Thursday 15 March 2012

Bukhara-Samarkhand-Tashkent 2012

Di hadapan pintu masjid. Tiang-tiang yang kelihatan itu adalah dariapada kayu yang beratus tahun usianya.
2 Mac 2012 Jumaat - Bukhara

Selepas sarapan dan (check-out) kami telah di bawa Masjid lama dan kedua terbesar di Uzbekistan 

Selepas itu kami dibawa pula Istana lama yang telah dijadikan sebagai pusat pelancongan. Pelbagai cerita menarik mengenai istana lama ini termasuklah penjara kecil untuk orang-orang yang ingkar perintah raja (Gambar 2 : Di puncak Istana lama)

Selepas itu kami dibawa pula ke sebuah lagi masjid lama yang masih digunakan lagi untuk sembahyang jumaat dan hari raya. Berhadapan dengan masjid ini ialah Madrasah yang dihuni lebih kurang 100 orang murid. Akhir sekali kami membeli belah di bazaar yang berhampiran sebelum bertolak ke Samarkand dengan menaiki bas.

Pukul 12.00 tengahari, kami meninggalkan kota Bukhara menuju Samarkand. Dalam perjalanan singgah untuk makan tengahari dengan masakan kesukaan ramai iaitu 'nasi pilov'. Enak sekali. Kami sampai di Samarkand pukul 7.00 malam dan menginap di Hotel Asia Samarkand.

No comments:

Post a Comment