Wednesday 19 September 2012

Ekspedisi Berbasikal JantungKu untukMu 1989

1. Seramai 24 orang ahli MAKSAK Perak telah berbasikal sambil mengutip derma untuk Tabung Jantung Negara. Kami telah berbasikal dari Stesen RTM Ipoh ke Angkasapuri yang mengambil masa 3 hari.

2. Hari pertama melalui pekan Gopeng, Kampar, Tapah, Bidor, Sungkai dan Slim River. Telah berkhemah di kawasan tanah lapang bersebelahan Balai Bomba Slim River.

3. Hari kedua melalui pekan Tg Malim, Kalumpang, Kuala Kubu Baru, Serendah Golf Club, Rasa, Rawang dan bermalam di khemah Templer Park. Di Serendah Golf and Country Club kami telah diraikan oleh Mustapa Kamal (Tan Sri).

4. Hari ketiga kami berbasikal melalui beberapa jalan di Kuala Lumpur ke Angkasapuri. Sebelum ke Angkasapuri kami singgah di Ibu Pejabat TOTO untuk diraikan dan menerima derma dari syarikat tersebut. Di Angkasapuri kami berkhemah di padang berhampiran. Malang sekali pada malam itu hujan sangat lebat yang telah membasahi khemah yang akhirnya memaksa kami untuk berpindah ke pentas berhampiran.

5. Konsert khas Tabung Jantung Negara diadakan di Auditorium Angkasapuri yang dihadiri Dr. Mahathir Mohamad (Dato'), Perdana Menteri Malaysia ketika itu untuk menerima derma daripada semua negeri dan syarikat-syarikat swasta terpilih. SUK Perak telah menyampaikan derma lebih kurang RM 60000.00 (termasuk dari kutipan kami sepanjang perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur). Kumpulan kami juga diberi penghormatan untuk naik ke pentas sebagai sebahagian daripada gimmick persembahan yang diadakan secara langsung di TV oleh RTM.

6. Sepanjang perjalanan kami dari Ipoh ke Kuala Lumpur telah diiringi dengan kawalan Polis Trafik, ambulan, dan krew RTM yang membuat lintas langsung dari masa ke masa melalui radio.

Tuesday 18 September 2012

Kembali Beriadah

Hari ini aku telah memulakan aktiviti  berbasikal setelah sekian lama aku telah meninggalkannya. Kayuhan aku hari ini hanya sekitar 15 km sahaja yang mengambil masa lebih kurang sejam. Telah lama aku tidak mengamalkan hidup sihat. Jika dulu sekembali dari pejabat, jika tidak berjogging di Tasik aku akan bermain tenis dengan rakan-rakan sepejabat. Walaupun aku telah lama tidak berjoging, bermain tenis atau berbasikal namun aku merasakan diriku tetap sihat seperti dulu.

Tetapi dua minggu lepas aku telah diserang penyakit radang sendi di ibu jari kaki kanan. Selepas dibuat 'ujian darah', aku disahkan mengidap penyakit gout kerana kandungan uric acid aku (484 umol/l)  telah melebihi paras normal iaitu 209 hingga 431 umol/l. 

Total cholesterol aku pula ialah 5.6 mmol/l sedangkan paras normal ialah di bawah 5.2 mmol/l. Manakala kadar total cholesterol terhadap HDL-Chol ialah 5.3 sedangkan kadar normal adalah di bawah 4.5. Mereka yang melebihi kadar 4.5 adalah dikategorikan sebagai berisiko tinggi diserang penyakit jantung dan darah tinggi. Alhamdullillah ketika ini, aku disahkan tidak mempunyai kedua-dua penyakit tersebut.

Doktor telah menasihatkan aku supaya melakukan senaman atau mengeluarkan peluh setiap hari umpamanya berbasikal sekurang-kurangnya sejam sehari. Disamping itu, hendaklah sentiasa mengamalkan pemakanan sihat sesuai dengan keadaan kesihatan ketika ini.

Monday 10 September 2012

Naib Canselor Universiti Antarabangsa Al-Buhkari

Kunjungan hormat ke Universiti Antarabangsa Al-Bukhari, Alor Setar Kedah untuk menjemput Naib Canselornya, Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak sebagai Perucap Utama di 3rd Regional Conference on Educational Leadership and Management 2013. Beliau telah menerima undangan tersebut namun apa yang menarik perhatian saya ialah perbincangan kami banyak menjurus kepada kewujudan dan falsafah universiti ini.

AlBukhary International Universiti, AIU memegang prinsip sebagai sebuah 'universiti kemanusiaan' (humaniversity) yang diwujudkan bagi memberi peluang pendidikan berkualiti kepada anak-anak dari keluarga yang berpendapatan rendah atau berada di bawah paras kemiskinan. Pendidikan di sini adalah percuma dan bagi yang miskin tegar, mereka mendapat elaun bulanan dari pihak universiti.

Sehingga kini terdapat lebih kurang 700 orang pelajar yang datang dari lebih daripada 40 buah negara di dunia.

Kenapa Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli ingin berkhidmat di sini? Marilah kita lihat sedikit latar belakang Prof. :

1. Naib Canselor USM : 2000 - 2011
2. President, Association of Southeast Asia Institutions of Higher Learning, 2007 - 2008
3. Vice-President, International Association of Universities
4. Member, Asia-Europe Meeting (ASEM)
5. Fellow, World Academy of Art and Science
6. Fellow, Academy of Science Malaysia
7. Fellow, Malaysian Institute of Management
8. Chair, Malaysian Independent Education Review Panel
9. Director, Malaysian Productivity Corporation
10. etc.

Terdapat banyak lagi anugerah yang dimenangi oleh Prof. bagi peringkat kebangsaan atau antarabangsa.