3 Jun 2016
7.00 pagi : menaiki ERL dari KL Central ke
KLIA. Aiman telah menghantar kami ke KL Central dari Pudu Central manakala
Syafiqah dan Atiqah tidak mengikuti kami kerana kereta padat dengan barangan
Syafiqah yang memulakan cuti semesternya. Kami telah mengambilnya di Kuantan
pada hari sebelumnya (Khamis) dan menginap di hotel Ancasa Pudu Central kerana
kami terpaksa bertolak awal pada hari Jumaat ke Tashkent.
Tiba di KLIA kira-kira pukul 7.30 pagi dan
terus bersarapan. Setelah menyemak semua keperluan dokumen perjalanan kami
daftar masuk pada pukul 9.30 pagi.
12.00 th : bertolak ke Tashkent dengan
penerbangan Uzbekistan Airline
4.00 ptg (waktu Uzbekistan) : tiba di Tashkent dan transit selama lebih kurang 3
jam. ( Waktu Malaysia mendahului selama 3 jam)
7.00 mlm : bertolak dari Tashkent ke
Almaty, Kazakhstan
9.00 mlm (waktu Kazakhstan) –: Tiba di Almaty. Proses imigresen agak perlahan
ditambah pula dengan ramai yang tiba pada waktu yang sama. Maganat dan Aisham
telah menanti kami di airport dan terus membawa kami ke rumah tamu, University
KIMEP. Tiba di rumah tamu kira-kira pukul 11.00 malam. Terus rehat. ( waktu Malaysia mendahului selama 2 jam )
4 June 2016 Sabtu. Almaty
Minum di kafe university bersama Aisham.
Pada pukul 10.30 pagi Maganat datang untuk mengambil kami untuk berjalan-jalan
di Almaty. Antara tempat yang dilawati termasuklah Taman-taman riadah dan
Museum.
5 June 2016 Ahad. Almaty
Pagi ini Aisham telah membawa kami ke
Restoran berhampiran dengan University untuk sarapan pagi pada jam 9.00 pagi.
Selepas itu kami terus ke Gunung Hijau dengan menaiki skyway. Pemandangan sangat
menarik dari puncak bukit ini. Setelah itu kami turun semula dan terus ke
restoran yang sama untuk menikmati makan tengah hari.
Selepas itu, Maganat datang untuk mengambil
kami untuk dibawa ke sebuah lagi taman riadah yang agak besar. Ramai pasangan
yang baru berkahwin membuat photo shoot di sini. Selepas itu kami terus ke
restoran yang sama untuk menikmati makan malam. Selepas makan malam kami
berkemas untuk ke lapangan terbang untuk terbang ke Tashkent pula.
Kapalterbang berlepas pada pukul 10.00
malam. Setibanya kami di Tashkent Maksujan, Makhprat dan lain-lain pensyarah
dari Central Institute telah menunggu kami. Kami terus di bawa ke Hotel Wyndham
untuk penginapan selama 4 malam. Kami telah dibekalkan dengan makanan yang
banyak oleh Maksujan kerana malam ini adalah malam pertama bulan Ramadan.
Kami telah dimaklumkan waktu subuh
adalah pukul 3.00 pagi dan maghrib pukul 8.00 malam. Wow panjangnya waktu
berpuasa. Pukul 2.30 pagi room service menghantar makanan sahur untuk kami.
6 June 2016 Isnin - Tashkent
Kami rehat panjang pagi ini kerana keletihan dan tidak cukup tidur sebab lewat sampai dari Almaty. Pukul 10.00 pagi, Farkhod, LO kami telah datang ke hotel untuk menjemput kami ke Central Institute. Kami telah disambut oleh Rektor, Timbalan dan pegawai-pegawai kanan institut. Kami telah dibawa dari satu kelas ke kelas bagi melihat sendiri proses latihan sedang berlangsung. Semua peserta adalah guru besar dari seluruh Uzbekistan. Subjek-subjek yang sedang diajar ialah Pedagogi, Patriotism, Ekonomi Pendidikan dan Bahasa Inggeris Asas. Aku diberi peluang untuk berinteraksi dengan peserta-peserta kursus. Mereka sangat berminat dengan sistem pendidikan Malaysia terutamanya berkaitan dengan pembangunan profesional pemimpin pendidikan negara.
Setelah itu aku dibawa ke bilik Rektor untuk berbincang pelbagai perkara termasuklah mengenai hubungan seterusnya antara kedua institut. Selepas itu aku dibawa ke Bilik Mesyuarat dimana semua pensyarah telah sedia menunggu bagi sesi dialog. Mereka sangat berminat untuk mengetahui sistem pendidikan negara termasuklah pembangunan profesional berterusan dalam kalangan pemimpin pendidikan.
