Thursday 2 November 2017

Chengdu, China 26 - 30 Oktober 2017

Education Forum for Asia Conference

26.10.17 Khamis

2.00 ptg pagi berlepas dari airport Pulau Pinang ke KL. Di sini aku bertemu 4 orang lagi wakil IPGM untuk ke konferens di Chengdu.
6.20 ptg berlepas dari KLIA2 ke Chengdu, China
10.30 mlm Tiba di Chengdu. (Waktu Malaysia sama dengan waktu China. Maka tak perlu ubah jam).  LO EFA (Ms Yi) sedia menuggu dan terus membawa kami ke hotel. Aku menginap di hotel Yuhang Business manakala 4 lagi peserta tidur di hotel lain.
 
Chengdu Airport

27.10.17 Jumaat
10.30 pagi bertolak dari hotel ke tempat konferens untuk pendaftaran dan terus daftar masuk hotel Jinjiang. Di sini Ms Yi telah sedia menunggu dan setelah selesai daftar masuk hotel, Ms Yi membawa aku ke Tianfu Square dengan menaiki metro (keretapi bawah tanah). Menaiki metro di sini terpaksa melalui pemeriksaan keselamatan yang ketat dengan membuat imbasan x-ray ke atas semua beg.
Tianfu Square
Dari stesen Jinjiang ke Tianfu Square cuma 2 yuan sahaja. Tianfu Square merupakan tempat pelancong bersantai kerana terdapat beberapa tempat yang menarik di sini termasuklah dua buah museum. Di sini juga terdapat sebuah masjid dan deretan kedai makan Islam bersebelahan masjid. Aku makan nasi Pilov di warong orang Uzbekistan.
Mesjid Besar Chengdu
Selepas makan tengah Ms Yi membawa aku berjalan-jalan di Tianfu Square dan seterusnya balik ke Hotel Jinjiang. Oleh kerana kepenatan aku terus balik ke bilik dan rehat serta tertidur.
 
Miss Yi, Pegawai Pengiring
Kira-kira pukul 4.30 petang aku keluar berjalan kaki di sepanjang jalan mengarah ke utara. Sambil melalui Sg Jinjiang dan taman yang cantik aku terus menyusuri jalan tersebut. Terdapat beberapa buah universiti di sepanjang jalan ini. Dalam perjalanan aku ternampak sebuah kedai makanan kecil di tepi jalan di mana tukang masaknya memakai tudung. Aku terus singgah mengucapkan salam untuk memastikan dia Islam. Sememangnya dia seorang Islam. Anak perempuannya juga memakai tudung. Komunikasi sangat susah untuk memesan makanan. Hanya berasaskan gambar sahaja aku memesan. Aku harap lain (gambar seperti rojak) tetapi yang dihantarnya ialah tumis kobis. Makan sahajalah. Kira-kira pukul 6.00 petang aku sampai semula ke hotel.
Tianfu Square
Pukul 7.30 malam pergi ke dewan makan dan aku hanya makan buah-buahan dan air oren sahaja sambil berbual dengan rakan delegasi IPGM.
28.10.17 Sabtu
Pagi ini bersarapan dengan maggi dalam bilik sahaja. Pukul 8.30 pagi turun untuk upacara pembukaan EFA Conference. Pegawai Pengiring telah mengiringi aku ke tempat duduk yang telah disediakan untuk aku lengkap dengan nama aku sekali. Di atas mejaku sudah sedia dengan kertas nota serta pensil bersama alat terjemahan. Pegawai Pengiring telah menunjukkan aku bagaimana menggunakan alat tersebut. Hampir semua ucapan pembukaan dan ucaputama disampaikan dalam Bahasa Cina. Cuma dua orang sahaja yang menggunakan Bahasa Inggeris iaitu Konsul Amerika ke Chengdu dan Prof. Eva dari Jerman.

