Wednesday 16 June 2010

Budaya Perjuangan & Budaya Kesenangan

Antara budaya perjuangan dan budaya kesenangan, apakah amalan kita? Sekembalinya saya dari lawatan ke Sarajevo, Bosnia-Herzegovina telah memberi pengajaran berkaitan dengan budaya dan kejayaan. Antara perjuangan dan kesenangan, ramai yang memilih kesenangan tetapi tanpa perjuangan tidak ada kesenangan. Malah kelekaan kesenangan telah meruntuhkan beberapa tamadun, masyarakat, organisasi, keluarga dan individu.

Apakah di jiwa kita penuh dengan perjuangan dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan atau kita lakukan sesuatu itu hanya kita terpaksa melakukannya?

Budaya perjuangan boleh mencipta suatu tamadun, mengharmoni dan sejahterakan masyarakat, mencemerlangkan organisasi, membahagiakan keluarga, dan mencelikkan individu.

Apakah ciri-ciri mereka yang mempunyai jiwa perjuangan dan mereka yang 'cintakan' kesenangan?

1. Mereka yang meresap jiwa perjuangannya mempunyai kejelasan arah tuju dan matlamat dalam kehidupannya. Manakala mereka yang cintakan kesenangan leka dalam aktiviti hariannya yang menjurus kepada berbelanja dengan apa yang ada dan tiada hala tuju yang jelas.

2. Mereka yang mempunyai jiwa perjuangan sangat komited dengan tugasan yang diberikan kepadanya. Manakala 'jiwa kesenangan' akan melakukan kerja sambil lewa dan ambil ada sahaja.

3. Jiwa pejuang melihat sesuatu isu secara meluas dan mendalam. Manakala jiwa 'kesenangan' hanya melihat ke arah kepentingan peribadi lebih daripada kemaslahatan umah yang lebih besar.


(bersambung)

1 comment:

  1. This article are supper help full if you want to know more about management and leadership course then please click here.

    ReplyDelete