Saturday, 22 January 2011
Konvo Ph.D. - 2005
Kegembiraan dalam kenestapaan. Inilah pencapaian akademik tertinggi bagiku dan aku sangat berbangga dengannya. Ibuku lagi sangat-sangat berbangga dengan kejayaan ini namun beliau tidak berkesempatan meraikan bersama walaupun beliau telah mengetahuinya dan menghebahkannya seluruh kampung atas kejayaanku. Beliau kembali menemui Allah SWT lima bulan sebelum saat ini berlangsung. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan diletakkan dalam kalangan orang-orang yang solihin. Sesungguhnya kejayaan ini aku hadiahkan untukmu Ibuku yang paling aku sayangi, yang telah banyak berkorban untukku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment