Friday, 26 April 2013

Sepanyol April 2013


16 April 2013 - Selasa

Mendarat di Lapangan Antarabangsa Madrid pada pukul 2.00 petang  dengan disambut oleh Frank Attenbaun (Director, Forrocio Travel Agent) dan pemandu pelancong.


Selepas berbual ringkas kami terus dibawa menaiki bas yang sedia menunggu dan dibawa melancong ke beberapa tempat di Madrid. Tempat pertama yang kami lawati ialah Prado Museum iaitu sebuah museum yang menyimpan khazanah lukisan daripada kurun ke 12 hingga ke 19. Ia merupakan museum lukisan terbesar di Sepanyol dan paling ramai menerima kunjungan pelancong dari seluruh dunia.
Inilah bas kami selama 8 hari di Sepanyol

Del Prado Museum
Di hadapan Del Prado Museum


Setelah selesai di Del Prado Museum kami dibawa ke sebuah masjid di Madrid untuk menunai solat.

Masjid di Madrid - mampu menampung lebih 1000 jemaah

Stadium Bernabeu : Stadium pasukan kelab bola sepak terkemuka di dunia - Real Madrid (Real = Royal)


 Tempat-tempat yang lain yang dilihat dari dalam bas ialah Plaza de Espana, de Oriente, mayor, Puerta de Sol, Neptuno, Cibeles, Puerta de Alcala. Pukul 7.00 malam, makan malam di Aladino Restaurant dan 8.30 mlm daftar masuk di Hotel Florida Norte. (Puerta = Pintu)



17 April 2013 ; Rabu

Enam orang daripada kami pergi ke Kementerian Pelajaran untuk mesyuarat dengan Secretary of State on Education, Professional Training and Universities (Jawatan yang sama dengan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia) iaitu Madam Montserrat Goendio Kindelan. Antara keputusan yang telah dibuat ialah Kementerian Pendidikan Sepanyol akan menimbangkan untuk menghantar 5 orang pemimpin pendidikannya untuk menghadiri 3rd Regional Conference on Educational Leadership and Management yang akan berlangsung pada 19-21 November 2013 di Genting Hihglands.

L-R : Norihan Azizan, saya, Dr. Zainab (Timbalan Pengarah IAB), Dato' Ilankonvan (Duta Besar Malaysia ke Sepanyol)



Secretary of State on Education, Professional Training and Universities - Nombor 2 dari kiri












Selepas bermesyuarat sebahagian daripada kami pergi membuat penandaarasan di sekolah CEIP I Mangall, Plaza Dos de Mayo, 2, Madrid.

Dr. Zainab menyampaikan cenderahati dari IAB kepada Dato' Ilankonvan

Pada pukul 12.00 tengahari kami telah membuat kunjungan hormat ke Kedutaan Malaysia di Madrid. Kami telah diberi taklimat oleh Duta Besar Malaysia sendiri iaitu Dato' Ilankonvan. Antara perkara yang menarik yang ditaklimatkan termasuklah berkaitan dengan minat Sepanyol untuk melabur di Malaysia dimana sebuah syarikat terbesar di Sepanyol telah pun malabur Iskandar Park, Johor. Ia merupakan pelaburan terbesar Sepanyol di rantau Asia Tenggara yang berjumlah lebih 1 billion ringgit. Selain itu, pihak kedutaan juga boleh membantu pensyarah-pensyarah IAB yang ingin melanjut pelajaran peringkat Ph.D. dengan mengenalpasti universiti-universiti yang sesuai.

Selepas makan tengahari kami di bawa melawat ke Royal Palace dan Reina Sofia Museum. Istana ini dibina oleh Sultan Muhammad 1 Al-Cordoba pada kurun ke 9 yang dikenali sebagai Mayrit. (Kemungkinan besar nama Madrid berasal daripada Mayrit). Istana ini mengandungi 3418 bilik dan ia merupakan istana terbesar di Eropah dari aspek keluasan lantai iaitu 135000 meter persegi. Ketika ini Royal Palace hanya digunakan untuk upacara-upacara rasmi sahaja manakala Raja Sepanyol tinggal di sebuah istana di pinggir bandar.
Di hadapan Royal Palace

Di Reina Sofia Museum tersimpannya lukisan asli artis terkenal dunia yang berasal dari Sepanyol iaitu Pablo Picasso dan Salvador Dali. Museum Reina Sofia dibina khusus untuk menyimpan khazanah lukisan oleh artis-artis Sepanyol dan ia dibuka dengan rasminya pada tahun 1992.