Menariknya selepas sesi perasmian, sesi ucap utama hanya menggunakan masa 10 minit sahaja dan tidak ada sesi soal jawab.
Kira-kira pukul 12.15 tengahari aku bersama LO telah pergi Tianfu Square untuk makan tengahari di restoran Islam yang dikendalikan oleh orang Uzbekistan kerana kebanyakan makanan di hotel adalah tidak halal. Selepas makan di sini kami berjalan kaki di sekitar Tianfu Square untuk mencari hotel untuk menginap pada 29.10.17 kerana penganjur hanya menaja dua malam sahaja di Jinjiang Hotel. Akhirnya kami temui hotel yang agak baik dengan harga yang berpatutan (RM107).
Dari Tianfu Square kami menaiki metro ke People’s Park iaitu suatu taman rekreasi untuk orang awam beriadah. Dari sini kami berjalan kaki ke Kuanzai Ancient Street of Qing Dynasty. Berjalan di sini seolah-olah kita berada di zaman Qing Dynasty (1644-1910) dengan seni bina bangunan lama yang dikekalkan. Terlalu ramai orang di sini sehingga berjalan berasak-asak.
Kuanzai Street
Kira-kira pukul 4.30 petang kami menaiki metro sekali lagi untuk balik Jinjiang Hotel. Sampai hotel kira-kira pukul 5.00 petang. Aku terus ke bilik dan berehat setelah berjalan kaki hari ini melebihi 10,000 langkah.
Makan malam di hotel dengan buah-buahan sahaja sambil berbual dengan rakan lain dan seorang Diplomat Saudi Arabia.

29.30.17 Ahad
Hari menyertai sidang selari berkaitan Internet dan tekonologi. Antara ramai speaker yang bercakap mereka menekankan pendidikan yang berbantukan internet. Malah kemajuan teknologi internet juga mampu untuk membuat penilaian soalan-soalan berbentuk subjektif dan esei.
 
Add caption
Selepas sesi penutupan para delegasi di bawa ke Pusat Penyelidikan Giant Panda. Terdapat 168 panda di sini, namun yang ada di pusat cuma 100 sahaja kerana 68 lagi dipinjamkann ke negara-negara lain.

Selepas selesai kami terus balik ke hotel Jinjiang. Aku yang sudah pun membuat daftar keluar pada pagi mengambil bagasi aku untuk berpindah ke hotel lain yang lebih murah iaitu Chengdu Liting Hotel (RM107) yang berhampiran dengan Tianfu Square.
Kira-kira pukul 6.15 petang aku telah keluar ke Grand Mosque yang terletak sebelah Masjid Besar tersebut. Ketika aku sampai jemaah sudah pun selesai solat Maghrib yang masuk pada pukul 6.22 petang. Aku bersolat bersendirian sahaja. Masjid ini adalah masjid lama yang dikekalkan rupa bentuk asalnya.
Setelah selesai solat aku berjalan-jalan untuk mencari restoran halal di situ. Aku temui sebuah restoran yang bagus namun waiter tidak boleh bercakap bahasa Inggeris. Agak sukar aku berkomunikasi dengan mereka sehinggalah salah seorang daripada mereka menggunakan khidmat translator telefon pintar. Aku pesan nasi pilov lagi.
Selepas makan aku terus ke Tianfu Square sambil mengambil beberapa keping gambar dan terus balik ke hotel.

30.10.17 Isnin
10.00 pagi telah keluar ke Tianfu Square untuk melawat tiga museum yang ada di sini. Mula-mula aku pergi ke Art Museum tetapi tutup. Notis yang aku baca pada pintu masuk menyatakan museum ini tutup pada setiap hari Isnin. Kemudian aku berjalan kaki lagi ke Science and Technology Museum. Juga tutup untuk orang ramai. Dikatakan untuk pembersihan. Kemudian aku berjalan untuk ke satu lagi museum, juga tutup.
 
Museum
Di sini aku bertemu dengan seorang pelancong dari Guandong tetapi perbualan kami amat terhad kerana beliau tidak boleh berbahasa Inggeris. Namun aku dapat juga minta bantuan beliau untuk bertanya arah ke Jinli Pedestrian Street yang terkenal. Kami terpaksa menggunakan translator smartphone untuk berbual.
Jinli Street
Akhirnya aku kembali ke Tianfu Square untuk menaiki metro ke Jianli Street. Di sini aku menghadapi masalah untuk membeli tiket kerana aku tidak mengetahui stesen manakah yang patut aku turun. Customer Service juga lemah dalam bahasa Inggeris tetapi boleh juga membantu dengan menulis nama dua buah stesen yang aku patut berhenti. Hentian pertama berhenti untuk mengambil metro lain. Aku menggunakan metro Line 2 sebelum bertukar ke metro Line 3. Tetapi kedua-dua stesen ditulis dalam bahasa Cina.
Aku turun ke Line 2 tetapi tidak mengetahui arah mana metro yang aku terpaksa guna. Selepas bertanya kepada beberapa orang barulah ada seorang pemuda yang membawa aku ke stesen-stesen tersebut walaupun arah asal tujuannya ke lain.
 
