Program Gemilang Anak Balun
Tarikh : 29-31 Mac 2018
Tempat : SK Balun, Slim River
Program ini dirancang bersama dengan SK Balun dengan Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB), Pulau Pinang. Antara lain tujuan program ini dijalankan ialah untuk melahirkan murid-murid yang berpengetahuan, cergas dan aktif melalui aktiviti khidmat bakti dan kecergasan seiring dengan hasrat pendidikan negara

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah latihan dalam kumpulan, kawad kaki, senamrobik, sukan & riadah, bimbingan akademik, qiamullail, 'Aku Negaraku'.
![]() |
Murid-murid membuat persembahan |
Semua aktiviti dikendalikan oleh guru-guru pelatih IPGKTB dan dibantu oleh guru-guru SK Balun. Para pelatih telah dapat menimba pengalaman yang banyak hasil dari program seperti ini kerana disinilah mereka sedapa upaya mempraktikkan ilmu yang dipelajari semasa di kampus.
![]() |
Persiapan sebelum majlis penutupan rasmi |
Latihan kawad kaki dapat membantu murid-murid lebih berdisiplin dan bekerjasama antara satu sama lain. Program ini menekankan keseimbangan antara kecemerlangan akademik bersama dengan pembangunan diri insan murid-murid dari aspek rohani, emosi dan jasmani seperti yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
![]() |
Latihan Kawad Kaki |
![]() |
Bersama guru-guru SK Balun, pensyarah dan guru-guru pelatih IPGKTB, dan YDP PIBG SK Balun |
Mereka dapat mempelajari dan menghayati perasaan kemesraan dan kasih sayang sesama mereka dan dengan guru-guru yang akhirnya membina suasana yang kondusif untuk sesi pengajaran dan pemelajaran.
![]() |
Pertukaran cenderamata antara IPGKTB dan SK Balun |
![]() |
Menandatangani Surat Hasrat antara IPGKTB dan SK Balun |
Guru-guru pelatih yang terlibat; Wan Yusuf, Darren Kent, Abdul Ridzuan, Nazatul Syima, Norhajriati, Nur Faten Nadhirah, Saleha, Nur Adnin, Nur Syafura
![]() |
Antara murid yang telah menerima hadiah |
![]() |
Persembahan murid-murid |
![]() |
Bergambar keseluruhan yang terlibat dengan Program Gemilang Anak Balun |
No comments:
Post a Comment