Seelah selesai berdialog, aku dibawa pulang ke hotel untuk berkemas kerana pada pukul 5.00 petang kami akan ke lapangan terbang untuk ke Khiva. Kapal terbang berlepas pada pukul 6.40 petang dan kami sampai di lapangan terbang Urgench pada pukul 7.50 petang. Kami diiringi oleh seorang pegawai dari Central Institute bagi melancarkan pergerakan. Kami terus dibawa ke sebuah restoran untuk berbuka puasa. Waktu berbuka puasa di sini ialah pada pukul 8.35 mlm. Kami berbuka dengan buah-buahan, sup, salad dan roti sahaja. Selepas itu kami terus ke Khiva dengan menaiki kereta yang telah disediakan oleh Regional Institute of Teacher Retraining. Tiba di Khiva pada pukul 10.30 malam dan terus berehat di hotel Old Khiva .
7 June 2016 Selasa
Pada pukul 7.00 pagi kami telah keluar dari
hotel untuk berjalan-jalan di Bandar purba Incha Kala yang dibuka oleh anak Nabi Noh A.S. yang bernama Sim. Ia merupakan suatu kompleks Bandar
lama yang telah dibina semula. Ia merupakan Bandar Bersejarah UNESCO dan
sememangnya banyak kesan sejarah silam di sini.
Hotel Old Khiva - tempat kami bermalam. Hotel ini terletak berhadapan dengan kompleks Incha Kala |
Berlatar belakangkan kompleks Inca Kala |
Pada pukul 10.00 pagi, pegawai pendidikan
Daerah Khowarezm telah datang ke hotel untuk mengambil kami untuk di bawa
melawat sekolah walaupun pada ketika ini sekolah-sekolah Uzbekistan sedang
bercuti panjang. Kami terus ke sekolah muzik dan disambut oleh guru besar dan
beberapa orang guru dengan iringan muzik yang dimainkan oleh murid sekolah.
Selepas itu kami dibawa ke kelas-kelas muzik dan dipertontonkan bagaimana kelas
tersebut dilaksanakan secara live.
Selepas itu kami dibawa ke dewan konsert
sekolah untuk menonton persembahan para pelajar bersama-sama dengan guru-guru
mereka. Kami dimaklumkan salah seorang pelajar sekolah itu telah menjadi juara
peringkat kebangsaan dan akan mewakili Uzbekistan dalam pertandingan muzik
antarabangsa pada bulan Julai nanti.
Konsert Khas untuk kami |
Beginilah keadaannya kelas muzik sedang berlangsung |
Selepas itu kami dibawa satu lagi sekolah untuk
melihat persekitaran dalam dan luaran. Kami disambut oleh guru besar dan
beberapa orang staf sekolah. Kami dibawa ke beberapa kelas yang telahpun
dibersihkan dan disusun rapi bagi sesi sekolah berikutnya pada bulan September.
Selepas itu kami dibawa ke salah sebuah rumah yang didirikan kerajaan untuk pasangan baru berkahwin. Kami dibawa masuk ke dalam rumah dan keluasan rumah ini agak besar dengan 4 bilik dan 2 bilik air. Dalam kawasan rumah terdapat kawasan lapang untuk bercucuk tanam.
Selepas itu kami terus meninggalkan kota
Khiva untuk ke Urgench. Sampai di sini kami terus ke taman riadah Jalolluddin
(Raja Khawarozm yang menentang serangan Genghiz Khan)
Sekolah Muzik di Khiva |
Pada pukul 7.00 malam kami bertolak ke
lapangan terbang untuk terbang semula ke Tashkent. Penerbangan terlewat sejam
dan kami hanya berbuka dengan air dan
buah sahaja di lapangan terbang. Pukul 10.30 malam kami bertolak ke Tashkent
dan tiba pada pukul 11.40 malam. Rakan-rakan Farkhod telah bersedia menanti
kami dan terus ke Hotel Wyndham.
8 June 2016 Rabu
Pada pukul 9.00 pagi kami telah dibawa ke sebuah masjid yang baru dibina yang namanya Masjid Putih. Selepas itu kami dibawa ke Bazaar Charsu. Cuaca terlalu panas sehingga mencecah 40 darjah Celcius. Kami tidak tahan berdiri lama atau berjalan-jalan di Bazaar ini kerana terlalu panas.
