen telah beroperasi semula hari ini. Jadi kami tidak perlu menaiki bas dari Lauterbrunnen ke Interlaken.

Perjalanan menaiki keretapi dari Wengen ke Zermatt mengambil masa lebih kurang 2 jam 20 minit. Seperti biasa dari Wengen ke Lauterbrunnen menaiki keretapi, dan dari Lauterbrunnen ke Interlaken juga menaiki keretapi. 

Dari Interlaken Ost ke Zermatt menaiki keretapi dan menginap di Zermatt

Zermatt

Switzerland tidak membernarkan kereta persendirian masuk ke pekan Zermatt untuk mengurangkan carbon dioxide. Sememangnya udara di sini segar dan nyaman. Kenderaan yang ada cuma teksi yang menggunakan bateri dan bas yang beroperasi dalam kawasan terhad saja. Bagi mereka yang hendak ke sini mereka terpaksa naik keretapi dari stesen Tasch.

Zermatt

Zermatt train station

Zermatt, in southern Switzerland’s Valais canton, is a mountain resort renowned for skiing, climbing and hiking. The town, at an elevation of around 1,600m, lies below the iconic, pyramid-shaped Matterhorn peak. Its main street, Bahnhofstrasse is lined with boutique shops, hotels and restaurants, and also has a lively après-ski scene. There are public outdoor rinks for ice-skating and curling (google).


1 Mei 2023 (Isnin)


Perjalanan dari Zermatt ke Zurich

Sebelah pagi kami bersiar-siar di Zermatt walaupun cuaca agak sejuk dan hujan turun dengan renyai. Namum setelah beberapa jam, hujan bertukar kepada 'salji' atau air hujan jatuh dalam bentuk ais.

Dalam cuaca kesejukan, kami menikmati makan tengahari dengan 'fondu'.

Sebelah tengahari kami bergerak ke Zurich dengan menaiki keretapi, dan menginap di Zurich.

Zurich - Near Zurich HB

The city of Zurich, a global center for banking and finance, lies at the north end of Lake Zurich in northern Switzerland. The picturesque lanes of the central Altstadt (Old Town), on either side of the Limmat River, reflect its pre-medieval history. Waterfront promenades like the Limmatquai follow the river toward the 17th-century Rathaus - town hall (Google).


2 Mei 2023 (Selasa)


Hari ini kami pergi ke Rhine fall yang begitu popular di Switzerland.

The Rhine Falls is a waterfall located in Switzerland and the most powerful waterfall in Europe. The falls are located on the High Rhine on the border between the cantons of Schaffhausen and Zürich (Wikipidia)

Rhinefall Zurich

Rhine falls, Zurich

Dari Rhine Falls kami ke Lindt Chocolate Factory and Museum di Kilchberg.

The Lindt Home of Chocolate is a wonderland that’s great for both adults and kids alike. Home to the biggest Lindt Chocolate shop in the world, the complex is best explored via a guided or audio interactive chocolate tour—available in multiple languages—that showcases the Swiss cultural heritage and history of chocolate. Check out the giant chocolate fountain, attend a chocolate workshop conducted by a Lindt Master Chocolatier, and enjoy unlimited complimentary chocolate tastings (Tripadvisor).


Dari Kilchberg kami ke Zurich Old Town dengan menaiki bas untuk 'shopping'



3 Mei 2023 (Rabu)


Pada pukul 7.00 pagi aku telah keluar bersiar-siar berhampiran tempat penginapanku. Aku berjalan sehingga Stesen Keretapi Zurich. Aku perhatikan ramai orang menggunakan basikal di sini, dan sememangnya ada lorong khas untuk pengayuh basikal.

Dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan aku singgah di cafe berhampiran dengan Universiti UTH Zurich. Aku memesan cappacinno dan croissant namun cafe tidak menerima cash. Aku pula tiada kad untuk membuat pembayaran. Namun nasib baik ada seorang pelajar di belakangku yang sedia menggunakan kadnya. Aku hanya membayar cash kepadanya. Pelajar ini pernah datang ke Malaysia untuk membuat penyelidikan di Sabah.

Pukul 11.00 pagi, check-out dan terus ke airport dengan menaiki tram.

Pukul 4.00 petang berlepas dari Zurich Airport ke KL, transit di Doha selama 8 jam.