Tuesday, 19 May 2015

LAWATAN KE MOSCOW

17 MEI 2015 (Ahad)


Memulakan perjalanan dari Jitra dengan memandu kereta seorang diri pada pukul 8.00 pagi. Sampai Putrajaya Central pada pukul 12.30 hari dan meletakkan kereta di sini. Menyambung perjalanan dengan menaiki keretapi dari Putrajaya ke KLIA selepas makan tengahari. Tiba KLIA pada pukul 2.30 petang. Bertemu dengan Shuibun yang telah tiba lebih awal dan terus ke surau untuk menunaikan solat. Pada pukul 5.00 petang semua peserta lawatan telah tiba dan proses check-in bermula. Dr. Norlaila telah dilantik menjadi Ketua Kumpulan manakala Pn. Shima menjadi setiausaha.

Pukul 8.00 malam kami berlepas dengan penerbangan Virgin Australia (code sharing dengan Etihad Airways) ke Abu Dhabi. Sampai Abu Dhabi pukul 10.00 mlm (waktu Abu Dhabi) untuk transit selama 3 jam.

Transit di Lapangan Abu Dhabi

18 Mei 2015 Isnin


Pukul 2.30 pagi kami bertolak ke Moscow dengan penerbangan Etihad Airways dan sampai Moscow pukul 7.30 pagi (waktu Moscow). Selepas proses check-out, agen pelancongan Ms. Garleia sedia menunggu kami. Kami terus dibawa ke Grand Mosque namun kami kurang bernasib baik kerana masjid ini sedang dalam pengubahsuaian secara besar-besaran dan ia ditutup daripada sebarang lawatan.

Di Lapangan Terbang Moscow

Selepas itu kami terus di bawa ke sebuah restoran yang terletak dalam hotel ...... untuk makan tengahari. Makanan dimulakan dengan salad dan sup, kemudian diikuti dengan nasi bersama ayam panggang dan diakhiri dengan kek coklat. Disamping itu, roti sentiasa di atas meja untuk dimakan pada bila-bila masa.
Bersama Pemandu Pelancong kami, Mrs. Garlesia, dan Prof. Dato' Dr. Ibrahim dan Hj. Khailani


Selesai makan kami terus dibawa ke Hotel Holiday Inn Suschevsky untuk check-in. Selepas check-in peserta bebas untuk meneroka Moscow. Saya bersama Shuibun dan Dr. Kamaruzaman berjalan-jalan di sekitar hotel dan singgah di sebuah warung kecil untuk mencuba kebab dan cappaccino. Suhu hari ini ialah 10 darjah Celcius dan terasa amat sejuk apabila angin meniup.




Pukul 7.00 kami makan malam di hotel secara ala carte. Selesai makan, Pn. Fauzana, Atache Pendidikan di Moscow datang mengunjungi kami di hotel. Saya bersama Prof. Dato' Dr. Ibrahim, Hj. Khailani dan Shima telah mengadakan sedikit perbincangan dengan Pn. Fauzana. Perbincangan tertumpu kepada lawatan kami ke universiti dan kedutaan pada keesokan harinya. Antara perkara-perkara yang dibincangkan ialah berkaitan kemungkinan penjalinan kerjasama antara universiti dengan MSEAM, dan kemungkinan kami dapat melawat sekolah pada saat-saat akhir. Perbincangan tamat pada pukul 10.00 malam. (Waktu Maghrib ialah 8.40 mlm dan Isya 10.40 mlm).

Makan malam secara berhidang

Berbincang dengan Pn. Fauzana, Pegawai Kedutaan berkaitan dengan lawatan kami. 


19 Mei 2015 Selasa


Bangun pukul 2.00 pagi untuk solat subuh (waktu subuh 1.50 pagi dan matahari terbit pukul 4.10 pagi). Selepas solat terus mengadap notebook untuk membuat sedikit catatan perjalanan ini.
Pukul 7.00 sarapan pagi.

9.30 pagi kami bertolak ke Moscow State University untuk sesi taklimat dan perbincangan. Jalan di Moscow sentiasa sibuk dan kerap kali kami terperangkap dengan 'traffic jam'. Kami sampai universiti pada pukul 11.30 pagi dan di sambut oleh Pn. Fauzana, Alessia (interpreter kedutaan) dan pelajar Rusia yang fasih berbahasa Melayu. Kami terus di bawa ke dewan kuliah bagi sesi taklimat. Sesi taklimat dimulai dengan seorang Prof. Madya Kukushkina yang fasih berbahasa Melayu (beliau pernah berkhidmat di Universiti Malaya selama 3 tahun). Beliau ialah Prof. Pengajian Bahasa Melayu di Universiti ini. Kemudian Prof. Igur Abylgaziev, Pengarah Pusat Pengajian Asia/Afrika dan Prof. Victor Belogortsev,  Timbalan Pengarah (Akademik) memberi taklimat. Oleh kerana kedua-dua Prof. ini menyampaikan taklimatnya dalam bahasa Rusia, maka Prof. Madya Kukushkina telah menterjemahkannya. University ini ditubuhkan pada tahun 1755 dan sehingga kini telah berjaya menghasilkan 12 orang pemenang Hadiah Nobel yang kebanyakannya dalam bidang Fizik dan Kimia.

Prof. Madya Kukushkina
L-R : Prof. Victor, Prof. Igur dan Prof. Madya Kukushkina

Sesi bergambar bersama Pengarah Pusat Pengajian Asia/Africa, Moscow State University

Pukul 1.00th kami bertolak ke Restoran untuk makan tengahari. Seperti biasa makan dengan 3 'courses' dimulai dengan salad, sup spaghetti dan diakhiri dengan nasi Arab daging. Setelah selesai makan kami bertolak ke Kedutaan Malaysia.

Inilah Restoran yang dimiliki orang Islam



Tiba ke Kedutaan pukul 3.15 petang. Kami disambut oleh TYT Dato' Zainol Abidin Omar, Duta Besar Malaysia ke Russia dan pegawai-pegawai kanan kedutaan (Francisco - Ketua Chancerry; Fauzana - Setiausaha Pertama (Student Affairs JPA), Syed Saifuddin (Student Affairs MARA)). TYT Dato' Zainol Abidin telah memulakan taklimat ringkasnya dengan menyentuh banyak perkara namun fokus kepada bidang pendidikan. Menurut beliau ketika ini terdapat lebih kurang 2000 orang sedang belajar di Rusia yang kebanyakkannya mengikuti program perubatan dan kejuruteraan. Sehingga kini lebih 3000 pelajar telah pun menamatkan pengajian mereka. Setelah selesai sesi taklimat dan soal jawab, kami dijamu dengan minum petang dan ramah mesra bersama dengan pegawai-pegawai kedutaan.

Dato' Zainol Abidin (No. 3 dari kiri) sedang memberi taklimat. Francisco (No. 4) dan Fauzana kanan sekali

Bersama Duta Besar Malaysia ke Rusia, Dato' Zainol Abidin Omar (No. 2 dari kiri)

Sempat bertemu dengan seorang pelajar perubatan tahun akhir, Saudara Firdaus, dan berbual dengan beliau berkaitan dengan sistem pendidikan di Rusia di samping pengalaman beliau sebagai pelajar selama 6 tahun. Beliau menawar kepada saya untuk bawa berjalan-jalan sekitar Moscow jika saya mahu.

Pukul 5.00 petang bertolak balik ke hotel. Sampai hotel pukul 6.20 petang. Makan malam di hotel pukul 7.00 malam.


20 Mei 2015 Rabu 


Pagi - National Park


Selepas lebih sejam berada di National Park, kami di bawa pula ke Red Square.

Kremlin

Bersama Prof. Emeritus Dr. Ibrahim Bajunid

Pada pukul 7 mlm, saudara Firdaus dan Amera telah datang ke hotel untuk membawa kami menaiki river cruise.  Seramai 10 orang kami telah mengikuti mereka dengan menaiki metro (keretapi bawah tanah). Orang begitu sesak menggunakan metro walaupun kekerapan metro hanya 30 saat bagi setiap perjalanan. Pertama kali aku melihat elevator yang tinggi menjangkau ketinggian 5 tingkat bangunan di bawah tanah, 2 elevator naik dan 2 turun namun elevator sentiasa penuh.

River cruise bermula 9.00 malam dan tamat pukul 11.00 mlm. Pemandangan indah dan memukau disepanjang perjalanan sungai Moscow.



21 Mei 2015 KHAMIS

Pagi - Kremlin, Swan Lake, Stadium View

Di National Park yang mempamerkan kemajuan Rusia dalam bidang aerospace

Petang - Arbat Street
Malam - Arbat Street

22 Mei 2015 JUMAAT

Pagi - menaiki metro ke Ismailov bersama Shuibun. Di sini terdapat kawasan membeli belah yang agak murah dan unik.


Petang - berkemas untuk ke lapangan terbang
5.00 petang - bertolak ke lapangan terbang. jalan sesak. sampai airport 8.00 mlm
8.45 mlm check-in
11.45 mlm - bertolak 

23 Mei 2015 Sabtu

6.00 pagi - tiba Abu Dhabi. 6 orang termasuk aku singgah Abu Dhabi. Yang lain meneruskan perjalanan ke KL pada pukul 10.00 pagi


Menaiki teksi ke hotel Centro (80 Dirham).
Selepas mandi - ke Al Wahda Mall
Petang ke - Madinat Zayed

Cuaca panas - 48 darjah Celcius


24 Mei 2015 Ahad

Pagi: Menaiki bas (4 dirham) ke Ferrari World Theme Park
Petang : Al Wahda Mall


7.00 mlm - bertolak ke airport dengan teksi (60 dirham)

10.00 mlm - check in

2.00 pagi - bertolak ke KLIA


25 Mei 2015 Sabtu

1.30 ptg - sampai KLIA

     






Sunday, 10 May 2015

REUNION SK BALUN, SLIM RIVER : 3 MEI 2015

1.     Pada 3 Mei 2015 telah diadakan majlis pertemuan semula bekas murid SK Balun, Slim River Perak di padang SK Balun. Seramai lebih 500 orang hadir.

2.     Majlis telah dirasmikan oleh YDH Toh Dewa Sakti Dr. Haji Ghazali bin Abdul Wahab, Orang Besar 32 Perak Darul Rizuan. Beliau merupakan anak jati Kg Balun dan pernah bersekolah di SK Balun. Sekarang beliau berusia 78 tahun.

3.     Pertemuan ini diadakan buat julung-julung kalinya selepas kira-kira 70 tahun lalu. Ia mendapat liputan dari TV3, surat khabar Metro, Sinar dan Berita Harian. Klip video berkaitan dengan pertemuan ini telah disiarkan di MHI TV3 pada 7 Mei 2015.

4.    Disamping mengadakan Pertemuan ini, beberapa sukan rakyat yang menjadi kegemaran semasa zaman 40an - 70an telah dipamer dan dimainkan semula bagi mengingati nostalgia zaman dahulu. Mesin getah dan basikal tua juga dipamerkan bagi mengingati keperitan dan kepayahan ibubapa zaman itu untuk menyekolahkan anak-anak mereka. Malah ramai juga yang tidak berpeluang ke sekolah kerana kesempitan hidup ketika itu.











5.  Penggerak kepada Reunion ini ialah :

1. Ramli Dom Hamzah
2. Ahmad Tahir Hashim
3. Zainuddin Ahmad Zaini - Pengerusi PIBG SK BALUN
4. Nahar Kahar - GB SK BALUN
5. Romisah Abdul Rahman
6. Esah Ahmad
7. Esah i Ahmad
8. Zamri Dam
9. Kamarul Bahari Dom Hamzah
10. Yazid Alias
11. Adnan Hussain
12. Arshid Hj. Ali
13. Adnan Alias
14. Saerah Kassim
15. Harziah Ghazali
16. Siti Jamaliah Ramli
17. Fatimah Alias
18. Ismail Rosli
19. Yusuf Rosli
20. Hanafi Buyung
21. Anuar Abd Karim
22. Husnaliza Hassan
23. Mohd Hifzuddin Zulkifli
24. Nazarudin Alias
25. Suhaimi Abas
26. Nawawi Hashim
27. Manan Kantan
28. Shafik Yunus
29. Fadil Sukur
30. Mustafa Mahmud
31. Mohd Rahim Mohd Radzi
32. Nazli Abd Karim
33. Samsudin Abd Rahim
34. Yus Rizan Mat Said
35. Noraini Samad
36. Baniah Dahlan


Monday, 30 March 2015

Imam Adam Hj. Mustaffa

Warisan Salah Seorang Perintis Kg. Balun:
Imam Adam Hj. Mustafa dari Sumatera berkahwin dengan Hjh. Shamsiah bt. Bagus. Perkahwinan mereka menghasilkan 6 orang anak generasi kedua Kg. Balun iaitu Hjh. Hasnah, Rokiah (Ipok), Sabariah (Nonek), Hjh. Busu (Gomok), Baharom dan Jalaluddin.

Belakang L-R : Tahir, Azmi, Jalil, Atuk, Seni
Depan L-R : Awi, Aku, Izan


Generasi Kedua :

Anak pertama, Hjh. Hasnah berkahwin dengan Idris (Kuala Slim) dan melahirkan 4 orang generasi ketiga iaitu Ayub, Ismail, Shaari (Mamat), dan Yusof (Ajeh). Semuanya bersekolah di SK Balun. Hajah Hasnah menetap di Balun tetapi 3 orang anaknya menetap di Kuala Lumpur (Ajeh), Shah Alam (Ismail) dan Dengkil (Mamat).

Anak kedua, Rokiah (Ipok) berkahwin dengan Hashim (guru kompang berasal dari Kg. Kota Baru, Perak). Mereka melahirkan 6 orang generasi ketiga iaitu Azizah, Abdullah Sani, Tahir, Jalil, Nawawi (Awi), Hazniza (Seni). Rokiah menetap di Balun manakala anak-anaknya menetap di Tg Malim (Sani), Ipoh (Tahir), Gerik (Jalil), Bangi (Seni). Zizah dan Awi tinggal di Balun.

Anak ketiga, Sabariah (Nonek) berkahwin dengan Hassan (orang Tapah) dan menghasilkan 4 orang anak, iaitu, Y, Alias (Razak), Zolkifli (Pili) dan Nasarudin (Din). Sabariah menetap di Balun manakala anaknya di Kuala Lumpur (Pili) dan P. Pinang (Din).

Anak keempat, Busu (Gomok) berkahwin dengan Yusoff (a.k.a. Mat Yusup, orang Bagan Datoh) melahirkan tiga orang generasi ketiga iaitu Abdul Karim (Azmi), Sazali (Nye) dan Norizan (Izan). Menetap di Balun dan bersekolah di Balun kecuali Izan bersekolah di SRK Slim River.

Anak kelima, Baharom berkahwin dengan Jariah menetap di Balun. Mereka menghasilkan 7 orang anak iaitu Norashikin (Nor), Noraini (Ani), Kamaruzaman (Aman), Norhayati (Epek), Hisham, Nordin (Odin) dan Khairul Anuar (Ayoi). Semuanya bersekolah di Balun.

Anak keenam, Jalaluddin seorang askar berkahwin dengan Fatimah (orang Tapah anak kepada Tengku Laksamana). Mereka menetap di Kuala Lumpur sehingga akhir hayat. Mempunyai 4 orang anak iaitu, X, Raja Amiruddin (Amir), Raja Khairuddin dan Raja Rozitha.


Generasi Ketiga :

Kebanyakan generasi ke 3 keturunan Imam Adam bekerja dan menetap di luar Balun namun ada sebahagiannya pernah bekerja di sekitar Slim River/Tg Malim dan pernah tinggal di Balun sebelum berhijrah keluar. Ada yang menetap terus di Balun.

Generasi ke 3 yang menetap terus di Balun ialah Ayub emaknya Hasnah, Razak emaknya Nonek, Azizah dan Awi emaknya Ipok. Razak adalah Ketua Kampung Balun yang ke 4, iaitu selepas Tok Empat Ibrahim, Othman, dan Said Othman (Chu Said).

Mereka yang pernah bekerja dan menetap di Balun sebelum berhijrah keluar ialah Sani dan Seni emaknya Ipok, Din emaknya Nonek, Nye emaknya Gomok, dan Ustazah Nor ayahnya Baharom.


Generasi Keempat :

Ayub (anak Hjh. Hasnah) berkahwin dengan Y. Mereka menghasilkan 2 orang generasi ke 4 Kg. Balun iaitu Shida dan ......

Razak (anak Nonek) berkahwin dengan Nor (orang Chikus) menghasilkan 5 orang anak generasi ke 4 Kg Balun iaitu Norhashimah, Ahmad Kamal, Ana, Azwan dan Nazrin.

Awi (anak Ipok) berkahwin dengan Ina (orang Kedah) melahirkan 7 orang anak generasi ke 4 Kg. Balun iaitu Nazmi, ........

Sani (emaknya Ipok) berkahwin dengan Maznah (anak Imam Sidek, orang Balun). Mereka melahirkan 7 orang generasi ke 4 iaitu Amri (Am), Wan, Alan, Aie, Aishah dan Khadijah. Sekarang mereka menetap di Tg. Malim.

Seni (emaknya Ipok) berkahwin dengan Azman (orang Sg. Behrang) dan melahirkan 2 orang generasi ke 4 Kg Balun iaitu Khuzairi dan .....





(Saya mohon generasi keempat Imam Adam dapat memaklumkan kepada Pak Ngah warisan ini supaya Pak Ngah dapat habiskan coretan ini)

Sunday, 29 March 2015

Perak

Kuala Gula

Menginap di Chalet Kuala Gula. 

Balkoni chalet di atas permukaan air sungai Kerian




Gua Tempurung

Taiping



Kuala Gula


Taiping

Lost World of Tambun




Saturday, 28 March 2015

Sarawak 2005

Damai Beach
Setelah 2 bulan aku dan isteri meninggalkan anak-anak kami di rumah pengasuh kerana menunaikan fardhu haji, aku membuat keputusan untuk membawa anak-anak kesayanganku untuk bercuti. Sesungguhnya aku sangat merindui mereka ketika berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah. Ketika aku dijadualkan pulang untuk menjengok mereka, aku terpaksa singgah di Muscat Oman kerana menemani ibuku yang sakit terlantar di Hospital DiRaja Oman ketika penerbangan pulang ke tanah air. Aku berada di Muscat selama 10 hari.

At Kuching International Aiport: Aiman, Atiqah and Syafiqah
Aku memilih Sarawak kerana ia sangat unik dan aku mengharapkan mereka gembira dengan percutian ini. Sesungguhnya, itulah kali pertama mereka menaiki kapalterbang dan pemergian itu sangat-sangat dinantikan oleh mereka.


Kami memilih untuk tinggal di hotel Hilton yang berhampiran dengan water front bagi memudahkan pergerakan untuk makan dan bersiar-siar





Cultural Village





Tempat yang semestinya dilawati ialah Kampung Budaya, Kuching. Anak-anakku dapat menikmati kepelbagaian bentuk rumah di sini berasaskan kepada suku kaum di Sarawak.










Aiman di Merdeka Square, Kuching

Di hadapan Hotel Hilton




Jelas sekali kerinduan Lin terhadap Aiman terubat sudah


Sebelum berlepas pulang, sempat juga membeli ole-ole Kuching