Tuesday 18 June 2024

Maldives : 14 - 17 June 2024

 14 June 2024 Jumaat


Berlepas dari KLIA ke Male pada pukul 6.00 petang. Penerbangan lebih kurang 4 jam lebih. Kami sampai pukul 8.00 malam waktu tempatan. Dari lapangan terbang menaiki teksi terus ke Hotel dengan menaiki teksi (85+15 Rufiah).

Lapangan terbang Male. 



15 June 2024 Sabtu

Selepas sarapan di hotel aku sempat berbincang dengan kawan lama berkenaan 'research collaboration' dengan Islamic University of Maldives.

L-R : Dr. Visal (Deputy Vice-Chancellor, IUM), aku, Dr. Ahmed (Minister of State Education)



Selepas berbincang kami terus ke lapangan terbang untuk menaiki bot ke Atoll (Pulau) Maafushi. Kami akan tinggal di sini selama dua malam. Lapangan terbang ini sungguh unik kerana kerana ia menempatkan semua jenis pengangkutan awam, Sea-plane, bot, teksi dan bas.


Menaiki bot untuk ke Maafushi mengambil masa lebih kurang 45 minit. Kami tiba di Hotel Triton Prestige waktu tengahari dan terus makan tengahari di hotel. Kami menempah hotel secara 'full-board' selain bilik, hotel menyediakan sarapan, makan tengahari dan malam.

Sebelah petang bersiar-siar di Atoll yang kecil ini. Berjalan kaki mengambil masa lebih kurang satu jam 30 minit boleh dapat mengelilingi seluruh Atoll.


16 June 2024 Ahad

Hari ini Maldives menyambut Hari Raya Aidul Adha. (Malaysia jatuh pada hari Isnin). Pukul 7.00 pagi aku menyertai solat sunat aidil Adha di Padang. Ramai penghuni Maafushi, lelaki dan perempuan, solat raya di padang ini.








Pukul 9.30 pagi kami pergi ke beberapa tempat menarik dengan menaiki bot. Tempat pertama melihat dolphin berenang-renang di tengah-tengah laut. Selepas kami ke kawasan jerung bermain. Di sini aku mengambil peluang untuk terjun dan 'bermain' dengan jerung. Selepas itu, kami suatu atoll untuk bermain dengan ikan pari, dan seterusnya berkelah sambil menjamu makanan tengahari. Setelah selesai di sini kami pulang ke Maafushi semula.



Berenang bersama jerung









17 June 2024 Isnin

Sebelah pagi bersiar-siar di Maafushi dan pukul 2.30 petang bertolak ke Lapangang Terbang Male. Terbang dari Male pukul 8.45 malam dan sampai KLIA pukul 4.00 pagi (Waktu Malaysia)