Wednesday 14 March 2012

Bukhara-Samarkhand-Tashkent 2012


6 Mac 2012 ; Selasa - Tashkent

Saya bersama dengan Dr. Zainab (Timbalan Pengarah IAB), Dr. Shahri dan Nazhatul Shima telah dibawa oleh Duta ke Pejabat Menteri Pelajaran Awam untuk suatu mesyuarat ringkas. (Gambar : Menerima cenderahati dari Timbalan Menteri Pendidikan Awam Uzbekistan)


Selepas sejam bermesyuarat dengan Timbalan Menteri Pelajaran, kami bersama dengan peserta lain telah pergi ke Sekolah No. 28 Tashkent. Kami telah diberi peluang untuk meninjau kelas-kelas yang sedang berlangsung dan diakhiri dengan taklimat oleh pihak pengurusan sekolah. (Gambar : Murid-murid sedang belajar matapelajaran Kimia dalam kelas. Di atas meja setiap murid terdapat radas dan bahan untuk ujikaji)

No comments:

Post a Comment