Tetapi dua minggu lepas aku telah diserang penyakit radang sendi di ibu jari kaki kanan. Selepas dibuat 'ujian darah', aku disahkan mengidap penyakit gout kerana kandungan uric acid aku (484 umol/l) telah melebihi paras normal iaitu 209 hingga 431 umol/l.
Total cholesterol aku pula ialah 5.6 mmol/l sedangkan paras normal ialah di bawah 5.2 mmol/l. Manakala kadar total cholesterol terhadap HDL-Chol ialah 5.3 sedangkan kadar normal adalah di bawah 4.5. Mereka yang melebihi kadar 4.5 adalah dikategorikan sebagai berisiko tinggi diserang penyakit jantung dan darah tinggi. Alhamdullillah ketika ini, aku disahkan tidak mempunyai kedua-dua penyakit tersebut.
Doktor telah menasihatkan aku supaya melakukan senaman atau mengeluarkan peluh setiap hari umpamanya berbasikal sekurang-kurangnya sejam sehari. Disamping itu, hendaklah sentiasa mengamalkan pemakanan sihat sesuai dengan keadaan kesihatan ketika ini.
No comments:
Post a Comment