Tuesday 13 March 2012

Bukhara-Samarkhand-Tashkent 2012



7 Mac 2012 ; Rabu - Tashkent

Salji turun dari waktu subuh lagi. Tanpa melepaskan peluang ramai dikalangan kami mengambil kesempatan bermain salji sambil merakamkan saat-saat indah dan menarik ini.


Selepas sarapan kami dibawa ke sebuah sekolah music di
Tashkent. Malaysia seha
rusnya membuat kajia
n mendalam mengenai sekolah ini yang telah dapat menghasilkan pemuzik bertaraf dunia. Diakhir lawatan kami di sekolah ini, kami telah dibawa ke dewan besar untuk persembahan daripada kalangan murid-murid. Sememangnya mereka tergolong sebagai pemuzik yang profesional.


Setelah selesai, kami dibawa ke Institut Latihan Pemimpin Sekolah (Central in-service and retratining Institute of public education staff named after Abdulla Avloniy. Disini kami telah diberi taklimat oleh Rektornya sendiri iaitu Mr. Maqsdujan A. Yuldashev. Institut ini adalah sama seperti dengan IAB dari aspek fungsi-fungsinya.

Sebelah petang, kami telah dibawa ke sebuah bazaar yang menjual pelbagai barangan. Bazaar ini cuma 12 km sahaja dari sempadan Afghanistan.





No comments:

Post a Comment