Jinli Street
Setibanya aku di sini sambil berjalan keluar sempat aku bertanya seorang di sebelah aku berkaitan arah ke Jinli Street. Rupa-rupanya dia juga hendak ke situ. Maka kami berjalan bersama-sama dengan menggunakan bantuan ‘map direction’ dari telefon beliau.
Jinli Street merupakan suatu perkampungan lama yang dihidupkan kembali. Terdapat banyak warong-warong yang menjual produk China dan juga warong-warong makan yang berkonsepkan zaman dahulu kala. Pelancong sangat ramai di sini sehinggakan aku dan teman aku berpisah selepas beberapa minit berjalan. Aku meneruskan perjalanan aku menikmati perkampungan tradisi cina lama sambil meninjau barang-barangan yang dijual.
 
Jinli Street
Setelah hampir sejam di sini aku berjalan ke stesen metro untuk balik ke Tianfu Square. Perjalanan pulang agak mudah sedikit kerana telah dapat menghafal laluan datang tadi. Setibanya aku di Tianfu Square, aku terus ke Masjid Besar Chengdu. Selepas menunaikan solat aku terus mencari restoran makanan Islam. Aku bertemu dengan 4 orang lagi rakanku yang sedang makan sambil mengajak aku makan sekali. Aku terpaksa menolak kerana aku ingin mencuba restoran lain kerana aku telah makan tengahari di restoran ini pada hari sebelumnya.

Aku terus pergi ke satu lagi restoran yang tidak jauh dari situ. Di sini aku memesan ‘mee daging’  namun mereka tidak menyediakan sudu dan camca sebaliknya chopstick sahaja. Sememangnya restoran ini hanya menyediakan chopstick sahaja. Aku terpaksa juga makan dengan chopstick.
Makan dengan chopstick


Selepas makan aku terus balik ke hotel untuk mengambil beg sebelum ke airport. Kira-kira pukul 4.30 petang aku telah bertolak dari hotel ke airport. Aku sampai kira-kira pukul 5.00 petang. Pukul 6.30 aku solat berjemaah bersama-sama kawan aku di satu sudut airport.
Pukul 9.00 mula daftar masuk dan penerbangan pukul 12.10 malam. Kami tiba di KLIA2 pada pukul 5.00 pagi

Sunday 22 October 2017

Medan & Danau Toba

14 - 16 Oktober 2016

Tepat pukul 4.15 pagi (14.10.17) aku dan Lin berjalan kaki daru rumah Pengarah ke garaj bas. Bas dijadualkan bertolak ke lapangan terbang Pulau Pinang pada pukul 4.30 pagi. Kira-kira pukul 4.35 semua ahli Majlis Mesyuarat Profesional dan Pentadbiran (M3P) IPGKTB telah berada dalam bas. Kami sampai di lapangan terbang Pulau Pinang kira-kira pukul 5.00 pagi dan wakil agen pelancongan kami sudah sedian menunggu.
Ahli Mesyuarat M3P IPGKTB
Kami telah membuat group check-in dan selesai kira-kira pukul 5.45 pagi. Selepas itu kami solat berjemaah di surai lapangan terbang. Aku dan Lin minum pagi dengan roti bakar sahaja. Kira-kira pukul 8.10 pagi kapal terbang berlepas ke Medan dan mendarat di lapangan terbang baru iaitu Kualanamu pada pukul 8.00 pagi (waktu Indonesia).

Selepas proses daftar keluar, kami terus ke hotel Wing untuk mesyuarat M3P IPGKTB. Selepas bermesyuarat selama 2 jam, kami bergerak ke Prapat. Perjalanan yang jauh melalui jalan yang berliku dan sempit. Kami tiba di Prapat kira-kira pukul 6.00 petang dan menginap di Hotel Patra Comfort.