18 April 2013 - Khamis

Selepas sarapan pagi kami terus bertolak ke Toledo dengan menaiki bas untuk melawat Sekolah Colegio Mayol S. Coop de C-LM, San Bernado, Toledo.

Di hadapan sekolah Colegio Mayol, Toledo.

Selepas lawatan ke sekolah kami di bawa melawat sekitar bandar Toledo yang indah yang dibina atas asas-asas pengaruh Islam, Yahudi dan Kristian. Disamping tiu kami juga dibawa ke kilang membuat pedang yang terkenal di Sepanyol. Toledo terkenal dengan hasil pembuatan pedang yang bermutu tinggi.
Di Galeri Kilang Pembuatan Pedang, Toledo


Pusat pelancong membeli belah di Toledo














Toledo : Suatu ketika di kiri sungai merupakan kubu pertahanan tentera Islam dengan binaan konkrit yang mantap. Sekarang ia menjadi penempatan orang-orang kaya. Sungai ini mengalir hingga ke Portugal.












Selepas makan tengahari kami terus ke Granada dan sampai pada pukul 7.00 malam. Jarak perjalanan dari Madrid ke Granada adalah lebih kurang 500 km.

Pemandangan perjalanan menuju Granada amat menarik sekali. Disepanjang perjalanan kelihatan perladangan pokok zaitun dan gandum begitu luas sekali. Sekali sekala kelihatan kincir angin dan sel solar sebagai punca tenaga bagi kegunaan ladang-ladang tersebut.

Ladang pokok zaitun


19 April 2013 - Jumaat

Kami bergerak ke Universiti Granada untuk sesi wacana perkongsian pengalaman dengan Fakulti Pendidikan berkaitan dengan Sistem Pendidikan Sepanyol dan Pengalaman Fakulti Pendidikan yang muncul sebagai 'Top 50 best Education Faculty in the world'. Antara hasil lawatan ini ialah untuk menggerakkan kerjasama antara IAB dengan University of Granada dalam bidang penyelidikan dan penerbitan. Disamping itu, Universiti of Granada berharap ada dalam kalangan pensyarah IAB mengikuti program Ph.D. yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan UoG.

Menunggu bas di hadapan hotel untuk ke University of Granada
Bersama Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan dan Dr. Zainab




Istana Alhambra dilihat dari kaki bukit

Salah satu pintu masuk Istana AlHambra

Selesai berwacana kami telah dibawa ke Istana Alhambra, sebuah istana yang indah dan canggih kira-kira 1000 tahun yang lalu. Ia merupakan istana terakhir Empayar Islam di Sepanyol dan benua Eropah. Alhambra asalnya ialah sebuah kubu yang dibina pada tahun 889 dan dijadikan sebagai kubu dan Istana Diraja oleh Sultan Yusuf 1 pada tahun 1333. Apabila Empayar Islam dikalahkan oleh Kristian pada tahun 1492, sebahagian besar istana telah diubahsuai dan ada yang dimusnahkan.

Salah satu taman dalam Istana AlHambra


20 April 2013 - Sabtu

Selepas sarapan kami bergerak ke bandar Cordoba dan sampai kira-kira pukul 11.00 pagi. Selepas daftar masuk hotel, kami telah dibawa ke kawasan penempatan Yahudi dan Mosque Cathedral (Mezquita).

Dalam mosque-cathederal : Masih terdapat lagi tinggalan mehrab, dan sebagainya  berkaitan dengan masjid.
Mosque-cathederal - pandangan dari luar


Mosque Cathedral ini adalah mesjid yang ketiga terbesar di dunia ketika zaman empayar Islam berkembang ke Sepanyol. Masih terdapat lagi tinggalan senibina masjid, mehrab dan tulisan-tulisan arab dan ayat-ayat AlQuran dalam Cathedral ini. Selepas tumbangnya Islam di Sepanyol masjid ini telah dijadikan Gereja hinggalah ke hari ini. Di zaman kegemilangan Islam, Cordoba merupakan ibu kota dunia yang mempunyai lebih 1000 masjid, perpustakaan yang terbesar di dunia yang mempunyai lebih sejuta buku.


