Monday, 14 June 2021

Kenangan Kembaraku Keluar Negara

 Berikut ialah bandar-bandar yang pernah aku jejaki sama ada untuk urusan rasmi atau jalan-jalan makan angin.

1.  UNITED KINGDOM

      1. London

      2. Cambridge

       3. Salisbury, UK

      4. Bath, UK

       5. Edinburgh, Scotland


2.  Netherland

       6. Amsterdam, 


3.  France

       7. Paris, 


4.  Spain

      8. Madrid, 

      9. Toledo, 

     10. Granada, 

      11. Cordoba, 


5.  Portugal

      12. Lisbon, 


6.  Italy

       13. Rome, 

      14. Pescara, 


7.  Bosnia & Herzegovina

      15. Sarajevo, 


8.  Germany

       16. Berlin, 

        17. Frankfurt, 


9.  Russia

      18. Moscow, 


10.  Switzerland

         19. Zurich, 

         20. Lucern, 

          21. Wengen, 

          22. Lauterbrnen, 

          23. Montreux, 

          24. Zermatt, 


11.  Turki

         25. Istanbul, 


12.  Cyprus

         26. Nicosia, 

         27. Kyrenia,


   13.  Arab Saudi

        28. Mekah

        29. Madinah

        30. Jeddah

        31. Thoif


    14.  Oman

        32. Muscat, 


    15.  UAE

33. Dubai, 

34. Abu Dhabi,


    16.  Qatar

        35. Doha, 


    17.  Pakistan

36. Lahore, 


    18.  India

37. Mumbai,

38. Ahmedabad, 


    19.  Sri Lanka

39. Colombo, 


    20.  Uzbekistan

40. Tashkent, 

41. Samarkand, 

42. Bukhara, 

43.  Khiva, 


    21.  Kazakhstan

44. Almaty, 


    22.  China

45. Chengdu, 

46. Kunming, 

47. Lijiang, 

48. Dali, 

49. Shaxi, 


     23.  Korea Selatan

50. Seoul, 


     24.  Japan

51. Osaka, 

512. Nagoya, 

53. Tokyo, 


     25.  Cambodia

54. Phnom Penh, 


     26.  Philippine

55. Manila, 


     27.  Thailand

56. Bangkok, 

57. Chiengmai, 

58. Pattaya, 

59. Phuket, 

60, Koh Samui, 

61. Krabi 

62. HatYai, 

63. Satun, 


     28.  Indonesia

64. Acheh

65. Batam 

66. Bali 

67.  Bandung 

68. Biruen  

69. Bukit Tinggi 

70. Jakarta 

71. Yogjakarta

72.  Lhokseumave 

73.  Lombok

74.  Medan

75. Padang

76. Prapat, 

77.  Pekan Baru

78. Probolingo

79. Surabaya


29.  Singapura

       80. Singapura


30.  Vietnam

      81. Da Nang 

      82.  Ho Chin Minh

      83. Hoi An

      84. Nha Trang


31.  Australia

       85. Perth, 

       86. Sydney, 

      87.  Woolangong


32. New Zealand

        88. Auckland

        89. Christchurch

        90. Dunedin

        91. Queenstown

        92.  Te Anau

        93.  Lake Tekapo


Thursday, 29 April 2021

SEGi University

 1 Disember 2020


1.    Alhamdullillah, hari ini bermulalah kerjayaku sebagai seorang pensyarah universiti setelah bersara dari perkhidmatan kerajaan selama 2 tahun 2 minggu. SEGi University telah menawarkanku jawatan pensyarah kanan secara kontrak. Aku ditempatkan di Post Graduate Unit, Faculty of Education, Languages & Psychology.

2.    Inilah yang mungkin dikatakan sebagai kurniaan Allah SWT yang tertangguh. Sesungguhnya aku pernah mendapat tawaran jawatan pensyarah di UPSI pada tahun 2007 namun usahaku untuk mendapat pelepasan dari Kementerian Pendidikan gagal walaupun aku telah membuat rayuan secara bersemuka dengan KPPM ketika itu sebanyak dua kali. 

3.     Pada tahun 2009 sekali lagi aku mendapat tawaran jawatan pensyarah kanan di UNiTEN dengan bayaran gaji dua kali ganda daripada yang aku perolehi ketika itu. Dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menjadi ahli akademik,  aku telah memohon untuk bersara awal namun permohonan aku ditolak. Sedemikian itu aku terus berkhidmat dengan KPM sehinggalah aku bersara wajib pada tahun 2018.

4.     Ketika di era persaraan aku tetap dengan aktiviti akademik dimana aku telah dilantik menjadi pensyarah sambilan untuk program EdD dan Masters oleh OUM. Aku memberi kuliah kursus 'Educational Administration' (EdD) dan 'Comparative Education (MEd). Disamping itu, aku juga telah diberi amanah oleh OUM untuk menghasilkan sebuah modul untuk program EdD. OUM juga telah melantik aku sebagai penyelia kepada beberapa orang pelajar masters, disamping menjadi pemeriksa luar program kedoktoran.

5.     Beberapa buah universiti di Pakistan juga telah melantik aku menjadi pemeriksa luar bagi program kedoktoran mereka. Yakni dalam tempoh 2 tahun 2 minggu selepas persaraan aku masih lagi aktif dengan kegiatan akademik.

6.    Pertemuan aku dengan Dekan dan Timbalan Dekan hari ini banyak membincang hal-hal berkaitan akademik. Aku telah diamanahkan untuk menjadi penyelia kepada 15 orang pelajar lepasan ijazah (2 Masters dan 13 PhD) yang kesemuanya pelajar luar negara. Disamping itu, aku juga diberi amanah untuk memberi kuliah kursus 'Educational and Leadership in Education' untuk pelajar Tahun 3 program BEd.