Hotel ini terletak di tepi Danau Toba dengan pemandangan yang amat menarik dan cantik.
Menginap di Hotel Patra Comfort, Prapat
Berlatar belakang Danau Toba, di Hotel Patra




Semua Ketua Jabatan, Ketua Unit dan SUA IPGK Tuanku Bainun.

15 Oktober 2017

Selepas sarapan pagi di hotel kami berkemas untuk bergerak ke Pulau Samosir yang terletak di tengah-tengah Danau Toba. Kira-kira pukul 9.00 pagi kami menaiki bot ke Pulau Samosir yang mengambil masa lebih kurang 40 minit merentasi Danau Toba. Kami berada di sini lebih kurang 2 jam mendengar taklimat berkaitan kehidupan orang Batak di Pulau Samosir termasuk sejarah panjang mereka yang suatu ketika dulu yang hidup ala kanibal.
Rumah Batak di Pulau Samosir






























Tempat pemancungan orang bersalah

Taklimat pemandu pelancong, En. Osman Jailani





Di Puncak Simaranjang menghala ke Danau Toba

Selepas itu kami menaiki bot kembali untuk ke Prapat dan makan tengahari. Setelah selesai makan dan solat kami terus balik ke Medan. Perjalanan ke Medan kami singgah tiga tempat yang menarik iaitu Puncak Simaranjang, Air Terjun Sipiso-piso dan Brastagi. Puncak Simaranjang merupakan tempat singgahan untuk melihat Danau Toba dan Pulau Samosir dari Barat. Pemandangan dari sini sememangnya indah.

Air Terjun Sipiso-piso

Selepas berehat sebentar sambil minum kopi halia dan goreng pisang di puncak Simaranjang kami bergerak ke singgahan kedua iaitu air terjun Sipiso-piso. Pemandangan cantik di sini sambil menikmati bayu Danau Toba.

Gunung Berapi Cinabung yang masih lagi meletus

Dalam perjalanan kami ke Brastagi, kami melalui banyak perkampungan kaum batak yang majoritinya beragama Kristian. Kelihatan di kiri kanan jalan perkampungan terdapat banyak gereja. Pekerjaan utama mereka adalah petani dengan menanam pelbagai jenis sayuran dan pokok buah-buahan seperti limau dan pisang kaki.

Kami juga bernasib baik dapat melihat Gunung Berapi Cinabung yang masih lagi aktif dan mengeluarkan larva dan debu dalam kuantiti yang kecil.

Kami tiba di Brastagi kira-kira pukul 7.00 malam dan terus di bawa ke pusat jualan buah-buahan. Ramai antara kami yang membeli buah-buahan di sini seperti salak, pisang kaki, rasberi, limau dan lain-lain lagi. Setelah selesai membeli belah, kami terus di bawa ke restoran untuk makan malam. Kami terus bergerak ke Medan selepas selesai makan dan tiba di Medan kira-kira pukul 11.00 malam.

16 Oktober 2017

Istana Maimon - Medan

Acara di Medan adalah membeli belah di Pasar Ikan, melawat Istana Maimon dan Masjid Besar. Di Istana Maimon kami telah diberi taklimat oleh keturunan Raja Deli berkaitan berkaitan dengan pemerintahan kesultanan Raja Deli yang membina istana tersebut.

Taklimat Kerajaan Kesultanan Deli di Istana Maimon


Saturday 21 October 2017

Srinakharinwirot University, Bangkok

10 - 11 Oktober 2017
Latihan untuk pelajar Sarjana Sains Pendidikan, University of Srinakharinwirot, Bangkok.
Tempat : IPGKTB, Pulau Pinang

Barisan depan : Dua orang Profesor Madya dan seorang Penyelaras Program Sarjana Pendidikan

Menyampai kuliah bertajuk Leadership in STEM Education






Saturday 19 August 2017

Satun, Thailand : 18 - 19 Ogos 2017

Lawatan Kerja ke Satun, Thailand

18 Ogos 2017 (Jumaat)

Kira-kira pukul 6.30 petang waktu Malaysia kami telah melintasi sempadan Malaysia untuk masuk ke Thailand melalui pintu keluar Wang Kelian, Perlis. Rombongan seramai 7 orang ini (5 staf IPGKTB dan 2 orang pasangan staf) di ketuai oleh En. Nasir untuk terus menuju ke Satun. Inilah kali pertama aku memandu kereta sendiri (PJT8864) di bumi Thailand. Kami pergi dengan dua buah kereta, aku memandu sebuah dengan Lin dan Hj. Latif bersama pasangannya manakala En. Zakaria membawa En. Nasir dan Ustaz Fahmiddin.