Setelah berjalan-jalan seketika kami balik ke hotel pula kerana kepenatan. Pada pukul 6.00 petang sekali lagi Makhparat telah datang mengambil kami untuk berbuka puasa di sebuah restoran di tepi sungai. Kami berbuka dengan sup kambing, salad, buah dan kebab panggang. Selepas selesai berbuka puasa kami terus ke hotel dimana Maksujan (Rektor) telah sedia menanti bagi berbincang viva beliau yang akan berlangsung esok.
9 June 2016 Khamis
Pukul 9.15 pagi Makhprat telah mengambil
aku untuk terus ke Tashkent State Pedagogical University bagi sesi viva voce
Maksujan. Aku telah dilantik menjadi panel luar disamping dua lagi dari Uzbekistan bagi sesi ini. Selain dari tiga panel penilai, terdapat 21 orang jawatankuasa bebas yang menilai pembentangan calon. Sesi viva voce ini dipengerusikan oleh Rektor Tashkent State of Pedagogical University sendiri iaitu Prof. Dr. Sharipov Shavkat Safarovich.
Format sesi viva ini dimulai dengan pembentangan calon selama 20 minit dan diikuti dengan soal jawab oleh jawatankuasa bebas. Setelah selesai sesi soal jawab ini, 3 panel pemeriksa akan memberi komen masing-masing dan seterusnya mencadangkan sama ada dianugerahi atau tidak calon berkenaan. Aku adalah ahli panel yang ketiga dalam membuat rumusan tersebut. Sebaik saja aku selesai membuat rumusan, jawatankuasa bebas membuang undi secara sulit sama ada calon ini layak atau tidak untuk dianugerah Ph.D. Keputusan sebulat suara meluluskan calon ini.
Setelah selesai sesi ini aku pulang semula ke hotel untuk berehat seketika sebelum ke shopping mall bersama Makhprat dan Linda. Selepas beberapa ketika di shopping mall, kami kembali ke hotel untuk membuat kemasan terakhir sebelum bertolak pulang ke Malaysia malam ini. Pukul 6.00 petang, kereta sudah sedia menanti kami untuk ke lapangan terbang.
Di lapangan terbang Maksudjan sudah sedia menanti kami untuk to say goodbye. Setelah berbual seketika kami terus masuk ke lapangan terbang untuk membuat daftar masuk. Pukul 8.00 malam waktu berbuka di Tashkent dan kami berbuka dengan air mineral saja dan terus mendirikan solat berjemaah di suatu sudut ruang menunggu. Selepas solat kami ke kafe untuk berbuka puasa dengan buah-buahan dan roti. Pukul 9.40 kami berlepas dari Tashkent menuju Malaysia.
Format sesi viva ini dimulai dengan pembentangan calon selama 20 minit dan diikuti dengan soal jawab oleh jawatankuasa bebas. Setelah selesai sesi soal jawab ini, 3 panel pemeriksa akan memberi komen masing-masing dan seterusnya mencadangkan sama ada dianugerahi atau tidak calon berkenaan. Aku adalah ahli panel yang ketiga dalam membuat rumusan tersebut. Sebaik saja aku selesai membuat rumusan, jawatankuasa bebas membuang undi secara sulit sama ada calon ini layak atau tidak untuk dianugerah Ph.D. Keputusan sebulat suara meluluskan calon ini.
Bersama calon PhD, Maksudjan (kanan sekali) dan Pengerusi Jawatankuasa Penganugerahan (no 2 dari Kanan) |
Rektor Tashkent State Pedagogical University, Prof. Dr. Sharipov Shavkat |
Setelah selesai sesi ini aku pulang semula ke hotel untuk berehat seketika sebelum ke shopping mall bersama Makhprat dan Linda. Selepas beberapa ketika di shopping mall, kami kembali ke hotel untuk membuat kemasan terakhir sebelum bertolak pulang ke Malaysia malam ini. Pukul 6.00 petang, kereta sudah sedia menanti kami untuk ke lapangan terbang.
Di lapangan terbang Maksudjan sudah sedia menanti kami untuk to say goodbye. Setelah berbual seketika kami terus masuk ke lapangan terbang untuk membuat daftar masuk. Pukul 8.00 malam waktu berbuka di Tashkent dan kami berbuka dengan air mineral saja dan terus mendirikan solat berjemaah di suatu sudut ruang menunggu. Selepas solat kami ke kafe untuk berbuka puasa dengan buah-buahan dan roti. Pukul 9.40 kami berlepas dari Tashkent menuju Malaysia.
No comments:
Post a Comment