Bangunan ini mula dibina pada tahun 600 sebagai gereja namun apabila Islam berkembang di Cordoba ia telah dibahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian gereja dan masjid. Selepas itu bangunan ini mengalami proses pembesaran dari satu pemerintah ke pemerintah yang lain hinggalah zaman kegemilangannya pada tahun 987 oleh AlMansur Ibnu Abi Amir. Pada tahun 1236 Empayar Islam telah dikalahkan oleh tentera Kristian dan masjid ini telah ubah suai untuk menjadi sebuah gereja.
Mezquita - Dilihat dari seberang sungai




21 April 2013 - Ahad

Selepas sarapan pagi kami terus bertolak ke Madrid untuk perjalanan pulang ke Malaysia. Oleh kerana terdapat masalah teknikal Qatar Airways kami yang sepatutnya balik pada 22 April 2013 terpaksa balik pada 23 April 2013. Ini merupakan satu rahmat kerana kami berkesempatan untuk meneroka kota Madrid pada 22 April 2013.
Menaiki metro di Madrid



22 April 2013 - Isnin

Mengambil kesempatan masa yang ada untuk meneroka kota Madrid termasuk Madrid Golden Triangle, Retiro Park, Plaza Mayor, Sol, Sabatini Park etc. Mula berjalan kaki dari Principie Pio ke Plaza Espana untuk bertemu dengan rakan dari Madrid. Kami berjalan menyusuri jalan terpanjang Madrid iaitu Gran Via yang penuh dengan pelbagai kedai mewah. Sebelum sampai ke El Retiro Park singgah sebentar di Puerta de Alcala untuk mengambil beberapa gambar indah. Di Retiro Park berehat sambil menghirup cappucino panas (Suhu ketika itu ialah 14 darjah Celcius)
Di Retiro Park
Dari Retiro Park kami menuju ke Plaza Mayor melalui tempat-tempat yang menarik lain seperti Emperor Carlos V, Reina Sofia, Anton Martin. Di Plaza Mayor sempat mengambil beberapa gambar menarik dan memerhati pelbagai gelagat manusia yang membuat pelbagai persembahan. Berhenti rehat sambil menikmati yogurt. Dari Plaza Mayor kami bergerak ke Puerta de Sol, suatu tempat yang mesti dilawati bagi mereka yang sampai Madrid.
Puerta Sol

 Saya telah diperkenalkan dengan 'tapas' iaitu sejenis makanan popular bagi orang Sepanyol. Disamping itu, saya juga diberi peluang untuk menikmati 'spanish ommelate' ketika kami berhenti rehat. Dari sini kami berjalan lagi melalui Plaza Isabel, Palacio Real dan berhenti rehat di Jardine de Sabatini Park. Setelah berehat terus ke Estacion Principe Pio untuk minum Cappucino lagi.
Center of Spain, km = 0 yang terletak di Sol, Madrid



23 April 2013 - Selasa

Pada pukul 9.00 pagi bertemu dengan seorang rakan dari Madrid, Sofia seorang pelajar Ph.D. yang berasal dari Greek, dan terus membawa saya ke sebuah 'recreational park' berdekatan dengan hotel. Di sini terdapat pelbagai kemudahan beriadah seperti tapak perkhemahan yang bersih, kawasan berjoging, berbasikal, berkayak dan sebagainya. Kami sempat menikmati cappuccino panas di Lago de la casa de campo cafe yang terletak di tepi tasik.
Menikmati cappuccino panas di tepi tasik dalam suhu sekitar 10 darjah  Celcius

Pukul 11.30 pagi menaiki bas meninggalkan hotel untuk ke Lapangan terbang Madrid. Berlepas pulang pada pukul 3.00 petang dengan menaiki pesawat Qatar Airways. Transit di Qatar selama 2 jam sebelum terbang semula ke Kuala Lumpur. Sampai KLIA pada pukul 2.00 petang.
Transit di Doha selama 2 jam. Terpaksa duduk di lantai kerana orang terlalu ramai



Friday, 19 October 2012

Bersepeda dari Banda Acheh ke Medan, Sumatera, 1991

1. Seramai 51 ahli MAKSAK Perak telah menganjurkan ekspedisi berbasikal sambil mengeratkan antara kakitangan kerajaan Perak dengan pegawai-pegawai Daerah Istimewa Acheh.

2. Kami berbasikal bermula dari Universitas Syiah Kuala, Banda Acheh dan berakhir di Medan Sumatera yang mengambil masa 10 hari. Antara bandar/pekan yang kami lalui termasuklah Sigli, Ulim, Bireuen, Lhokseumawe, Lhoksukum, Tanah Jambo Aye, Indera Makmur, Langsa, dan Besitang. Sepanjang perjalanan kami disambut meriah oleh penduduk Sumatera. Setiap persinggahan kami di bandar-bandar besar disambut oleh Wali Kota (Pegawai Daerah).

3.  Kami mendapat publisiti yang meluas serta telah dimuatkan dalam suratkhabar 'Serambi Indonesia' bertarikh 26 Januari 1991 (Sabtu).

4.  Ekspedisi kami diiringi dengan pasukan keselamatan dan polis trafik di sepanjang perjalanan.

5. Pengalaman yang paling memeritkan kami ialah untuk merintasi Lembah Seulawah yang terpaksa berkayuh mendaki kawasan pergunungan Seulawah.

6. Sepanjang ekspedisi ini, kebanyakannya kami hanya berkhemah saja kecuali ketika di Banda Acheh dan Medan di mana kami menumpang di Rumah Malaysia yang disewakan kepada pelajar-pelajar Malaysia di sana.

7. Setibanya kami di Medan, kami telah diraikan Konsulat Malaysia dengan BBQ.

Wednesday, 19 September 2012

Ekspedisi Berbasikal JantungKu untukMu 1989

1. Seramai 24 orang ahli MAKSAK Perak telah berbasikal sambil mengutip derma untuk Tabung Jantung Negara. Kami telah berbasikal dari Stesen RTM Ipoh ke Angkasapuri yang mengambil masa 3 hari.

2. Hari pertama melalui pekan Gopeng, Kampar, Tapah, Bidor, Sungkai dan Slim River. Telah berkhemah di kawasan tanah lapang bersebelahan Balai Bomba Slim River.

3. Hari kedua melalui pekan Tg Malim, Kalumpang, Kuala Kubu Baru, Serendah Golf Club, Rasa, Rawang dan bermalam di khemah Templer Park. Di Serendah Golf and Country Club kami telah diraikan oleh Mustapa Kamal (Tan Sri).

4. Hari ketiga kami berbasikal melalui beberapa jalan di Kuala Lumpur ke Angkasapuri. Sebelum ke Angkasapuri kami singgah di Ibu Pejabat TOTO untuk diraikan dan menerima derma dari syarikat tersebut. Di Angkasapuri kami berkhemah di padang berhampiran. Malang sekali pada malam itu hujan sangat lebat yang telah membasahi khemah yang akhirnya memaksa kami untuk berpindah ke pentas berhampiran.

5. Konsert khas Tabung Jantung Negara diadakan di Auditorium Angkasapuri yang dihadiri Dr. Mahathir Mohamad (Dato'), Perdana Menteri Malaysia ketika itu untuk menerima derma daripada semua negeri dan syarikat-syarikat swasta terpilih. SUK Perak telah menyampaikan derma lebih kurang RM 60000.00 (termasuk dari kutipan kami sepanjang perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur). Kumpulan kami juga diberi penghormatan untuk naik ke pentas sebagai sebahagian daripada gimmick persembahan yang diadakan secara langsung di TV oleh RTM.

6. Sepanjang perjalanan kami dari Ipoh ke Kuala Lumpur telah diiringi dengan kawalan Polis Trafik, ambulan, dan krew RTM yang membuat lintas langsung dari masa ke masa melalui radio.

Tuesday, 18 September 2012

Kembali Beriadah

Hari ini aku telah memulakan aktiviti  berbasikal setelah sekian lama aku telah meninggalkannya. Kayuhan aku hari ini hanya sekitar 15 km sahaja yang mengambil masa lebih kurang sejam. Telah lama aku tidak mengamalkan hidup sihat. Jika dulu sekembali dari pejabat, jika tidak berjogging di Tasik aku akan bermain tenis dengan rakan-rakan sepejabat. Walaupun aku telah lama tidak berjoging, bermain tenis atau berbasikal namun aku merasakan diriku tetap sihat seperti dulu.

Tetapi dua minggu lepas aku telah diserang penyakit radang sendi di ibu jari kaki kanan. Selepas dibuat 'ujian darah', aku disahkan mengidap penyakit gout kerana kandungan uric acid aku (484 umol/l)  telah melebihi paras normal iaitu 209 hingga 431 umol/l. 

Total cholesterol aku pula ialah 5.6 mmol/l sedangkan paras normal ialah di bawah 5.2 mmol/l. Manakala kadar total cholesterol terhadap HDL-Chol ialah 5.3 sedangkan kadar normal adalah di bawah 4.5. Mereka yang melebihi kadar 4.5 adalah dikategorikan sebagai berisiko tinggi diserang penyakit jantung dan darah tinggi. Alhamdullillah ketika ini, aku disahkan tidak mempunyai kedua-dua penyakit tersebut.

Doktor telah menasihatkan aku supaya melakukan senaman atau mengeluarkan peluh setiap hari umpamanya berbasikal sekurang-kurangnya sejam sehari. Disamping itu, hendaklah sentiasa mengamalkan pemakanan sihat sesuai dengan keadaan kesihatan ketika ini.

Monday, 10 September 2012

Naib Canselor Universiti Antarabangsa Al-Buhkari

Kunjungan hormat ke Universiti Antarabangsa Al-Bukhari, Alor Setar Kedah untuk menjemput Naib Canselornya, Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak sebagai Perucap Utama di 3rd Regional Conference on Educational Leadership and Management 2013. Beliau telah menerima undangan tersebut namun apa yang menarik perhatian saya ialah perbincangan kami banyak menjurus kepada kewujudan dan falsafah universiti ini.

AlBukhary International Universiti, AIU memegang prinsip sebagai sebuah 'universiti kemanusiaan' (humaniversity) yang diwujudkan bagi memberi peluang pendidikan berkualiti kepada anak-anak dari keluarga yang berpendapatan rendah atau berada di bawah paras kemiskinan. Pendidikan di sini adalah percuma dan bagi yang miskin tegar, mereka mendapat elaun bulanan dari pihak universiti.

Sehingga kini terdapat lebih kurang 700 orang pelajar yang datang dari lebih daripada 40 buah negara di dunia.

Kenapa Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli ingin berkhidmat di sini? Marilah kita lihat sedikit latar belakang Prof. :

1. Naib Canselor USM : 2000 - 2011
2. President, Association of Southeast Asia Institutions of Higher Learning, 2007 - 2008
3. Vice-President, International Association of Universities
4. Member, Asia-Europe Meeting (ASEM)
5. Fellow, World Academy of Art and Science
6. Fellow, Academy of Science Malaysia
7. Fellow, Malaysian Institute of Management
8. Chair, Malaysian Independent Education Review Panel
9. Director, Malaysian Productivity Corporation
10. etc.

Terdapat banyak lagi anugerah yang dimenangi oleh Prof. bagi peringkat kebangsaan atau antarabangsa.



Monday, 11 June 2012

Perintis Pembukaan Kg Balun, Slim River 1920

Senarai Peneroka/Perintis Pembukaan Kg Balun 1920.

1. Mohd Ibrahim bin Bujang (Ketua Kampung 1920-1960) - Ketua Kampung Pertama
2. Ibrahim bin Awang
3. Medan bin Ali
4. Ngah bin Maon
5. Yop bin Bedol
6. Otot bin Sani
7. Lebai Daud bin Hj. Mat Saman
8. Arshad bin Kahar
9. Hamzah bin Omar
10. Abu Hassan bin Yunus
11. Mohd Yunus bin Imam Muda
12. Alang bin Bujang
13. Lebai Binuh bin Tinggora
14. Hj. Mohd Nor bin Babul
15. Jais bin Jamil
16. Hj. Zainal Abidin bin Katib Sutan
17. Abdul Samad bin Anggot
18. Mat Said bin Bilal
19. Chek Mat bin Ibrahim
20. Chek Saleh bin Shukur
21. Imam Adam bin Hj. Mustaffa (meninggal dunia 1974)
22. Wi bin Akil
23. Lebai Ganti bin Sulop
24. Dogo bin Kabut
25. Khatib Maamor bin Taha
26. Lebai Jali
27. Alang bin Saleh
28. Jamaludin
29. Abdul Hamid bin Jamal (Kamal)
30. Othman bin Bujang (meninggal dunia 1973) - Ketua Kampung Ke 2
31. Kantan bin Nakir (meninggal dunia 17.11.1990)
32. Jabar bin Hj Mustaffa (Tok Misai) --- ?

(Dinukilkan oleh Cikgu (Dr.) Hj. Ghazali Abdul Wahab.
57 Jalan Anggerik, Taman Seroja, Slim River, Perak)


------------------------------------------------------------------------------------------------------


KESAH "BUJANG KELANA" :

Bujang Kelana (nama asalnya dirahsiakan) adalah keturunan Raja Tembusai, Sumatera Indonesia yang memerintah tiga buah daerah iaitu Tembusai, Dedalu dan Sedingin. Raja Tembusai yang bernama Sutan Malim Maharaja Lela mempunyai 3 orang anak ; yang pertama lelaki, kedua perempuan dan ketiga 'Bujang Kelana'.
Apabila Raja Tembusai mangkat, berlakulah perebutan kuasa antara anak sulung dengan 'Bujang Kelana'. Masing-masing ingin menjadi Raja Tembusai. Namun bagi mencari penyelesaiannya Abang Sulung telah menawarkan suatu pertaruhan pelik antara dia dengan "Bujang Kelana". Pertaruhannya ialah 'Bujang Kelana' hendaklah mengambil seulas durian yang hendak dibuat lempuk dan dicincang  lumat dan ditanam. Sekirannya biji durian itu tumbuh, maka beliaulah yang layak menjadi Raja Tembusai. Manakala abang sulungnya pula perlu mengambil seulas durian dalam kawah yang sedang menggelegak panas untuk dibuat lempuk dan menanamkannya. Sekiranya biji durian itu tumbuh, maka beliaulah yang layak menjadi Raja Tembusai. 'Bujang Kelana' menolak tawaran ini lalu berkelana ke Tanah Melayu.

'Bujang Kelana' dengan perasaan marah, nekad dan tercabar lalu mengambil sebuah perahu lalu berseru kepada Abang dan Kakaknya serta rakyat Tembusai, " Mulai saat ini nama hamba ialah 'BUJANG'. Aku merentas Selat Melaka yang luas ini ke Tanah Melayu. Aku pasrah kepada Illahi. Dimana sahaja aku terdampar kelak di situlah aku mengabdikan diri dan sujud kepada Illahi. Namun balik ke Tembusai tidak sekali. Selamat tinggal kekandaku berdua dan selamat tinggal tanah tumpah darahku Tembusai dan rakyat sekelian.

Pelayaran 'Bujang Kelana' akhirnya sampai ke Kelang. Sebelum beliau naik ke darat beliau telah menerajang perahunya sambil berkata "Hanyutlah kamu kemana sahaja di bawa arus lautan luas ini dan aku akan ber'Kelana' di daratan tanpa ku ketahui kemana arahnya. Aku pasrah kepada Tuhan yang maha Esa di mana sahaja rezekiku ditentukan oleh Illahi di situlah aku akan sujud dan mengabdikan diri di bumi bertuah itu nanti.

Perjalanan 'Bujang Kelana'  di daratan akhiranya sampai ke kampung Lubuk Salak Selangor dalam tahun 1870. 'Bujang Kelana' adalah seorang yang kacak, rajin, baik budibahasanya, pandai ilmu agama dan ilmu persilatan. Sifat-sifat terpuji 'Bujang Kelana' telah mendapat perhatian Tok Menteri Husain, Orang Besar Daerah Hulu Selangor lalu mengahwinkanya dengan anaknya, Cik Andak Jiwa.

Perkahwinan 'Bujang Kelana' dengan Cik Andak Jiwa telah dikurniakan 4 orang anak iaitu IBRAHIM, Alang, Bedah dan OTHMAN. Kegigihan 'Bujang Kelana' terbukti dimana beliau telah diberi kepercayaan menjadi kontrektor membina landasan keretapi dari Tg Malim ke Sungkai dan kontraktor membuka Ladang Besout. Bagi memudahkan pekerjaannya 'Bujang Kelana' telah berpindah ke Kg Bantang pada tahun 1876 dan menetap di sana hingga akhir hayatnya.

IBRAHIM BIN BUJANG, anak sulung 'Bujang Kelana' meneruskan usaha-usaha bapanya menjadi kontraktor membuka Ladang Cluny, Bedfort, Trolak, Sg Chinoh. Semasa pemerintahan Inggeris beliau dikenali sebagai MOHAMAMAD IBRAHIM ESQ.

IBRAHIM BIN BUJANG serta 32 orang lain telah membuka Kg Balun pada tahun 1920. Maka bermulalah era KG. BALUN yang mengikut kepercayaan ramai diambil namanya daripada Ketua Orang Asli disini yang bernama TOK BALUN.

(Ringkasan kesah ini dipetik daripada nukilan Cikgu Dr. Ghazali Abdul Wahab)

Thursday, 15 March 2012

LAWATAN KE UZBEKISTAN

1 Mac 2012 (Khamis) - Bukhara






















Kapalterbang mendarat pukul 3.00 pagi waktu Uzbekistan di lapangan terbang Antarabangsa Tashkent (Malaysia mendahului 3 jam). Proses daftar masuk agak perlahan lebih-lebih lagi dengan penumpang-penumpang yang suka membuat kacau dan potong barisan. Hampir pukul 7.00 pagi baru keluar dari lapangan terbang dan terus menaiki bas untuk pergi ke lapangan terbang domestik pula untuk lawatan ke Bukhara.
Proses check-in berjalan lancar dan terus menaiki kapalterbang ke Bukhara. Perjalanan mengambil masa 1 jam 20 minit.





























Sebaik sampai kami telah dibawa terus ke Hotel Asia Bukhara untuk penginapan. Sungguh nyaman udara di bumi kelahiran Imam Bukhari ini. Selepas bersarapan dan berkemas kami telah dibawa ke tempat-tempat bersejarah.

Selepas itu kami telah dibawa ke Sekolah No. 2 Bukhara. Disini kami telah diberi taklimat mengenai sekolah, lawatan ke bilik-bilik darjah dan dihidangkan dengan persembahan budaya oleh murid-murid sekolah.

Sebelah petang kami juga dibawa ke bandar lama Bukhara hasil daripada ekskavasi. Dapat juga kita mempelajari bagaimana kehidupan zaman dulu hasil daripada ekskavasi ini.

Di hadapan pintu masjid. Tiang-tiang yang kelihatan itu adalah dariapada kayu yang beratus tahun usianya.




























2 Mac 2012 Jumaat - Bukhara

Selepas sarapan dan (check-out) kami telah di bawa Masjid lama dan kedua terbesar di Uzbekistan 

Selepas itu kami dibawa pula Istana lama yang telah dijadikan sebagai pusat pelancongan. 
Pelbagai cerita menarik mengenai istana lama ini termasuklah penjara kecil untuk orang-orang yang 
ingkar perintah raja (Gambar 2 : Di puncak Istana lama)

Selepas itu kami dibawa pula ke sebuah lagi masjid lama yang masih digunakan lagi untuk 
sembahyang jumaat dan hari raya. Berhadapan dengan masjid ini ialah Madrasah yang dihuni lebih 
kurang 100 orang murid. Akhir sekali kami membeli belah di bazaar yang berhampiran sebelum 
bertolak ke Samarkand dengan menaiki bas.



























Pukul 12.00 tengahari, kami meninggalkan kota Bukhara menuju Samarkand. Dalam perjalanan singgah untuk makan tengahari dengan masakan kesukaan ramai iaitu 'nasi pilov'. Enak sekali. Kami sampai di Samarkand pukul 7.00 malam dan menginap di Hotel Asia Samarkand.






















































3 Mac 2012 ; Sabtu - Samarkand

Selepas sarapan kami telah dibawa ke kompleks makam sepupu Rasullallah iaitu Qusam Ibn Abbas Majmuassi dan beberapa makam alim ulama yang disemadikan di situ.

Setelah itu, kami telah berkunjung ke 'Samarkand Region Institute of Upgrading Qualification and Retraining of Pedagogical Cadres'. Kami telah disambut dengan meriah sekali dan taklimat diberikan oleh Rektornya iaitu Mr. Azamat E. Kurahmecov


Pertemuan ini telah memberi kefahaman tentang sistem pendidikan di Samarkand terutamanya berkaitan dengan latihan guru





































































































4 Mac 2012 ; Ahad - Samarkand


Selepas check-out dan sarapan, kami terus menuju ke Kompleks Makam Imam Bukhari yang terletak kira-kira 30 km dari Samarkand. Cuaca sangat sejuk ketika itu tambahan pula diiringi dengan hujan dan angin. (Gambar 1 & 2 : Dihadapan makam Imam Bukhari ; Timbalan Imam Mesjid Imam Bukhari memimpin bacaan doa untuk kami)

Selepas kira-kira sejam disini, kami terus menuju ke Tashkent dengan menaiki bas. Perjalanan dari Samarkand ke Tashkent mengambil masa kira-kira 6 jam mempunyai pemandangan yang menarik sekali. Ia menunjukkan bahawa Uzbekistan adalah negara pertanian yang mempunyai kawasan perladangan yang sangat luas. Kami sampai di Tashkent pada pukul 5.00 ptg dan terus check-in di Hotel Tashkent Palace.









Bersama Duta Malaysia TYT Aziz Harun ; Gambar 2: Delegasi bergambar dihadapan Kedutaan Malaysia di Tashkent

5 Mac 2012 ; Isnin - Tashkent

Selepas sarapan kami telah membuat kunjungan hormat ke Kedutaan Malaysia di Tashkent yang disambut oleh TYT Duta Besar Malaysia iaitu Aziz Harun. Kami telah diberi taklimat berkaitan dengan Uzbekistan dan hubungannya dengan Malaysia. Majlis ramah mesra bersama kakitangan kedutaan telah memberi pengertian yang mendalam bagi kami mengenai kehidupan mereka di perantauan.


















































Selepas acara ini kami telah dibawa ke Tashkent State Pedagogical University. Disini kami juga telah didedahkan dengan sistem pendidikan Uzbekistan termasuklah pendidikan di peringkat universiti.


6 Mac 2012 ; Selasa - Tashkent

Saya bersama dengan Dr. Zainab (Timbalan Pengarah IAB), Dr. Shahri dan Nazhatul Shima telah dibawa oleh Duta ke Pejabat Menteri Pelajaran Awam untuk suatu mesyuarat ringkas. 
Menerima cenderahati dari Timbalan Menteri Pendidikan Awam Uzbekistan

Selepas sejam bermesyuarat dengan Timbalan Menteri Pelajaran, kami bersama dengan peserta lain telah pergi ke Sekolah No. 28 Tashkent. Kami telah diberi peluang untuk meninjau kelas-kelas yang sedang berlangsung dan diakhiri dengan taklimat oleh pihak pengurusan sekolah.
Murid-murid sedang belajar matapelajaran Kimia dalam kelas. Di atas meja setiap murid terdapat radas dan bahan untuk ujikaji














































































7 Mac 2012 ; Rabu - Tashkent

Salji turun dari waktu subuh lagi. Tanpa melepaskan peluang ramai dikalangan kami mengambil kesempatan bermain salji sambil merakamkan saat-saat indah dan menarik ini.

Selepas itu kami dibawa ke sebuah sekolah musik di Tashkent. Malaysia seharusnya membuat kajian mendalam mengenai sekolah ini yang telah dapat menghasilkan pemuzik bertaraf dunia. Diakhir lawatan kami di sekolah ini, kami telah dibawa ke dewan besar untuk persembahan daripada kalangan murid-murid. Sememangnya mereka tergolong sebagai pemuzik yang profesional.










































Setelah selesai, kami dibawa ke Institut Latihan Pemimpin Sekolah (Central in-service and retratining Institute of public education staff named after Abdulla Avloniy. Disini kami telah diberi taklimat oleh Rektornya sendiri iaitu Mr. Maqsdujan A. Yuldashev. Institut ini adalah sama seperti dengan IAB dari aspek fungsi-fungsinya.

































Sebelah petang, kami telah dibawa ke sebuah bazaar yang menjual pelbagai barangan. Bazaar ini cuma 12 km sahaja dari sempadan Afghanistan.








































































8 Mac 2012 ; Khamis - Tashkent


Hari ini merupakan cuti umum bagi Uzbekistan sempena Hari Wanita Sedunia. Kami mengambil kesempatan ini untuk berkonvoi dengan 9 buah kereta menuju ke gunung berhampiran Tashkent untuk bermain salji dan melihat pemandangan indah. Perjalanan mengambil masa sejam untuk sampai. Selepas bermain sepuasnya, kami kembali ke Tashkent untuk berkemas-kemas untuk pulang ke Malaysia. Pukul 7.00 ptg kami bertolak ke lapangan terbang Tashkent dan selepas selesai proses check-in, imigresen dan kastam, kami terbang pada pukul 10.15 malam. Sampai KLIA pukul 8.00 pagi waktuMalaysia (9 Mac 2012)