Lebih kurang pukul 7.15 malam (waktu Malaysia) kami tiba di Satun dan En. Din, Pegawai Khas Datuk Bandar Satun telah sedia menunggu kami. Kami terus dipandu arah ke Satun Boutique Resort dimana kami akan menginap di situ pada malam ini. Setelah mengambil kunci, kami terus ke sebuah restoran yang berhampiran untuk menikmati makanan istimewa Satun, iaitu pelbagai jenis roti - roti pisang, roti tisu, roti cheese dan lain-lain lagi.



Setelah selesai menjamu selera kami kembali ke hotel untuk rehat dan solat. Pukul 9.15 malam, kami ke kafe hotel untuk menjamu 'durian pulut'. Datuk Bandar telah mengarahkan En. Din untuk membawa durian yang istimewa untuk kami iaitu durian Mhon Thong. Durian ini mempunyai biji yang kecil dan isi yang tebal. Hanya 6 biji durian sahaja yang mampu kami makan kerana ulas durian ini besar dan sedap ditambah pulak dengan pulut campur santan. Ia cukup mengenyangkan.

En. Nasir - Penyelaras program di restoran Roti

Kira-kira pukul 11.00 malam kami balik bilik masing kerana keletihan perjalanan yang jauh namun pemandangan yang indah dan cantik telah dapat mengurangkan sedikit kebosanan dalam perjalanan. Sepanjang perjalanan kami dari sempadan Thailand (Wang Prachan) ke Satun, kami dapat melihat kehidupan orang-orang kampung yang majoritinya adalah orang Islam. Aku perhatikan di sini begitu banyak ladang atau tanaman getah yang boleh aku simpulkan pekerjaan utama penduduk di sini adalah sebagai penoreh getah. Ini mengimbau kenangan lamaku semasa kecil bersama-sama ibuku menoreh getah dengan berjalan kaki dari rumah ke kebun. Turun dari rumah antara pukul 4.00 hingga 5.00 subuh, berjalan kaki dalam gelap dengan bercahayakan 'lampu suluh' di dahi.

19 Ogos 2017 (Sabtu)

Pukul 8.00 pagi (waktu Malaysia) kami berkumpul di lobi resort dan membuat daftar keluar. Kami terus menuju ke Chebilang dengan melalui geopark Satun. Dapat disimpulkan kerajaan Thailand sedang membangun tempat ini sebagai tarikan pelancongan mereka di Satun. Kami tiba di Chebilang kira-kira pukul 9.00 pagi dan terus ke warung untuk minum pagi. Lebih kurang 45 minit kami di sini Datuk Bandar Satun tiba untuk minum bersama kami.

Minum pagi bersama Datuk Bandar Satun.

Perbincangan kami dengan Datuk Bandar lebih tertumpu kepada bidang pendidikan dan pelancongan. Datuk Bandar sememangnya menghargai sumbangan IPGKTB dalam membangun kapasiti guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sekolah Chebilang.  Datuk Bandar mengharapkan kerjasama ini akan berterusan di masa akan datang. Datuk Bandar ingin menjemput IPGKTB untuk menyertai 'Melayu Day' iaitu suatu acara tahunan untuk menarik pelancong ke Satun.

Cenderahati dari IPGKTB untuk Datuk Bandar

Selepas perbincangan dengan Datuk Bandar kami terus ke Sekolah Chebilang untuk melihat dan mendegar taklimat dari guru besar, En. Baba. Oleh kerana hari ini ialah hari Sabtu maka tidak ada seorang murid pun berada di sekolah. Semua murid yang tinggal di asrama akan balik ke rumah masing-masing pada setiap hujung minggu dan cuti sekolah. Terdapat seramai 150 orang murid di sekolah ini yang memokus kepada pendidikan agama Islam namun subjek-subjek seperti Matematik, Sains juga diajar di sekolah ini.

Di Sekolah Chebilang bersama guru besarnya, En. Baba

En. Baba memberi sedikit taklimat berkaitan dengan sekolahnya

Setelah selesai mendengar taklimat dari En. Baba, kami terus ke pelabuhan Chebilang melihat nelayan sedang menurunkan tangkapan masing-masing pada hari itu. Terdapat seorang towkay ikan dari Bukit Mertajam di sini. Beliau sudah berada di Satun lebih 40 tahun dahulu dari seorang pekerja di bot nelayan hinggalah memiliki bot nelayan dan menjadi salah seorang towkay ikan besar di Satun. Beliau menggajikan lebih 30 orang wanita Islam yang kerjanya mengelaskan ikan-ikan yang turun dari bot dengan upah 50 Baht per jam.

Towkay ikan dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Dari pelabuhan nelayan Chebilang kami singgah di sebuah madrasah yang bersekali dengan masjid untuk melihat kelas-kelas agama yang sedang berlangsung (kelas ini seperti kelas KAFA di Malaysia). Mereka hanya belajar di sini pada hari Sabtu sepanjang hari dan Ahad sehingga tengahari. Gaji guru agama ini adalah dalam lingkungan 2500 - 3000 baht sebulan. Setelah berbual dengan guru-gurunya dan murid kelas ini, kami ke kampung yang juga dalam kawasan masjid dan madrasah ini, untuk melihat industri membuat kuih 'simpul kasih'. Kuih ini sangat popular di Satun. Manariknya kampung ini, kereta tidak boleh masuk kerana jalan yang sempit dan rumah-rumah yang didirikan begitu rapat sekali antara satu sama lain.
Sedang mendengar bacaan Quran dari seorang murid

Di hadapan rumah membuat kuih 'simpul kasih'

Di hadapan rumah membuat kuih 'simpul kasih' bersama En. Nasir dan Ustaz Fahmiddin. Kelihatan foto di belakang itu, seorang pekerja sedang membuang perut ikan kembung. Jumlah berat ikan 90 kg itu adalah untuk membuat serunding ikan


Daripada kampung ini kami terus ke jeti penambang Tamalang, iaitu jeti penumpang untuk ke Langkawi dan pulau-pulau berhampiran dengan Satun. Perjalanan dari sini ke Langkawi mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Tidak hairanlah ramai orang Satun bekerja di Langkawi kerana jaraknya yang dekat. Tanda mercu jeti ini ialah replika ketam besar yang terpacak di jalan masuk pendaratan dari bot. Bersebelahan Jeti ini terdapat Taman Negara Paya Bakau yang diselenggara baik bagi tujuan tarikan pelancong.

Jeti Tammalang


Menikmati ketam di Tanjong Pao

Dari Jeti Tammalang kami terus ke destinasi seterusnya iaitu Tanjung Pao untuk makan tengah hari. Tempat ini sangat popular bagi pelancong Malaysia kerana makanannya sedap dengan harga yang berpatutan. Menu utamanya ialah masakan ketam dimana kita boleh memilih ketam-ketam yang masih hidup dalam kolam yang disediakan. Restoran ini terletak di tepi pantai.


Dari sini kami terus ke resort untuk menghantar 'pemandu' kami iaitu En. Din, pegawai khas Datuk Bandar yang mengiringi kami semenjak kami tiba lagi. Kami meneruskan perjalanan pulang. Sebelum sampai sempadan kami sempat singgah di dua gerai tepi jalan untuk membeli buah durian, dokong dan cempedak. Kami juga sempat singgah di Arked Wang Prachan yang dibina khas untuk pengunjung dari Malaysia atau Thailand.

Kami tiba di Pos Imigresen Thailang pada pukul 5.30 petang (waktu Malaysia). Setelah selesai membuat daftar keluar kenderaan dan urusan paspot, juga melakukan perkara yang sama di pos imigeresen Malaysia. Alhamdullilah aku tiba di rumah pada pukul 7.30 malam.





