Tuesday 26 August 2014

Kembali ke Enstek



Malam ini (24 Ogos 2014) seperti biasa aku berkemas-kemas untuk balik ke Bandar Enstek dengan memandu kereta tetapi malam ini aku akan memandu bersendirian kerana anakku (Aiman) tidak balik ke Jitra minggu ini kerana menduduki peperiksaan. Lebih kurang pukul 9.30 malam aku mula memandu setelah bersalaman dan berpelukan dengan isteri dan anak-anakku (Along & Atiqah) tanda melahirkan kasih sayangku terhadap mereka dan simbolik untuk bermaaf-maafan. Sememangnya inilah kerap aku lakukan setiap kali aku ingin meninggalkan mereka kerana ajal maut tiada petanda maka aku harapkan sekiranya itu pertemuan terakhirku dengan mereka, aku mengharapkan kepergianku mendapat keampunan dari mereka.

Aku agak bosan memandu mungkin kerana inilah yang aku lakukan setiap minggu semenjak 16 Jun 2014 setelah aku bertukar ke Bandar Enstek. Pemanduan lebih 7 jam amat membosankan dan meletihkan. Aku berhenti seketika di R&R Gunung Semanggol kerana rasa mengantuk yang amat sangat.

Setelah terlelap lebih kurang 15 minit aku terus memandu lagi. Keadaan lebuhraya tidaklah begitu sesak namun kereta sememangnya banyak ditambah dengan bilangan lori yang banyak bergerak di waktu malam. Perjalanan kerap kali terganggu kerana lori yang perlahan memotong lori yang lagi perlahan. Pemanduan seperti ini sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi dan ini membuatkan aku cepat mengantuk. Lebih kurang 1.30 pagi aku sampai R&R Simpang Pulai untuk rehat dan melepaskan rasa mengantukku. Namun oleh kerana kawasan parkir telah penuh dengan kereta dan lori aku terpaksa meneruskan pemanduan dalam keadaan mengantuk sehinggalah ke R&R Tapah.

Disini aku dapat tidur dengan nyenyak kerana hujan yang turun masih belum reda lagi. Pukul 2.30 aku terus memandu lagi dan singgah di R&R Ulu Bernam untuk minum. Ini kerana pemanduan aku malam ini diselubungi dengan perasaan mengantuk. Aku mengharapkan selepas minum ini nanti rasa mengantuk aku akan hilang.

Lebih kurang pukul 3.30 pagi, aku terus memandu lagi tapi kali ini aku merasa segar sehinggalah aku sampai R&R Dengkil untuk berehat dan tidur. Pukul 5.45 pagi, aku mandi dan terus solat subuh. Seperti biasa aku akan memakai pakaian kerja disini dan terus memandu ke Bandar Enstek. Aku sampai IAB Bandar Enstek lebih kurang pukul 7.15 pagi. Alhamdullillah sampai jua akhirnya aku di IAB Induk.

No comments:

Post a Comment