Friday 28 July 2017

4th ELLTA 2017 Bangkok


--> 4th International Conference on Exploring Learning and Leadership Theories in Asia (ELLTA). Bangkok, Thailand. 
25 - 27 July 2017
Asian Institute of Technology, Bangkok

24 Julai 2017 Isnin



7.00 ptg - berlepas dari lapangan terbang Pulau Pinang ke Bangkok. 
7.30 mlm (waktu Thailand) - tiba di Lapangan Terbang Don Muang, Bangkok. Dr. Gumpanat, sahabat lama RCELAM, bersedia untuk membawaku ke Manhattan Hotel di Pathum Thani yang jaraknya dengan AIT lebih kurang 10 km.


25 Julai 2017 Selasa


Peserta dan Pembentang bergambar ramai di depan AIT

7.30 pagi - naik teksi dari Hotel ke AIT - tempat berlangsungnya conference. 
8.00 pagi - tiba di AIT. mendaftar. dan berjumpa dengan rakan-rakan pensyarah dari IPGKTB, Dr. Auzait dan Dr. Nasir, dan kenalan lama ELLTA. Pada pukul 8.30 pagi aku ke bilik Mesyuarat untuk taklimat kepada semua Session Chairs. (Aku telah dipilih untuk mempengerusikan salah satu daripada sesi pembentangan)


Taklimat untuk Pengerusi Sidang diberikan oleh Prof. Anders, Norway


9.00 pagi - perasmian dan pembentangan kertas kerja bermula. Konferen ini juga mewujudkan 'knowledge cafe' dan 'workshops' bagi memberi impak kepada peserta dalam pencarian dan perkongsian ilmu.

6.00 ptg - balik ke hotel Manhattan (70 Baht)


26 Julai 2017 Rabu

7.30 pagi - naik teksi ke AIT (60 Baht). Konferen bersambung lagi. Hari ini 2 kertas kerja IPGKTB  dibentangkan pada pukul 3.15 ptg dalam sesi serentak. Dr. Razak dan Dr. Rohani tiba hari ini dari Kuala Lumpur untuk membentang satu kertas dan aku bersama Dr. Auzait dan Dr. Nasir untuk satu lagi kertas.


L-R : Dr. Nasir, Dr. Rohani, me, Dr. Razak, Dr. Auzait

Hari ini sempat berbual panjang dengan En. Zamre pengasas 'Alamotologi', seorang anak Melayu berjaya dalam bidang ilmu yang mendapat pengiktirafan antarabangsa bagi produk yang dihasilkan. Beliau mempunyai pejabat di Qatar dan beberapa tempat lagi di Eropah dan Asia. 



4.30 ptg - bertolak ke Bangkok untuk Chao Praya River Cruise yang ditaja oleh ELTTA. 5 buah bas digunakan sebagai pengangkutan pergi dan balik. River Cruise bermula pukul 8.30 mlm selama 2 jam di mana dinner juga disediakan.


Sesi bergambar bersama pembentang selepas mempengerusikan Sesi

Bersama En. Zamre dan Prof. Emeritus Dato' Dr. Ibrahim sebelum menaiki bot


11.30 mlm - balik ke AIT.
12.30 mlm - aku, Dr. Razak dan Dr. Rohani mengambil teksi untuk balik ke Manhattan Hotel. (100 baht). Tiba di hotel hampir pukul 1.00 pagi
Bersama AIT Director, Dr. Jonathan Shaw


27 Julai 2017 Khamis

7.30 pagi - Check-out dan menaiki teksi ke AIT. Konferen hari ini bermula dengan 'Social Enterprise Led Development' oleh 2 orang usahawan yang berjaya termasuklah En. Zamre. Selepas selesai sesi ini sesi sidang selari bermula lagi.
11.30 pagi - kami mengambil 2 teksi untuk ke Don Muang airport. 
3.40 ptg - sepatutnya kami berlepas pada pukul 3.40 petang namun terlewat selama 1 jam
7.15 mlm - tiba di P.Pinang. Pemandu sudah sedia menunggu dan terus membawaku bersama Dr. Nasir ke IPGKTB.
8.30 mlm - bertolak dari IPGKTB ke Jitra dan tiba pukul 10.30 mlm